MSWG Weekly Newsletter 16 Nov 2018 (BM)

Friday, 16 November, 2018

16.11.2018

 

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Konflik Kepentingan - Pengarah PLC yang memegang jawatan Lembaga Pengarah bagi Pelabur Institusi yang Membuat Pelaburan dalam PLC Pengarah berkenaan

Konsep ‘konflik kepentingan’ terbit daripada salah satu cabang prinsip keadilan asasi iaitu ‘manusia tidak boleh menilai alirannya sendiri’ (Nemo judex in causa sua dalam bahasa Latin).

‘Konflik kepentingan’ sama ada yang nyata dan tidak nyata, kedua-duanya sama penting dan perlu dielakkan. Ini adalah kerana persepsi membentuk realiti dan ada masanya persepsi menjadi realiti.

Konflik kepentingan berlaku apabila pengarah sesebuah Syarikat Tersenarai Awam (PLC) menganggotai lembaga pengarah (atau jawatankuasa) sesebuah pelabur institusi yang mempunyai pegangan saham dalam PLC tersebut.

Tidak kira sama ada dengan pegangan saham PLC itu, pengarah berkenaan boleh mempengaruhi keputusan urus niaga pelabur institusi kerana persepsi memainkan peranan yang penting. Sudah tentu pengarah berkenaan boleh mengecualikan diri daripada perbincangan pelabur institusi tersebut apabila perbincangan diadakan berkaitan PLC itu.

Namun adalah lebih baik jika pengarah berkenaan tidak menerima sebarang jawatan lembaga pengarah dalam pelabur institusi yang mempunyai kepentingan dalam PLC mereka bagi mengelakkan ‘konflik kepentingan’, sama ada yang nyata atau pun tidak.

Apabila seorang pengarah PLC menganggotai lembaga pengarah sesebuah pelabur institusi dan pelabur institusi itu pula berurus niaga dengan saham PLC tersebut, para pemegang saham minoriti sering tertanya-tanya sama ada harga saham PLC itu ditentukan oleh kuasa pasaran sebenar, iaitu melalui penemuan harga, atau adakah ia ditentukan oleh keputusan pelaburan/ pelupusan pelaburan daripada pelabur institusi berkenaan. Persoalan sedemikian amat ketara terutama jika PLC itu mendapat penilaian yang positif, misalnya nisbah PE (nisbah antara harga dan pendapatan) yang lebih tinggi berbanding pesaingnya.

Adakah konflik kepentingan dapat dielakkan jika pelabur institusi itu tidak melabur dalam saham PLC pengarah tersebut? Mungkin boleh tetapi tidak sepenuhnya. Pengarah berkenaan boleh mempengaruhi harga saham pesaingnya melalui keputusan urus niaga saham pelabur institusi.

Lebih baik jika pengarah sesebuah PLC mengelakkan diri daripada memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah dalam pelabur institusi supaya tidak berlaku konflik kepentingan, sama ada yang nyata atau tidak.

Seseorang pengarah sangat perlu mengelakkan diri daripada memegang jawatan pengarah dalam pelabur institusi yang mana pelabur institusi itu juga memegang saham dalam PLC pengarah berkenaan. Dalam keadaan sedemikian, konflik kepentingan ternyata jauh lebih jelas dan secara mutlak, melanggar prinsip keadilan asasi, nemo judex in causa sua.

TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 19 HINGGA 23 NOVEMBER 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

21.11.18 (Rabu)
10.00 pagi

Sime Darby Plantation Bhd
(AGM/EGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, 1A Jalan Bukit Kiara 1, KL

22.11.18 (Khamis)
10.00 pagi

Imaspro Corporation Bhd
(AGM)

Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, No. 1, Rumah Kelab, Shah Alam

22.11.18 (Khamis)
10.00 pagi

Mikro MSC Bhd
(AGM)

Sime UEP Industrial Park, Shah Alam

22.11.18 (Khamis)
11.00 pagi

Oriental Interest Berhad
(AGM)

Dewan Bankuet Jubli Emas, Royal Kedah Club, Pumpong, Alor Setar, Kedah

22.11.18 (Khamis)
02.00 petang

Lion Forest Industries Bhd
(AGM)

Lion Office Tower, No. 1 Jalan Nagasari, KL

23.11.18 (Jumaat)
09.00 pagi

Parkson Holdings Bhd
(AGM)

Lion Office Tower, No. 1 Jalan Nagasari, KL

 

Beberapa perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

Sime Darby Plantation Bhd
(AGM/EGM)

Maklumat segmen di halaman 265 Laporan Tahunan menunjukkan Huluan Liberia mencatatkan kerugian sebanyak RM183.8 juta dalam TK2018. Kumpulan mempunyai 220,000 hektar bank tanah di Liberia (Rujuk halaman 51 Laporan Tahunan) dan hanya 10,549 hektar sudah ditanam. Seperti yang dinyatakan di halaman 46, 93% pokok kelapa sawit berumur antara 4 hingga 8 tahun.

