Bahasa Melayu

MSWG Weekly Newsletter 16 Nov 2018 (BM)

16.11.2018

 

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Konflik Kepentingan - Pengarah PLC yang memegang jawatan Lembaga Pengarah bagi Pelabur Institusi yang Membuat Pelaburan dalam PLC Pengarah berkenaan

Konsep ‘konflik kepentingan’ terbit daripada salah satu cabang prinsip keadilan asasi iaitu ‘manusia tidak boleh menilai alirannya sendiri’ (Nemo judex in causa sua dalam bahasa Latin).

MSWG Weekly Newsletter 12 October 2018 (BM)

12.10.2018 

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Meningkatkan Jumlah Apungan Bebas Melalui Penjualan Pelaburan Oleh Kerajaan

Kerajaan telah menyatakan hasrat untuk mengurangkan kepentingan mereka dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dipegang oleh Institusi Berkaitan Kerajaan seperti Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan Permodalan Nasional Bhd (sekarang dipegang melalui Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Khazanah). Manfaat daripada pengurangan pegangan kerajaan ini adalah peningkatan jumlah saham yang terapung dalam pasaran. Lebih banyak saham yang terapung dalam pasaran membolehkan pelabur membeli saham GLC tanpa menyebabkan kenaikan harga saham. Pelabur institusi asing juga sukakan situasi ini kerana mereka membeli secara besar-besaran dan jika jumlah saham yang terapung tidak mencukupi, pembelian pukal sering meningkatkan harga saham disebabkan bekalan yang terhad. Selain itu, mereka mungkin lebih sukar untuk membeli dalam kuantiti yang banyak dan tebaran harga saham mungkin akan menjadi lebih luas.

Institusi Berkaitan Kerajaan boleh mempengaruhi pasaran dan indeks pasaran saham berikutan saiz pemegangan saham mereka dan ini bukan lagi rahsia. Ada yang berpendapat PE (nisbah harga perolehan) yang lebih tinggi yang dinikmati oleh syarikat-syarikat yang tersenarai di bursa saham Malaysia, berbanding rakan serantau adalah disebabkan oleh peningkatan dalam penglibatan Institusi Berkaitan Kerajaan.

MSWG Weekly Newsletter 05 October 2018 (BM)

05.10.2018 

PANDANGAN RINGKAS MSWG TERHADAP PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

 

VERSATILE CREATIVE BERHAD (“VCB”)

VCB telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 (“AGM”) pada 30 September 2018.

Keputusan pengundian untuk resolusi dalam AGM ditunjukkan di bawah:

  1. Resolusi 5 telah ditarik balik. Pada 29 September 2018, Dato’ Wong Kong Choong @ Leong Kong Choong menyatakan hasrat beliau untuk tidak dilantik semula sebagai Pengarah Syarikat menurut Artikel 73 Tataurusan Syarikat.
  2. Resolusi 6 dan 7 juga ditarik balik. En Fathi Ridzuan bin Ahmad Fauzi dan To’ Puan Rozana Binti Tan Sri Redzuan telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Syarikat, masing-masing  berkuatkuasa dari 24 September 2018 dan 27 September 2018.

MSWG Weekly Newsletter 28 September 2018 (BM)

28.09.2018

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

 

Laporan Suku Tahunan - Adakah Masih Diperlukan?

Di Malaysia, syarikat awam berhad (PLC) dikehendaki mengumumkan penyata kewangan suku tahunan mereka dalam tempoh dua bulan dari tarikh akhir suku tahun berkenaan.

Semakin banyak pihak membahaskan tentang kelebihan dan kelemahan pengumuman suku tahunan ini.

Sesetengah negara mengecualikan pengumuman suku tahunan dan menggantikannya dengan pengumuman keputusan setengah tahun, atas sebab tertentu.

Pengawal selia di Malaysia mungkin sedang mengkaji semula faedah dan kelemahan pengumuman suku tahunan ini.

