MSWG Weekly Newsletter 17 May 2019 (BM)

Friday, 17 May, 2019

17.05.2019

PESANAN PENGANALISIS

 

Apakah yang berlaku dalam MAA Group Berhad?

Saya melihat senarai AGM/EGM sewaktu musim puncak pada bulan Mei dan Jun setiap tahun dan tahun ini tiada berbezanya. Pelbagai syarikat awam berhad (PLC) yang mengadakan AGM dan/atau EGM, sesetengahnya diadakan lebih awal iaitu pada bulan Mac dan April.

Ada PLC yang mengadakan AGM lebih awal dalam tempoh 6 bulan selepas akhir tahun kewangan mereka. Penzahiran yang dibuat tepat pada masanya adalah selaras dengan tadbir urus yang baik kerana ia memberikan ruang kepada para pemegang saham untuk berinteraksi dengan Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan PLC dalam mesyuarat tahunan.

Pada akhir bulan Mei sahaja dari 28 hingga 31 Mei 2019, MSWG perlu menghadiri 27 mesyuarat, gabungan pelbagai PLC daripada seluruh industri. Untuk pengetahuan pembaca, MSWG membuat pemantauan ke atas kira-kira 304 PLC. Senarai penuh syarikat ini boleh didapati di laman web kami, www.mswg.org.my

Sewaktu menyemak senarai pemantauan, sebuah syarikat menarik perhatian saya iaitu MAA Group Berhad (“MAAG”), yang akan mengadakan AGM/EGM pada 29 Mei 2019.

Antara yang menarik perhatian kami ialah EGM MAAG yang bertujuan menjadikan syarikat sebuah syarikat swasta oleh dua pemegang saham utama iaitu Melewar Acquisitions Limited (“MAL”) dan Melewar Equities (BVI) Ltd (“MEL”) melalui pelaksanaan pengurangan dan pembayaran balik modal terpilih (“SCR”) di bawah Seksyen 116 Akta Syarikat, 2016.

Sedikit latar belakang ringkas, MAAG adalah sebuah syarikat pemegangan pelaburan Malaysia yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. MAAG pada dasarnya terlibat dalam insurans am dan hayat konvensional, unit amanah, perniagaan takaful keluarga dan takaful am, pengurusan aset, dana amanah, perkhidmatan dan pengurusan harta, teknologi maklumat dan perkhidmatan keselamatan.

Aktiviti perniagaan semasa MAAG termasuk pegangan pelaburan, perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kasturi Academia Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Pusat Tuisyen Kasturi Sdn Bhd) dan perniagaan insurans am melalui MAA General Assurance Philippines, Inc.

Selain portfolio perniagaan yang disebutkan di atas, Kumpulan kini sedang mencari perniagaan teras tambahan baharu untuk mempelbagaikan lagi aliran pendapatan. Pada 31 Disember 2018, jumlah aset Kumpulan mencecah RM757 juta.

 

(Sumber: https://www.maa.my/maa/maagroup/index.php?about-us)

Dalam Surat Pekeliling kepada para pemegang saham bertarikh 3 Mei 2019, diumumkan bahawa MAL dan MEL, yang secara kolektif mengawal 38.67% kepentingan dalam Syarikat, berhasrat untuk menswastakan Syarikat melalui pelaksanaan SCR.

Secara ringkas, jumlah pembayaran balik modal adalah untuk Pemegang Saham Tidak Berkepentingan yang secara kolektif memegang 167,740,668 saham MAAG yang mewakili 61.33% modal saham terbitan MAAG. Harga tawaran adalah RM1.10 untuk setiap saham MAAG.

Kedua, sesuatu yang menarik perhatian kami yang tersirat dalam tawaran itu adalah usaha mendapatkan kelulusan Pemegang Saham Tidak Berkepentingan dalam EGM untuk menggunakan sebahagian daripada terimaan pelupusan MAA Takaful Berhad yang tidak digunakan sebanyak RM208.150 juta untuk membiayai sebahagian SCR yang dicadangkan.  

