Bahasa Melayu

MSWG Weekly Newsletter 17 August 2018 (BM)

17.08.2018

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Keperluan Penyenaraian (“LR”) SGX telah dipinda untuk menjelaskan jangkaan di bawah rejim ‘patuh atau jelaskan’. Rejim Malaysia pula adalah rejim ‘aplikasi atau jelaskan’, maka terdapat nuansa berbeza apabila menjelaskan perkataan ‘patuh’ dan ‘aplikasi’.

Pindaan kepada LR SGX ini agak menarik apabila dibandingkan dengan Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia. Kami akan mengkaji empat daripadanya:

  1. Pendedahan sebab-sebab Syarikat tidak membayar dividen

Syarikat dikehendaki mendedahkan sebab jika pengarah memutuskan untuk tidak mengisytiharkan atau mengesyorkan dividen. Pemegang saham minoriti sering menantikan dividen. Namun, ada kalanya pengisytiharan dividen mungkin tidak berpihak kepada kepentingan syarikat.

Contohnya ialah apabila syarikat mungkin gagal dalam ujian kesolvenan (jika mengisytiharkan dividen) di bawah Akta Syarikat 2016.

Satu lagi contoh ialah apabila syarikat memerlukan dana. Dalam hal ini, mungkin lebih murah untuk melaburkan semula dana ke dalam syarikat daripada membayar dividen dan membuat pinjaman pada kos yang lebih tinggi. Syarikat berharap dapat memberi ganjaran kepada pemegang saham dengan kenaikan harga saham dan bukannya dividen jika semuanya berjalan lancar.

Persoalan popular dalam AGM di Malaysia ialah “Mengapa tiada dividen?”.

Keperluan SGX membantutkan soalan popular ini dengan meletakkan tanggungjawab kepada Lembaga Pengarah untuk mendedahkan jawapannya.

MSWG Weekly Newsletter 24 August 2018 (BM)

24.08.2018 

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Institut Akauntan Malaysia (MIA) mahu meningkatkan penalti sehingga 10 kali ganda terhadap akauntan yang melanggar undang-undang.

Denda sehingga RM5,000 telah ditetapkan pada tahun 1967 di bawah Akta Akauntan 1967.

Sekarang, selepas 51 tahun, MIA mahu menaikkannya kepada RM50,000 supaya lebih berkesan sebagai amaran pada masa hadapan.

Denda yang dicadangkan sehingga RM50,000 kelihatan rendah jika dibandingkan dengan denda yang dikenakan oleh pengawal selia statutori lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan SSM.

Malah pengawal atur berasaskan peraturan (bukan statutori) seperti Bursa Malaysia boleh mengenakan denda sehingga RM1,000,000.

Bagi firma perakaunan yang kecil, RM50,000 suatu amaun yang besar nilainya tetapi tidak bagi empat firma perakaunan terbesar (dan yang lebih besar).

Jawatankuasa Tatatertib MIA mungkin akan membezakan di antara firma perakaunan kecil dan empat firma perakaunan terbesar (dan lebih besar). Ini adalah kerana firma besar mempunyai lebih banyak sumber kewangan dan teknikal dan sesetengah daripada firma ini adalah sebahagian daripada rangkaian kepakaran antarabangsa dan mempunyai standard antarabangsa serta prosedur operasi dalaman yang lebih maju.