Kami di MSWG lebih menyukai pengumuman suku tahunan kerana ia memberikan pemegang saham petunjuk awal mengenai keadaan kewangan PLC. Ketelusan laporan suku tahunan memudahkan proses membuat keputusan. Penzahiran maklumat yang lebih kerap juga memudahkan proses penetapan harga.

MSWG Weekly Newsletter 21 September 2018 (BM)

21.09.2018

 

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

KIM TECK CHEONG CONSOLIDATED BERHAD (“KTC”)

KTC mengumumkan peletakan jawatan En. Wee Hock Kee, Pengarah Bebas syarikat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko dan ahli Jawatankuasa Pencalonan pada 12 September 2018.

Dalam surat peletakan jawatannya kepada Pengerusi Lembaga, En. Wee telah menyatakan perkara berikut:

“Melihat perkembangan terkini dalam bilik mesyuarat yang mana peranan saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko tidak diendahkan, saya rasa saya tiada pilihan selain meletakkan jawatan. 

Lembaga Pengarah telah menolak nasihat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko yang berkaitan perkara perakaunan penting iaitu suatu penemuan audit yang ketara tentang kemerosotan nilai yang dilaporkan oleh juruaudit luar syarikat dalam Memorandum Semakan Audit. Kami selaku Jawatankuasa ini tidak dapat berkompromi dan segala cara untuk menyelesaikan pertikaian itu menemui jalan buntu. Kami tidak menafikan kebimbangan tentang penzahiran dan pelaporan bagi keputusan kewangan suku keempat 2018 yang tidak diaudit. Kegagalan lembaga dalam memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada kami (secara kolektif sebagai ahli Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko) telah memperkecilkan keberkesanan sumbangan kami sebagai lembaga pengawasan untuk pelaporan kewangan.

MSWG Weekly Newsletter 14 September 2018 (BM)

14.09.2018

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

 

Baki tunai yang besar dalam syarikat awam berhad (PLC).

Sekali sekala kami melihat baki tunai dan tunai setara yang besar dalam akaun PLC.

Lembaga Pengarah pastinya tidak dapat mengelak daripada diajukan soalan berikut dalam AGM oleh pemegang saham minoriti dan pemegang saham institusi: “Mengapakah Syarikat hanya menyimpan dan tidak mengagihkan sebahagian daripada wang itu?”

Bagi pemegang saham, rasionalnya mudah. Jika syarikat tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk menggunakan wang tersebut dalam tempoh beberapa tahun akan datang (misalnya untuk perbelanjaan modal), mengapa tidak kembalikan wang itu kepada pemegang saham sebagai dividen?

Pemegang saham sering menyatakan kepada Lembaga bahawa PLC ‘tidak benar-benar mengusahakan aset (wang tunai) mereka’. Wang itu hanya disimpan dalam akaun PLC dan PLC cuma mendapat kadar simpanan tetap (FD). Ini bukanlah sebab utama pemegang saham berpisah dengan wang tunai mereka untuk membuat pelaburan dalam PLC, terutama sewaktu IPO.

MSWG Weekly Newsletter 10 August 2018 (BM)

10.08.2018

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

PERAK CORPORATION BERHAD (“PCB”)

PCB mengumumkan Animation Theme Park Sdn Bhd (“ATP”), anak syarikat 51% milik tidak langsung Syarikat mengumumkan secara rasmi penamatan Perjanjian Pelesenan bertarikh 1 Januari 2013, seperti yang dipinda, (“Perjanjian Pelesenan”) yang ditandatangani dengan DreamWorks Animation L.L.C. (“DreamWorks”) untuk menubuhkan dan mengendalikan tarikan DreamWorks dalam Movie Animation Park Studios (“MAPS”) berkuat kuasa 1 Ogos 2018.

Penamatan itu disebabkan ATP dan DreamWorks masih belum mencapai persetujuan untuk membuka tarikan DreamWorks kepada orang ramai pada 1 Ogos 2018. ATP mempunyai pilihan untuk melanjutkan Perjanjian Pelesenan kepada 30 September 2018 tetapi memutuskan untuk tidak melaksanakan pilihan itu bagi mempercepatkan pembukaan keseluruhan MAPS