MSWG Weekly Newsletter 03 May 2019 (BM)

Friday, 3 May, 2019

03.05.2019

 

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

YFG  BERHAD (“YFG” atau “Syarikat”)

Pada 2 Mei 2019, Lembaga Pengarah mengumumkan bahawa pada 25 April 2019, sebuah anak syarikat milik penuh YFG iaitu YFG Engineering Sdn Bhd (“YFGE”) telah memberhentikan kerja-kerja kontrak untuk cadangan pembinaan dan menyiapkan 666 unit rumah PR1MA setingkat berkembar dan 74 unit lot kedai termasuk kerja-kerja infrastruktur di Penor, Mukim Penor, Daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur (“Projek”) yang bernilai RM127 juta.

Notis penamatan telah diberikan kepada pemaju iaitu Seri Ceka Sdn Bhd (“SCSB”) kerana kontrak yang diperlukan tidak dimetrai dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 3 bulan, berikutan isu pembiayaan projek di bahagian SCSB.

Penamatan ini dijangka tidak memberikan apa-apa kesan material terhadap pendapatan, aset bersih dan penggearan Syarikat dan Kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2019 kerana Projek tidak dimulakan.

Sumber:

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6149729

 

Komen MSWG

YFG telah diklasifikasikan sebagai Syarikat PN17, selaras dengan perenggan 2.1(e) Nota Amalan (“PN”) 17 pada 22 September 2015 selepas juruaudit syarikat menyatakan saranan utama dalam laporan audit terhadap keupayaan Syarikat dan anak-anak syarikatnya sebagai usaha berterusan. Selain itu, ekuiti pemegang saham YFG pada 30 Jun 2014 adalah kurang 50% daripada modal terbitan dan berbayar Syarikat.

Kami perhatikan YFG sedang menunggu keputusan Bursa Securities mengenai rayuan yang dikemukakan oleh Syarikat pada 28 Mac 2019, supaya Bursa Securities mempertimbangkan semula penolakan yang dibuat pada 28 Februari 2019 berkaitan pelan regularisasi yang dicadangkan.

Oleh yang demikian, pengumuman penamatan kontrak rumah PR1MA berjumlah RM127 juta merupakan tamparan besar kepada Syarikat di saat ia terus berjuang untuk memulihkan perniagaannya. Kontrak ini sepatutnya menyumbang secara positif kepada pendapatan dan keuntungan Kumpulan bagi Tahun Kewangan Berakhir (“TKB”) 30 September 2019. Bagi TKB 30 Sept 2018, YFG mencatatkan jumlah pendapatan setakat RM3.34 juta dengan kerugian bersih selepas cukai berjumlah RM14.11 juta dan defisit dalam dana pemegang saham berjumlah RM94.56 juta.

Jual beli saham YFG telah digantung sejak 22 Mac 2018. Harga saham terakhir ditutup pada setengah sen. Pemegang saham diberi amaran supaya memantau aktiviti kaunter dan menunggu keputusan mengenai rayuan pelan regularisasi Syarikat. Sekiranya gagal, kaunter itu dijangka akan dinyah senarai.


TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 6 HINGGA 10 MEI 2019

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG) pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

 

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

08.05.19 (Rabu)
10.00 pagi

SYF Resources Bhd
(EGM)

Emerald 1 Room, RHR Hotel @ Kajang, Wisma MKH, Jalan Semenyih, Kajang

08.05.19 (Rabu)
02.30 petang

Zhulian Corporation Bhd
(AGM)

G Hotel,  Persiaran Gurney, Georgetown, Penang

09.05.19 (Khamis)
10.00 pagi

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd
(AGM)

Menara Takaful Malaysia, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, KL

09.05.19 (Khamis)
10.00 pagi

MMC Corporation Bhd
(AGM)

Hotel Istana, 73, Jalan Raja Chulan, KL

10.05.19 (Jumaat)
10.00 pagi

Media Prima Bhd

(AGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, 1A Jalan Bukit Kiara 1, KL

 

Perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

SYF Resources Bhd
(EGM)

Nisbah penggearan Syarikat ditetapkan supaya meningkat kepada 0.38 kali daripada 0.2 kali selepas pengambilalihan (rujuk halaman 17 Pekeliling), mengandaikan 70% daripada jumlah keseluruhan pertimbangan pembelian yang berjumlah RM49.72 juta akan dibiayai oleh pinjaman bank.

  • Berapakah nisbah penggearan optimum yang mahu dikekalkan oleh Syarikat dalam jangka masa panjang?
  • Syarikat menjangkakan terdapat peningkatan dalam nisbah penggearan. Masih adakah ruang bagi Syarikat untuk mendapatkan pembiayaan tambahan untuk pembangunan tanah pada masa depan?
  • Adakah terdapat keperluan untuk mengumpulkan dana daripada pemegang saham?

Zhulian Corporation Bhd
(AGM)

Pelanggan utama (Halaman 101 Laporan Tahunan 2018)

Kumpulan mempunyai tumpuan yang tinggi terhadap satu pelanggan utama, terutama pelanggan A dari Thailand yang menyumbang 64.9% kepada jumlah pendapatan Kumpulan.

Bagaimanakah Lembaga mengurus dan mengurangkan risiko tumpuan pelanggan Kumpulan?

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd
(AGM)

Kumpulan berdepan pelbagai cabaran seperti yang dinyatakan dalam Perbincangan & Analisis Pengurusan, (“MD&A”) di halaman 12 Laporan Tahunan 2018 seperti berikut:

  • Penggantungan sementara pengagihan perlindungan takaful gadai janji melalui tenaga agensi dan pengantara lain oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.

b) Inflasi perubatan yang semakin meningkat dan peperangan harga dalam segmen manfaat pekerja dalam industri; dan

c) Pengambilan dan pengekalan tenaga agensi korporat bukan kenderaan.

Apakah langkah yang diambil untuk menghadapi cabaran ini dan apakah keputusannya setakat ini?

MMC Corporation Bhd
(AGM)

Merujuk halaman 240, kami mendapati Kumpulan mempunyai penghutang perdagangan berjumlah RM189.2 juta yang sudah lampau tempoh, melebihi 6 bulan. Daripada jumlah ini, sejumlah RM82.7 juta sudah diperuntukkan sebagai elaun kerugian.

  • Apakah kebarangkalian syarikat dapat mengutip semula jumlah elaun kerugian ini?
  • Adakah syarikat perlu menambah elaun kerugian pada 2019?
  • Berapakah bahagian yang sudah lampau tempoh melebihi setahun daripada jumlah yang lampau tempoh enam bulan ini? Sila jelaskan.

Media Prima Bhd
(AGM)

Kami merujuk Nota 8 di halaman 226 Laporan Tahunan 2018, amaun yang dibayar untuk perkhidmatan lain yang diberikan oleh juruaudit (yuran bukan audit) berjumlah RM808,000 (2017: RM4,000), iaitu kira-kira 53.6% daripada yuran audit keseluruhan untuk TK2018 berjumlah RM1,507,000.

  • Sila huraikan jenis perkhidmatan lain yang diberikan oleh juruaudit.
  • Adakah Lembaga mempunyai dasar yang berkaitan jumlah yang dibayar kepada juruaudit luar untuk perkhidmatan bukan audit?

 

Language: