29.03.2019
PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA
MSCM HOLDINGS BERHAD (DAHULUNYA DIKENALI SEBAGAI PANPAGES BERHAD)
- CADANGAN PEMEROLEHAN 100% KEPENTINGAN EKUITI DALAM ACE WORLDWIDE LEASING SDN. BHD. DENGAN BALASAN TUNAI BERJUMLAH RM3.0 JUTA
Lembaga Pengarah MSCM Holdings Berhad (“MSCM”) mengumumkan pada 26 Mac 2019 bahawa mereka telah menandatangani Perjanjian Penjualan Saham dengan Ace Credit (M) Sdn. Bhd. untuk memperoleh 3,000,000 saham biasa dalam Ace Worldwide Leasing Sdn. Bhd. (“Ace”) yang mewakili 100% kepentingan ekuiti dalam Ace dengan pertimbangan pembelian berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Juta (RM3,000,000).
Butiran lengkap pengumuman ini dinyatakan dalam fail yang dilampirkan.
Pengumuman ini bertarikh 26 Mac 2019.
Sumber:
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6105577
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6107773
KOMEN MSWG:
Menurut pengumuman MSCM bertarikh 26 Mac 2019 dan jawapan kepada pertanyaan Bursa Securities bertarikh 27 Mac 2019, cadangan pemerolehan Ace bertujuan membolehkannya mempelbagaikan operasi perniagaan dan aliran pendapatan. Di samping itu, pelaksanaan pemerolehan ini membolehkan Syarikat menyediakan dan memajakkan kenderaan untuk perniagaan bilik sejuknya.
Walau bagaimanapun, kami mendapati pengumuman ini tidak menjelaskan bagaimana pemerolehan yang dicadangkan itu dapat melengkapkan dan mewujudkan sinergi dengan perniagaan MSCM yang sedia ada memandangkan Ace adalah sebuah syarikat dorman. Bagaimanakah sebuah syarikat dorman dapat menjalankan aktiviti perniagaan iaitu menyediakan modal, kemudahan kredit dan perniagaan pinjaman wang?
Sejak bilakah Ace berstatus dorman? Melihat situasi semasa, mengapakah dan adakah pihak pengurusan MSCM positif dalam menjadikan Ace sebuah syarikat yang menguntungkan, seterusnya menjadikannya penyumbang kepada pendapatan dan keuntungan Kumpulan?
MSCM menyediakan data perniagaan dan perkhidmatan pemasaran kepada PKS dan pelanggan korporat. Pengkhususannya dalam pembangunan platform perniagaan, direktori cetak dan pembangunan kandungan. Ia juga melabur dalam sebuah syarikat bersekutu yang terlibat dalam operasi rantaian pasaraya.
Sebaliknya, Ace telah mendapat pengakuan tertulis yang diperlukan daripada Bank Negara Malaysia (“BNM”) untuk menjalankan perniagaan pajakan. Namun, ini bukan lesen dalam erti kata sebenar. Pada 30 April 2018, nilai aset bersihnya berjumlah RM2.93 juta.
Walau apa pun, jika Ace gagal mendapatkan lesen yang diperlukan untuk memulakan perniagaan pajakan kredit, apakah langkah seterusnya yang akan diambil oleh MSCM untuk meningkatkan prestasi pendapatan dan keuntungannya? Bagaimanakah MSCM merealisasikan pelaburannya dalam Ace?
Mengenai pertimbangan pembelian, dalam surat jawapannya kepada Bursa Securities, Syarikat menyatakan terdapat premium berjumlah RM71,283.00 ke atas aset bersih Ace yang diaudit pada 30 April 2018 dengan mengambil kira kos penubuhan Ace dan kos menyenggarakan Ace sepanjang kira-kira 16 tahun. Kos menjalankan perniagaan akan dicerminkan dalam aset bersih, namun apakah justifikasi untuk premium ini walaupun jumlahnya tidak begitu besar? Selain itu, apakah justifikasi kepada apa-apa muhibah memandangkan Ace adalah syarikat dorman?
MSCM menghasilkan kerugian sejak 2016. Bagi sembilan bulan berakhir 31 Disember 2018, pendapatan berkurangan kepada RM9.52 juta berbanding RM23.11 juta dalam tempoh yang sama. Kerugian bersih menurun kepada RM5 juta berbanding RM6.65 juta pada tahun lepas.
Pemegang saham mungkin mahu mengikuti perkembangan perkara ini dalam AGM MSCM yang akan datang.
TINJAUAN MINGGUAN AGM/EGM MSWG UNTUK TEMPOH 1 HINGGA 5 APRIL 2019
Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG) pada minggu ini.
Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my
Tarikh & Masa |
Syarikat |
Lokasi |
03.04.19 (Rabu) 10.30 pagi |
KLCC Property Holdings Bhd (AGM) |
Mandarin Oriental Kuala Lumpur, KLCC |
Perkara penting untuk diajukan: |
|
Syarikat |
Perkara/ Isu Untuk Diajukan |
KLCC Property Holdings Bhd (AGM) |
1. Apakah Petunjuk Prestasi Utama (“KPI”) yang digunakan untuk menentukan pembayaran yuran prestasi Pengurus REIT KLCC? (a) Apakah penanda aras pasaran untuk yuran prestasi Pengurus REIT? (b) Adakah yuran prestasi dibayar secara tunai sahaja atau gabungan tunai dan saham KLCCP? (c) Sila jelaskan situasi yang mana Pengurus REIT KLCC dibayar dengan saham KLCCP? 2. Syarikat telah memulakan transformasi ruang pejabat di Menara 1, Menara 2 dan Menara 3 PETRONAS kepada “Workplace for Tomorrow” (“WFT” atau Tempat Kerja untuk Masa Depan), seperti yang dinyatakan di halaman 305 Laporan Tahunan ini. (a) Berapakah anggaran kos untuk mengubah ruang pejabat menjadi WFT untuk kesemua bangunan yang disebutkan di atas? (b) Bilakah transformasi WFT ini dijangka selesai?
|