Lembaga Pengarah (kecuali Pengarah-pengarah yang berkepentingan) pada 3 Mei 2019, setelah mempertimbangkan rasional bagi cadangan SCR dan saranan Penasihat Bebas, Mercury Securities (“IA”) bersetuju dengan penilaian dan cadangan IA bahawa SCR yang dicadangkan adalah TIDAK ADIL tetapi WAJAR dan mencadangkan kepada Pemegang Saham yang Tidak Berkepentingan supaya MENGUNDI MENYOKONG pelaksanaan SCR yang dicadangkan ini.

1.         Sebagai Pemegang Saham Tidak Berkepentingan, adakah tawaran di atas iaitu RM1.10 dianggap berbaloi dan wajar dipertimbangkan?

•          Aset bersih bagi setiap saham MAAG adalah RM1.94 pada 31 Disember 2018

•          Penggearan dan pinjaman sifar seperti yang dinyatakan di halaman 11 Pekeliling.

2.         Status PN17: Mengapakah Lembaga tidak bertindak untuk menangani statusnya sejak September 2011, sewaktu ia dikelaskan sebagai penerbit tersenarai yang terjejas dan diletakkan di bawah PN17? (Maklumat terkini, Syarikat masih lagi di bawah PN17 dan telah memohon tarikh lanjutan selepas ia gagal mematuhinya pada 30 April 2019)

•          Tempoh dari 2011 hingga 2019 (lebih 8 tahun) nampaknya sangat panjang bagi Lembaga untuk merungkai status ini dan pemegang saham benar-benar prihatin terhadap strategi dan rancangan Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan dalam mesyuarat Lembaga selama ini. (Merujuk Laporan Tahunan 2018, Lembaga mengadakan mesyuarat sebanyak lima kali pada 2018). 

•          Menyemak profil terkini Lembaga Pengarah (Laporan Tahunan 2018), kami mendapati daripada tujuh pengarah, ada seorang pengarah wanita yang baru dilantik pada TK2018. Melihat profil dan pengalaman enam pengarah yang lain, Lembaga kini dianggotai oleh pengarah yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang diperlukan, iaitu akauntan bertauliah yang berpengalaman dan rakan kongsi firma perakaunan antarabangsa.

•          Kumpulan juga beruntung kerana mempunyai seorang mantan Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif yang berpengalaman sejak 2016 dan kini Ketua Pegawai Eksekutif Bursa dan bekas Gabenor Bank Negara, sebagai peneraju untuk memimpin dan mengemudi perjalanan serta pemulihan perniagaan syarikat. 

3.         Persoalan terakhir yang sangat penting buat semua pemegang saham minoriti, adalah cadangan Lembaga Pengarah (kecuali bagi Pengarah Berkepentingan) seperti yang dinyatakan di halaman 16 dalam Pekeliling iaitu, mereka bersetuju dengan cadangan IA dan berpendapat bahawa pelaksanaan SCR yang dicadangkan adalah dalam kepentingan terbaik Pemegang Saham Tidak Berkepentingan.    

Soalan kepada Lembaga:

•          Bagaimanakah cadangan itu dikatakan memihak kepada kepentingan terbaik Pemegang Saham Tidak Berkepentingan sedangkan harga tawaran kurang daripada Aset Bersih bagi setiap saham MAAG? RM1.10 berbanding RM1.94 dan berdasarkan pendekatan penilaian jumlah bahagian yang dianggarkan daripada julat nilai saksama Kumpulan iaitu RM509.7 juta hingga RM568.8 juta, yang diterjemahkan kepada RM1.86 hingga RM2.08 bagi setiap saham MAAG (seperti yang dinyatakan di halaman 11 dan 18 dalam Pekeliling)

•          Bagaimanakah penggunaan baki terimaan daripada penjualan MAA Takaful Berhad berjumlah RM208.150 juta memberi manfaat kepada Pemegang Saham Tidak Berkepentingan?

(Terimaan daripada pelbagai pelaksanaan korporat dan penyusunan semula digunakan untuk menyelaraskan perniagaan Kumpulan dan untuk membiayai peluang pelaburan atau prospek perniagaan Kumpulan di masa hadapan supaya boleh dimanfaatkan oleh semua pemegang saham termasuk Pemegang Saham Tidak Berkepentingan).

Sekiranya ada, lebihan ini sepatutnya diagihkan sebagai dividen kepada semua pemegang saham yang layak.

4.         Mendapatkan kelulusan daripada Pemegang Saham Tidak Berkepentingan

Cadangan SCR adalah tertakluk pada dan bersyarat apabila kelulusan berikut diperolehi:

(i) Pemegang Saham yang Tidak Berkepentingan, melalui resolusi khas berkaitan Cadangan SCR yang akan dibentangkan dalam EGM Syarikat yang akan diadakan (Resolusi Khas).

 

Resolusi Khas ini:

(a) perlu diluluskan oleh sekurang-kurangnya majoriti dalam bilangan Pemegang Saham Tidak Berkepentingan dan 75% nilai undian yang tertakluk pada Saham MAAG yang dipegang oleh Pemegang Saham Tidak Berkepentingan yang mengundi sama ada secara peribadi atau melalui proksi dalam EGM; dan

(b) mestilah tidak boleh diundi oleh lebih daripada 10% dalam nilai undian yang tertakluk pada saham MAAG yang dipegang oleh Pemegang Saham Tidak Berkepentingan daripada jumlah keseluruhan saham undian Syarikat.

Pemegang Saham sekali lagi dinasihatkan supaya menghadiri AGM/EGM syarikat untuk mendapatkan penjelasan Lembaga mengenai rancangan mereka untuk Syarikat pada masa hadapan, usaha yang diambil untuk mengeluarkan Kumpulan daripada status PN17 serta garis masa yang ditetapkan.

Pemegang saham juga perlu mempersoalkan Lembaga di atas syornya kepada Pemegang Saham yang Tidak Berkepentingan supaya untuk mengundi MENYOKONG pelaksanaan SCR.

(Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/subscribe/1198/option2/CS#)

Sumber: Laporan Tahunan MAA Group Berhad 2018/ 2017/ 2016

Oleh: Quah Ban Aik


TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 20 HINGGA 24 MEI 2019

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG) pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

21.05.19 (Selasa)
10.00 pagi

KUB Malaysia Bhd
(AGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, 1A, Jalan Bukit Kiara 1, KL

22.05.19 (Rabu)
10.00 pagi

KKB Engineering Bhd
(AGM)

Hotel Abell, No. 22, 4th Floor, Jalan Tunku Abdul Rahman,Kuching, Sarawak

22.05.19 (Rabu)
11.00 pagi

Dayang Enterprise Holdings Bhd
(AGM)

Danum II, Level 5, Imperial Hotel, Miri, Sarawak

23.05.19 (Khamis)
10.00 pagi

UMW Holdings Bhd
(AGM)

Auditorium UMW, No. 3, Jalan Utas (15/7), Batu Tiga Industrial Estate, Shah Alam

23.05.19 (Khamis)
10.00 pagi

Sime Darby Plantation Bhd
(AGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, 1A, Jalan Bukit Kiara 1, KL

23.05.19 (Khamis)
10.30 pagi

Vitrox Corporation Bhd 
(AGM)

Auditorium of ViTrox Campus 2.0, Batu Kawan Industrial Park, Bandar Cassia, Penang

23.05.19 (Khamis)
10.30 pagi

Kossan Rubber Industries Bhd
(AGM)

Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam

24.05.19 (Jumaat)
09.30 pagi

Heineken Malaysia Bhd
(AGM)

Connexion @ Nexus, No. 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South City, KL

24.05.19 (Jumaat)
10.00 pagi

Sino Hua-An International Bhd
(AGM)

The Royal Selangor Golf Club, Jalan Kelab Golf, Off Jalan Tun Razak, KL

24.05.19 (Jumaat)
10.00 pagi

Naim Holdings Bhd
(AGM)

