Bahasa Melayu

MSWG Weekly Newsletter 02 Februari 2018 (BM)

02.02.2018

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

Chin Teck Plantations Berhad (“CTPB”)

Wakil MSWG menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan CTPB ke-59 (AGM) yang diadakan pada 30 Januari 2018. Mesyuarat dirasmikan oleh Ketua Pegawai Kewangan (CFO) merangkap Setiausaha Syarikat.

KOMEN MSWG:

Sejak 1 Disember 2016, Setiausaha Syarikat CTPB juga memegang jawatan CFO syarikat. Peranan setiausaha syarikat adalah sangat penting sehingga sesebuah syarikat disyaratkan supaya mempunyai setiausaha syarikat seperti yang dinyatakan dalam Akta Syarikat 2016. CFO juga memainkan peranan penting iaitu sebagai ketua pegawai kewangan Syarikat. Dalam peruntukan tertentu Akta Syarikat 2016, CFO juga disifatkan sebagai pengarah. Perubahan jawatan CFO juga adalah perkara yang perlu didedahkan untuk sebaran awam di bawah Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia. Meletakkan kedua-dua peranan ini kepada seorang individu menafikan kepentingan relatif peranan yang berbeza dan mencabar ini.