Bahasa Melayu

MSWG Weekly Newsletter 22 March 2019 (BM)

22.03.2019

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

London Biscuits Berhad – Menyukarkan Pemegang Saham dan Situasi Terdesak Kumpulan; Pemegang Saham Minoriti Perlu Berjaga-jaga

Menyukarkan Pemegang Saham

London Biscuits Berhad (“Syarikat”) telah memanggil satu AGM pada 29 Mac, hari Jumaat jam 8 pagi di Ulu Tiram, Johor Darul Takzim. Satu EGM pula dijadualkan pada hari berikutnya, hari Sabtu, juga bermula jam 8 pagi.

Senario di atas menimbulkan pelbagai isu yang menyusahkan para pemegang saham minoriti dan tidak kondusif bagi membolehkan mereka menghadiri kedua-dua mesyuarat.

  1. Mengapa AGM dimulakan pada jam 8 pagi? Adakah tidak terlalu awal bagi membolehkan para pemegang saham menghadiri mesyuarat, terutama mereka yang datang dari luar daerah? Mereka perlu tiba pada hari sebelumnya dan bermalam di sana semata-mata untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan yang bermula jam 8 pagi.
  2. Mengapa Syarikat tidak mengadakan EGM pada hari yang sama sebaik sahaja selepas AGM atau pada sebelah petang dan bukan pada hari berikutnya? Ini bermakna pemegang saham perlu bermalam di sana semata-mata untuk menghadiri EGM serta menanggung perbelanjaan penginapan untuk dua malam.
  3. Kami tidak pasti jika pengangkutan awam disediakan dari tempat penginapan ke lokasi mesyuarat agung yang dijadualkan di Ulu Tiram. Sekiranya tidak ada, ia mungkin menyukarkan lagi para pemegang saham.

MSWG Weekly Newsletter 15 March 2019 (BM)

15.03.2019

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

PLS PLANTATIONS BERHAD (“PLS” atau “Syarikat”)

Pada 4 Mac 2019, Syarikat mengeluarkan Notis Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk membentangkan cadangan mempelbagaikan aktiviti utama sedia ada PLS Plantations Bhd dan anak-anak syarikatnya bagi memasukkan tanaman, pengeluaran dan pengedaran durian serta aktiviti berkaitan.

[Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6086265

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/5937145

 

Komen MSWG:

Merujuk pada Pekeliling kepada Pemegang Saham bertarikh 5 Mac 2019 (‘Pekeliling’) dan lampiran kepada pengumuman Syarikat bertarikh 9 Oktober 2018 (‘Lampiran’), yang berkaitan cadangan mempelbagaikan aktiviti, kami mendapati beberapa isu yang memerlukan penjelasan lanjut. Oleh itu, kami telah pun mengemukakan soalan berikut kepada Lembaga Pengarah PLS melalui surat bertarikh 11 Mac 2019:-