Naim Sapphire Condominium Homes, Function Hall, Batu Lintang, Kuching, Sarawak

24.05.19 (Jumaat)
06.30 petang

Master-Pack Group Bhd  
(AGM)

1574, Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal, S.P.S. Penang

 

Salah satu perkara penting untuk diajukan :

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

KUB Malaysia Bhd
(AGM)

1)      Kumpulan mencatatkan kerugian selepas cukai (“LAT”) berjumlah RM19.5 juta dalam TK2018 berbanding keuntungan selepas cukai RM31.0 juta pada TK2017 disebabkan kerugian yang ditanggung daripada operasi yang dihentikan, termasuk pengiktirafan penurunan nilai sekali sahaja untuk sebuah kilang di Mukah, Sarawak yang berjumlah RM26.1 juta.

a)     Apakah strategi dan rancangan untuk TK2019? Apakah petunjuk prestasi utama yang ditetapkan oleh Lembaga untuk TK2019?

b)     Bilakah Kumpulan dijangka akan memperbaiki prestasinya dan memperoleh keuntungan?

c)      Adakah syarikat menjangka untuk membuat kemerosotan tambahan untuk TK2019?

2)      Peruntukan untuk kejejasan nilai penghutang perdagangan dan penghutang lain meningkat dengan ketara pada TK2018 berbanding tahun sebelumnya iaitu RM1.46 juta berbanding RM0.53 juta. Apakah prospek pemulihan untuk penghutang ini? Adakah syarikat menjangka akan menanggung kemerosotan tambahan untuk TK2019? (halaman 95, Laporan Tahunan).

KKB Engineering Bhd
(AGM)

Sektor perkilangan mencatatkan margin yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya disebabkan kenaikan kos bahan mentah, terutama Gegelung Keluli Bergulung Panas yang digunakan dalam pengeluaran Silinder Gas LP dan Paip Keluli Lembut ditambah pula dengan kos buruh langsung yang lebih tinggi (halaman 27 Laporan Tahunan 2018).

Apakah rancangan Lembaga Pengarah untuk menangani kenaikan kos bahan mentah dan kos buruh langsung?

Dayang Enterprise Holdings Bhd
(AGM)

Nota 22 menyenaraikan perbelanjaan besar pada tahun ini dan kami perhatikan perbelanjaan berikut telah meningkat dengan ketara (halaman 125 AR 2018). Sila jelaskan.

 

2017

2018

Kenaikan/

(Penurunan)

 

RM’000

RM'000

RM'000

%

Perbelanjaan kakitangan – Caruman EPF

10,551

12,038

1.487

14.09

Perbelanjaan kakitangan - upah, gaji dan lain-lain

188,964

227,716

38,752

20.51

Sewa premis

3,182

33,781

30,599

>100

 

UMW Holdings Bhd
(AGM)

Jumlah yang dikenakan (dan yang digunakan) untuk peruntukan jaminan meningkat dengan ketara kepada RM114.5 juta (RM57.2 juta) pada 2018 berbanding RM26.3 juta (RM17.3 juta) pada 2017 (halaman 188 Laporan Tahunan).

Apakah sebab utama peningkatan yang besar ini, asas yang digunakan untuk mengira amaun yang dikenakan dan hubungan di antara jumlah yang dikenakan dan digunakan?

Sime Darby Plantation Bhd
(AGM)

Halaman 32 Laporan Tahunan melaporkan bahawa pengeluaran buah segar bertangkai (FFB) di Huluan Malaysia menyusut 14% manakala pengeluaran FFB Huluan Indonesia, Huluan PNG/SI dan Huluan Liberia masing-masing meningkat sebanyak 19%, 33% dan 76%.

a)     Apakah yang menyebabkan penyusutan pengeluaran FFB untuk Huluan Malaysia?

b)     Apakah jangkaan trend pengeluaran FFB untuk Huluan Malaysia, Indonesia, PNG/SI dan Liberia pada TK2019?