(a)      Apakah rancangan pembangunan untuk bank tanah di Liberia?

(b)      Memandangkan sebahagian besar pokok masih muda, bilakah segmen Huluan Liberia dijangka beroleh keuntungan?

(c)      Apakah cabaran utama dan risiko operasi di Liberia?

Imaspro Corporation Bhd
(AGM)

Seperti yang dinyatakan dalam Nota 29 di halaman 94 Laporan Tahunan, pendapatan dari pasaran Vietnam telah menurun daripada RM3.1 juta dalam TK2017 kepada RM1.9 juta manakala pendapatan dari pasaran Indonesia menurun dari RM16 juta pada TK2017 kepada RM11. 7 juta pada TK2018.

  • Apakah langkah yang diambil oleh Lembaga untuk menangani penurunan pendapatan dalam pasaran ini?
  • Apakah prospek untuk pasaran ini?

Mikro MSC Bhd
(AGM)

Halaman 8 Laporan Tahunan melaporkan pendapatan Kumpulan pada TK2018 menurun 5.2% berbanding TK2017. Penurunan pendapatan adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh jumlah jualan yang lebih rendah dalam pasaran tempatan.

(a)      Apakah yang menyebabkan penurunan jumlah jualan dalam pasaran tempatan? Bagaimanakah Syarikat menangani masalah ini dan seterusnya meningkatkan jualan pada TK2019?

(b)      Banyakkah pesaing dalam pasaran tempatan? Adakah Syarikat mempunyai kelebihan daya saing yang kuat dan bagaimanakah kedudukan Syarikat dalam bahagian pasaran?

(c)      Selain pasaran utama di Malaysia dan Vietnam, adakah Syarikat dapat mengembangkan eksportnya ke dalam lebih 20 negara dan apakah rancangannya?

Lion Forest Industries Bhd

(AGM)

Halaman 39 dalam Laporan Tahunan menyatakan, Syarikat akan terus mengenal pasti segmen pertumbuhan utama dalam perniagaan serta mengharapkan perkembangan selanjutnya dalam operasi perniagaan yang sedia ada.

Apakah segmen pertumbuhan utama yang dikenal pasti oleh Syarikat dan apakah perkembangan yang diharapkan daripada operasi perniagaan sedia ada?

Oriental Interest Berhad
(AGM)

Baru-baru ini Syarikat memperoleh kepentingan tambahan dalam Aturan Cemerlang Sdn. Bhd (“ACSB”) dan Brilliant Alliance Sdn Bhd (“BASB”), seterusnya meningkatkan kepentingan ekuiti Syarikat dalam ACSB dan BASB kepada 87.63% dan 75.36%.

(a)      Sila jelaskan sebab-sebab pengambilalihan ACSB dan BASB.

(b)      Apakah asas penilaian saham yang diperoleh?

(c)      Siapakah penjual saham ACSB dan BASB?

Parkson Holdings Bhd
(AGM)

Sorotan Kewangan 5 Tahun Kumpulan di halaman 33 Laporan Tahunan menunjukkan penurunan dalam hasil penjualan kasar Kumpulan walaupun pendapatan semakin meningkat. Kerugian bersih juga berterusan sejak TK2016.

  • Bolehkah Lembaga jelaskan kepada para pemegang saham perbezaan di antara hasil jualan kasar dan pendapatan dan mengapakah hasil jualan kasar merosot walaupun pendapatan meningkat?
  • Apakah langkah yang diambil untuk mengatasi kerugian yang berterusan ini? Adakah terdapat apa-apa perubahan konkrit dalam prestasi Kumpulan dan bilakah Kumpulan dijangka beroleh keuntungan?

PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Lya Rahman, Pengurus Besar, [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•        Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].

 


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

Language: