Bahasa Melayu

MSWG Weekly Newsletter 22 March 2019 (BM)

22.03.2019

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

London Biscuits Berhad – Menyukarkan Pemegang Saham dan Situasi Terdesak Kumpulan; Pemegang Saham Minoriti Perlu Berjaga-jaga

Menyukarkan Pemegang Saham

London Biscuits Berhad (“Syarikat”) telah memanggil satu AGM pada 29 Mac, hari Jumaat jam 8 pagi di Ulu Tiram, Johor Darul Takzim. Satu EGM pula dijadualkan pada hari berikutnya, hari Sabtu, juga bermula jam 8 pagi.

Senario di atas menimbulkan pelbagai isu yang menyusahkan para pemegang saham minoriti dan tidak kondusif bagi membolehkan mereka menghadiri kedua-dua mesyuarat.

  1. Mengapa AGM dimulakan pada jam 8 pagi? Adakah tidak terlalu awal bagi membolehkan para pemegang saham menghadiri mesyuarat, terutama mereka yang datang dari luar daerah? Mereka perlu tiba pada hari sebelumnya dan bermalam di sana semata-mata untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan yang bermula jam 8 pagi.
  2. Mengapa Syarikat tidak mengadakan EGM pada hari yang sama sebaik sahaja selepas AGM atau pada sebelah petang dan bukan pada hari berikutnya? Ini bermakna pemegang saham perlu bermalam di sana semata-mata untuk menghadiri EGM serta menanggung perbelanjaan penginapan untuk dua malam.
  3. Kami tidak pasti jika pengangkutan awam disediakan dari tempat penginapan ke lokasi mesyuarat agung yang dijadualkan di Ulu Tiram. Sekiranya tidak ada, ia mungkin menyukarkan lagi para pemegang saham.

MSWG Weekly Newsletter 15 March 2019 (BM)

15.03.2019

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

PLS PLANTATIONS BERHAD (“PLS” atau “Syarikat”)

Pada 4 Mac 2019, Syarikat mengeluarkan Notis Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk membentangkan cadangan mempelbagaikan aktiviti utama sedia ada PLS Plantations Bhd dan anak-anak syarikatnya bagi memasukkan tanaman, pengeluaran dan pengedaran durian serta aktiviti berkaitan.

[Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6086265

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/5937145

 

Komen MSWG:

Merujuk pada Pekeliling kepada Pemegang Saham bertarikh 5 Mac 2019 (‘Pekeliling’) dan lampiran kepada pengumuman Syarikat bertarikh 9 Oktober 2018 (‘Lampiran’), yang berkaitan cadangan mempelbagaikan aktiviti, kami mendapati beberapa isu yang memerlukan penjelasan lanjut. Oleh itu, kami telah pun mengemukakan soalan berikut kepada Lembaga Pengarah PLS melalui surat bertarikh 11 Mac 2019:-

MSWG Weekly Newsletter 08 March 2019 (BM)

08.03.2019

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Mengapakah Pengundian Dua Tahap Perlu Dijadikan Peraturan Di bawah Keperluan Penyenaraian?

Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) telah diterbitkan pada April 2017.

Hampir dua tahun berlalu dan masih ada syarikat yang tidak menggunakan proses pengundian dua tahap untuk pengarah bebas yang melebihi tempoh 12 tahun.

Rata-rata memberikan alasan yang sama dan tidak meyakinkan:

  • Ia melanggar Akta Syarikat 2016 (walaupun SC sudah menjelaskan dalam Soalan Lazim, proses pengundian dua tahap tidak melanggar Akta Syarikat 2016)
  • Syarikat perlu menukar Perlembagaan syarikat - perubahan yang sepatutnya boleh dilakukan dengan cepat tetapi tidak dilaksanakan dengan segera
  • Pengarah kami membuat keputusan terbaik untuk syarikat (ya, ada syarikat memberikan alasan sedemikian dan kami akan menyerahkan nama syarikat-syarikat ini kepada pengawal selia)
  • Kami sudah menerangkan ‘alternatif’ seperti yang dikehendaki oleh MCCG - tanpa mengira sama ada ‘alternatif’ yang diberikan itu bersesuaian dengan Amalan yang dianjurkan

MSWG Weekly Newsletter 01 March 2019 (BM)

1 MAC 2019

PANDANGAN RINGKAS MSWG TERHADAP PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

LONDON BISCUITS BERHAD (“LBB” atau “Syarikat”)

LAPORAN BERSYARAT OLEH JURUAUDIT LUAR KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2018.

Menurut Perenggan 9.19(37) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, LBB membuat pengumuman yang menyatakan Tetuan Nexia SSY, Juruaudit Luar Syarikat, telah memberikan pendapat bersyarat dalam laporan mereka.

Asas kepada Pendapat Bersyarat (Ekstrak daripada Laporan Juruaudit)

“Kami dilantik sebagai juruaudit Syarikat pada 20 Disember 2018 dan oleh itu tidak dapat memperhatikan pengiraan inventori fizikal pada penghujung tahun kewangan berakhir 30 September 2018. Cara alternatif yang digunakan untuk menentukan kuantiti inventori pada 30 September 2018 tidak dapat memuaskan hati kami, seperti yang dinyatakan dalam penyata kedudukan kewangan Kumpulan dan Syarikat iaitu masing-masing berjumlah RM26.891 juta dan RM20.794 juta. Oleh kerana inventori diambil kira dalam menentukan prestasi kewangan dan aliran tunai, kami tidak dapat menentukan sama ada pelarasan perlu dibuat berhubung keuntungan bagi tahun yang dilaporkan dalam penyata pendapatan komprehensif dan aliran tunai bersih daripada aktiviti operasi yang dilaporkan dalam penyata aliran tunai.

MSWG Weekly Newsletter 22 February 2019 (BM)

22 Februari 2019

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Perbalahan antara MAHB dan Air Asia

Walaupun kita berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik, yang berlaku adalah sebaliknya.

Tuntutan MAHB (Malaysian Airports Holdings Berhad) terhadap Air Asia (AirAsia Group Bhd dan Air Asia X Bhd) sudah menjadi kes mahkamah iaitu yang melibatkan tunggakan cukai lapangan terbang berjumlah RM36.12 juta.

Air Asia memfailkan tuntutan balas terhadap MAHB bernilai lebih RM400 juta.

Hakikatnya, perbalahan ini sudah mencapai tahap kritikal yang melibatkan tindakan undang-undang, menunjukkan bahawa kedua-dua pihak tidak berjaya mendapatkan persetujuan bersama.

Mungkin lebih baik pihak mahkamah dilantik sebagai perantara untuk mempertimbangkan saman kedua-dua belah pihak (tuntutan dan tuntutan balas).

MSWG Weekly Newsletter 15 February 2019 (BM)

15 Februari 2019

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

PERMAJU INDUSTRIES BERHAD (“PERMAJU”)

PELETAKAN JAWATAN JURUAUDIT

Pada 11 Februari 2019, Lembaga Pengarah Permaju mengumumkan pada hari tersebut Syarikat menerima notis secara bertulis bertarikh 8 Februari 2019 (“Notis”) daripada Tetuan Ernst & Young (“Juruaudit”) yang menyatakan hasrat mereka untuk meletak jawatan sebagai Juruaudit Syarikat.

Alasan di sebalik peletakan jawatan ini adalah kerana Syarikat ingin melantik juruaudit lain.

Selain perkara di atas, Lembaga Pengarah memaklumkan bahawa Syarikat tiada apa-apa perkara lain yang perlu dibawa kepada perhatian pemegang saham Permaju.

MSWG Weekly Newsletter 29 June 2018 (BM)

29.06.2018

 

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

PERAK CORPORATION BERHAD (“PCB”)

Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) PCB ke 27 telah diadakan pada 27 Jun 2018.

Ia dihadiri wakil MSWG. Oleh kerana liabiliti semasa PCB melebihi aset semasa sebanyak RM158.5 juta, Juruaudit telah menimbulkan keraguan terhadap keupayaan PCB sebagai usaha berterusan.

Sebelum AGM dimulakan pada hari itu, satu Notis Tambahan bertarikh 27 Jun 2018 telah diedarkan kepada para pemegang saham, meminta kelulusan mereka ke atas jumlah Yuran Pengarah yang disemak semula di bawah Resolusi 1 dan memperkenalkan Resolusi Khas untuk membatalkan kelulusan yang diberikan kepada dasar pembayaran gratuiti yang diluluskan dalam AGM yang diadakan pada 2017. Dalam Notis AGM bertarikh 30 April 2018, di bawah Resolusi 1, Syarikat mencadangkan peningkatan 10% dalam yuran para Pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 walaupun Syarikat mengalami kerugian pada tahun kewangan itu.

Resolusi yang dipinda dan Resolusi Khas baru ini kemudiannya ditarik balik kerana notis yang diberikan kepada pemegang saham tidak mencukupi.