Vitrox Corporation Bhd 
(AGM)

1.      Apakah sebab di sebalik pelupusan besar perbelanjaan pembangunan Kumpulan yang berjumlah kira-kira RM4.0 juta (2017: Tiada) (Nota 6, halaman 111 AR2018)?

2.      Kami mendapati terdapat penurunan nilai yang besar dalam inventori iaitu kira-kira RM5.0 juta (2017: RM3.4 juta) (Nota 22, halaman 123 daripada AR2018).

(a)    Apakah yang menyebabkan penurunan nilai inventori ini?

(b)    Adakah inventori yang diturunkan nilai ini berpotensi akan dilupuskan pada masa hadapan?

Kossan Rubber Industries Bhd
(AGM)

Syarikat telah melancarkan sarung tangan berteknologi Low Derma™ pada bulan September 2016 dan sarung tangan Confidenz™ yang mendapat pensijilan Halal pada November 2017. Berapakah sumbangan sarung tangan ini kepada pendapatan dan keuntungan operasi pada TK2018 dan jangkaan sumbangan segmen ini untuk tempoh tiga tahun akan datang? Selain itu, apakah perkembangan usaha pengkomersilan sarung tangan antiFentanyl yang diluluskan oleh FDA pada Disember 2018 dan jangkaan pertumbuhan pendapatan.

Heineken Malaysia Bhd
(AGM)

Merujuk halaman 136 AR2018, Nota 20 kepada Penyata Kewangan, walaupun pampasan keseluruhan bagi kakitangan pengurusan utama adalah rendah dari tahun ke tahun, ganjaran mereka di peringkat Kumpulan dan Syarikat meningkat 41.32% tahun ke tahun kepada RM2.19 juta, daripada RM1.55 juta pada tahun 2017.

Apakah yang menyebabkan kenaikan signifikan dalam ganjaran pengarah?

Sino Hua-An International Bhd
(AGM)

Syarikat sangat bergantung kepada dua pelanggan utama dan Syarikat akan berusaha untuk mengurangkan risiko ini dengan memperluas pangkalan pelanggan dan meneroka bidang perniagaan lain. (AR 2018; halaman 94: Nota 27 - Maklumat segmen dan halaman 96: Nota 28 - Instrumen kewangan)

Apakah langkah yang telah dilaksanakan oleh Syarikat setakat kini untuk mengembangkan pangkalan pelanggannya dan meneroka bidang perniagaan lain termasuk mempelbagaikan aktiviti perniagaan selain perniagaan teras dan penerokaan ke pasaran baharu (jika ada)?

Naim Holdings Bhd
(AGM)

Perdana Petroleum Berhad (“PPB”) merekodkan pendapatan yang lebih tinggi iaitu RM189.7 juta pada TK2018 berbanding RM147.8 juta pada TK2017. Bahagian pendapatan komprehensif NAIM adalah kerugian yang lebih tinggi iaitu RM3.75 juta dalam TK2018 berbanding RM1.54 juta dalam TK2017. (halaman 124 dan 125 Laporan Tahunan)

(a)  Apakah yang menyebabkan kerugian yang lebih tinggi dalam TK2018?

(b)  Bilakah PPB dijangka memulihkan prestasinya?

Master-Pack Group Bhd  
(AGM)

Merujuk Perbincangan dan Analisis Pengurusan (“MDA”) di halaman 7 Laporan Tahunan MASTER (“AR”) 2018, dinyatakan bahawa prestasi Syarikat amat bergantung pada beberapa pelanggan utama dan Syarikat akan cuba mengurangkan risiko ini dengan memperluas pangkalan pelanggan dan meneroka rangkaian perniagaan lain.

Dalam nota 10 dan nota 25 daripada nota kepada penyata kewangan di halaman 76 dan 87 AR 2018, kami mendapati 1 (2017: 1) kumpulan pelanggan utama yang menyumbang 10% atau lebih daripada penghutang dan pendapatan perdagangan Syarikat dalam TK2018.

