Bahasa Melayu

MSWG Weekly Newsletter 14 December 2018 (BM)

14.12.2018

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

CG Watch – Malaysia melonjak tiga anak tangga ke tempat ke-4 dari tempat ke-7

Pada 5 Disember 2018, Persatuan Tadbir Urus Korporat Asia (ACGA) menerbitkan Laporan CG Watch 2018. Laporan ini, antara lain, melaporkan tentang Ketelusan, Kebertanggungjawapan dan Keadilan pasaran modal negara-negara di bawah liputan mereka.

Malaysia menduduki tempat ke-4 dalam senarai 12 negara, berbanding tempat ke-7 dalam CG Watch 2016 yang diterbitkan pada September 2016. Mendahului Malaysia di tempat pertama hingga ketiga ialah Australia, Hong Kong dan Singapura. Australia memperoleh 71% (dalam ranking). Hong Kong, Singapura dan Malaysia masing-masing mendapat 60%, 59% dan 58%. Ini bermakna hanya 2% memisahkan Malaysia daripada menduduki tempat kedua. Jika kita melakukan perkara yang betul (dan meninggalkan perkara yang salah), kita pasti dapat memperbaiki kedudukan kita dalam tempoh dua tahun iaitu apabila laporan CG Watch seterusnya diterbitkan.

Sekadar menambah perspektif dan kedalaman kepada ranking, negara yang menduduki tempat ke-12 iaitu Indonesia, memperoleh 34%.

Pada 2018, MSWG telah ditemuramah oleh pihak ACGA berkenaan senario tadbir urus korporat (CG) dalam pasaran modal Malaysia termasuk kepentingan peranan MSWG sebagai salah satu pemain utama yang relevan dalam ekosistem pasaran modal. Penghargaan terhadap usaha MSWG ini ditunjukkan dalam Laporan CG Watch 2018, yang memetik nama MSWG dalam Ringkasan Eksekutif dan laporan yang lebih terperinci tentang Malaysia.

MSWG Weekly Newsletter 07 September 2018 (BM)

07.09.2018

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

TA ENTERPRISE BERHAD

PEKELILING PEMBERITAHUAN BEBAS KEPADA PEMEGANG SAHAM TAWARAN (PEMEGANG YANG BERKAITAN TAWARAN PENGAMBILALIHAN MANDATORI BERSYARAT OLEH DATUK TIAH THEE KIAN (“PEMBUAT TAWARAN”) MELALUI TA SECURITIES HOLDINGS BERHAD UNTUK MEMPEROLEH KESEMUA BAKI SAHAM BIASA DALAM TA ENTERPRISE BERHAD (“TAE”) (“SAHAM TAE”) YANG MASIH BELUM DIMILIKI OLEH PEMBUAT TAWARAN DAN ORANG YANG BERTINDAK BERSAMA-SAMA DENGANNYA (“PACS”) (“SAHAM TAWARAN”) PADA HARGA TAWARAN TUNAI RM0.66 UNTUK SETIAP SAHAM TAWARAN.

Cadangan BDO Capital Consultants Sdn Bhd (“BDO CC”):

BDO CC berpendapat Tawaran ini TIDAK ADIL dan TIDAK MUNASABAH. BDO CC menasihati dan mengesyorkan supaya Pemegang Saham Tawaran MENOLAK Tawaran ini.

Cadangan Para Pengarah:

Para Pengarah yang tiada kepentingan tidak termasuk Jory Leong Kam Weng, adalah seperti berikut:

  1. Zainab Binti Ahmad
  2. Dato’ Sri Mohamed Bin Abid 
  3. Peter U Chin Wei 
  4. Christopher Koh Swee Kiat
  5. Datin Rahmah Binti Mahmood 

telah BERSETUJU dengan penilaian dan cadangan BDO CC bahawa Tawaran ini adalah TIDAK ADIL dan TIDAK MUNASABAH. Oleh itu, Pengarah-Pengarah yang Tiada Kepentingan mencadangkan supaya Pemegang Saham Tawaran menolak Tawaran ini.

[Sumber: Pengumuman TAE di laman web Bursa Malaysia (Pekeliling Pemberitahuan Bebas kepada pemegang Saham Tawaran berhubung Tawaran Pengambilalihan Mandatori Bersyarat) pada 30 Ogos 2018]

MSWG Weekly Newsletter 04 May 2018 (BM)

04.05.2018

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

 

Melantik pengarah baharu dalam syarikat

Apabila memperkatakan tentang pengarah bebas, seringkali dua kategori tidak formal ini muncul dalam fikiran iaitu pengarah bebas (seperti nama jawatannya) dan pengarah bebas yang benar-benar ‘bebas’.

Kesinisan ini berpunca daripada hakikat para pemegang saham majoriti berhak memilih pengarah bebas (kecuali dalam syarikat yang mengguna pakai pengundian dua peringkat seperti yang dianjurkan oleh Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) bagi pengarah bebas yang telah berkhidmat lebih 12 tahun dan ingin meneruskan tempoh perkhidmatan sebagai pengarah bebas).

Jawatan pengarah bebas biasanya diisi daripada tiga sumber, iaitu (i) ahli lembaga yang sedia ada; (ii) daripada kalangan pengurusan; dan (iii) dalam kalangan pemegang saham utama syarikat. Jelas sekali, perkara ini menimbulkan persoalan tentang ‘berapa bebaskah’ para pengarah bebas ini, seterusnya mencetuskan sedikit kesinisan.