Selain itu, halaman 14 dalam Laporan Tadbir Urus Korporat (“CG”) menyatakan bahawa Pengarah Bebas telah mengkaji semula cadangan pelaburan yang berkaitan dengan mempelbagaikan aktiviti berbanding perniagaan teras dan meneroka ke dalam pasaran baharu.

a)     Siapakah kumpulan utama pelanggan yang disebutkan ini dan apakah jenis perniagaan yang dijalankan dengan mereka?

b)     Sila huraikan tentang tindakan pengurangan risiko yang dilaksanakan oleh Syarikat sehingga kini untuk memperluas pangkalan pelanggannya dan meneroka bidang perniagaan lain termasuk kepelbagaian daripada kegiatan perniagaan teras dan penerokaan ke dalam pasaran baharu (jika ada).


SENARAI PEMERHATIAN MSWG

APFT BERHAD (“APFT” atau “Syarikat”)

Saman Pemula (Wa-24ncc-140-03/ 2019) di antara Chan Tiam Hin, Tan Choon Hwa dan Michael Heng Chun Hong (“Plaintif”) vs APFT Berhad dan 8 defendan lain (“Kes”)

Lembaga Pengarah Syarikat (Lembaga) mengumumkan pada 14 Mei 2019 bahawa Lembaga telah membuat keputusan untuk menghentikan Kes kerana Pengarah Defendan iaitu Cik Laxmi Devi, Dato’ Md Ismail Bin Hamdan dan Encik Logonathan a/l Vadivelu dan Plaintif telah memutuskan untuk berkompromi, yang mana defendan sudah bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah APFT Berhad dan menyerahkan Pengurusan Syarikat kepada Plaintif. Kedua-dua pihak juga berkompromi kerana tarikh akhir PN17 dan perbalahan sesama Lembaga Pengarah hanya menghalang kemajuan Syarikat.

Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcemen...

 

YFG BERHAD

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah menolak rayuan YFG Berhad berhubung penolakan oleh Bursa Securities terhadap pelan regularisasi yang dicadangkan oleh syarikat menurut perenggan 8.04 (4) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities.

Sehubungan itu dan menurut surat daripada Bursa Securities bertarikh 26 April 2018, sekuriti syarikat itu akan dikeluarkan daripada Senarai Rasmi Bursa Securities pada hari Khamis, 23 Mei 2019.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pengumuman di Bursa Malaysia.

Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcemen...

 

STONE MASTER CORPORATION BERHAD

Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) telah menolak rayuan Stone Master Corporation Berhad untuk mendapatkan lanjutan masa bagi mengemukakan pelan regularisasi kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk mendapatkan kelulusan dan membuat keputusan untuk menyahsenaraikan Syarikat menurut perenggan 8.04 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities.

Berikutan itu, sekuriti syarikat akan dikeluarkan daripada Senarai Rasmi Bursa Securities pada hari Khamis, 23 Mei 2019.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pengumuman di Bursa Malaysia.

Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6162941

 

DAYA MATERIALS BERHAD

Kegagalan Membuat Pembayaran Menurut Perenggan 9.19a Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad - Kegagalan Membuat Pembayaran kepada RHB Bank Berhad

Kami merujuk pengumuman kami bertarikh 3 Mei 2019 berhubung kegagalan membuat pembayaran kepada RHB Bank Berhad (“RHB”).

Syarikat memaklumkan bahawa RHB telah memberi maklum balas kepada Daya Maxflo Sdn Bhd (“DMAX”) dan pada hari itu, DMAX telah menerima notis daripada RHB yang memaklumkan kepada DMAX bahawa permintaan untuk melanjutkan tempoh masa untuk membayar jumlah tertunggak berjumlah RM2,085,081.17, tidak diterima pada masa ini. Walau bagaimanapun, DMAX dan Syarikat masih dalam perbincangan dengan RHB untuk menjadualkan semula pembayaran kemudahan perdagangan yang masih belum dijelaskan.

Pengumuman selanjutnya mengenai perkembangan perkara di atas akan dibuat apabila perlu.

Pengumuman ini bertarikh 13 Mei 2019.

Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6158593

Kegagalan membuat Pembayaran Menurut Perenggan 9.19a Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad – Kegagalan Membuat Pembayaran kepada United Overseas Bank (Malaysia) Bhd

Kami merujuk pengumuman kami bertarikh 3 Mei 2019 berhubung kegagalan syarikat membuat pembayaran kepada United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (“UOB”).

Syarikat memaklumkan bahawa Daya CMT Sdn Bhd (“DCMT”) telah gagal membuat pembayaran berjumlah RM1,332,000.00 yang mana jumlah tertunggak dan perlu dibayar kepada UOB kini berjumlah RM2,810,000.00 (“Jumlah Tertunggak Baharu”) yang berkaitan kemudahan perdagangan yang diberikan oleh UOB kepada DCMT.

Kegagalan membayar adalah disebabkan kekangan aliran tunai DCMT yang mengakibatkan syarikat tidak dapat memenuhi obligasi pembayarannya kepada UOB mengikut masa yang ditetapkan.

DCMT dan Syarikat akan berbincang dengan UOB untuk menyelaraskan semula jumlah tertunggak daripada Jumlah Tertunggak Baharu.

Pengumuman selanjutnya tentang perkembangan perkara di atas akan dibuat apabila perlu.

Pengumuman ini bertarikh 14 Mei 2019.

Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6159821

 


SENARAI WASPADA MSWG

SYARIKAT PN17

  1. APFT BERHAD
  2. BERJAYA MEDIA BERHAD
  3. BERTAM ALLIANCE BERHAD
  4. BRAHIM’S HOLDINGS BERHAD
  5. CHINA AUTOMOBILE PARTS HOLDINGS LIMITED
  6. COMINTEL CORPORATION BERHAD
  7. DAYA MATERIALS BERHAD
  8. EKA NOODLES BERHAD
  9. HB GLOBAL LIMITED
  10. KINSTEEL BHD
  11. KUANTAN FLOUR MILLS BERHAD
  12. MAA GROUP BERHAD
  13. MALAYSIA PACIFIC CORPORATION BERHAD
  14. MAXWELL INTERNATIONAL HOLDINGS BERHAD
  15. MULTI SPORTS HOLDINGS LTD
  16. PERISAI PETROLEUM TEKNOLOGI BERHAD
  17. SEACERA GROUP BERHAD
  18. STONE MASTER CORPORATION BERHAD
  19. SUMATEC RESOURCES BERHAD
  20. TH HEAVY ENGINEERING BERHAD
  21. UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD
  22. YFG BERHAD

 SYARIKAT GN3

  1. G NEPTUNE BERHAD
  2. IDIMENSION CONSOLIDATED BERHAR
  3. WINTONI GROUP BERHAD

BERITA PENGAWAL SELIA

New ECF, P2P Financing Operators and Property Crowdfunding Framework Announced at SC Fintech Roundtable

https://www.sc.com.my/news/media-releases-and-announcements/new-ecf-p2p-financing-operators-and-property-crowdfunding-framework-announced-at-sc-fintech-roundtable

SC Issues Guiding Principles to Enhance Business Continuity Practices of Capital Market Entities

https://www.sc.com.my/news/media-releases-and-announcements/sc-issues-guiding-principles-to-enhance-business-continuity-practices-of-capital-market-entities

Development Initiatives to Enhance Market Liquidity and Accessibility

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press&ac=4853&lang=en

Economic and Financial Developments in the Malaysian Economy in the First Quarter of 2019

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press&ac=4852&lang=en

 


PERKEMBANGAN DAN BERITA DALAM NEGARA


PERKEMBANGAN DAN BERITA LUAR NEGARA


PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Siva Yamini, Ketua, Khidmat Korporat, [email protected]

Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]

Hoo Ley Beng, Pemangku Ketua, Penyelidikan & Pembangunan, [email protected]

Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Elaine Choo Yi Ling, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Lim Cian Yai,Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Nor Khalidah Mohd Khalil, Penganalisis, Pemantauan Korporat, [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•       Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

TAMAT./

 

 

Language: