Bahasa Melayu

MSWG Weekly Newsletter 2 August 2024 (Bahasa Melayu)

Tatal, suka, labur? Menyelami dunia "finfluencer"

Kemunculan "finfluencer"di media sosial menjadikan nasihat kewangan lebih mudah diakses dan menarik, terutama untuk Gen Z. Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kesalahan maklumat, penipuan serta penasihat yang tidak berlesen mendorong tindakan keras oleh pengawal selia di peringkat global, termasuk SC Malaysia. Orang ramai perlu lebih berwaspada, selain cakna terhadap peraturan pengawalseliaan, seiring dengan perkembangan trend "finfluencing"ini.

MSWG Weekly Newsletter 30 August 2024 (Bahasa Melayu)

Penswastaan MPHB Capital – Terima atau tidak?

Sejak Cadangan SCR diumumkan oleh MPHB pada 28 Mei 2024, MSWG menerima pelbagai maklum balas daripada pemegang saham minoritinya yang menyuarakan kebimbangan mereka berhubung harga tawaran RM1.70, yang ditetapkan pada diskaun yang tinggi berbanding Nilai Aset Bersih (Net Asset Value, NAV) Syarikat. Pemegang saham dinasihatkan supaya membincangkan cadangan itu dan melaksanakan hak mereka untuk mengundi pada EGM yang akan diadakan pada 6 September 2024.

MSWG Weekly Newsletter 26 July 2024 (Bahasa Melayu)

Prestasi Lemah, Ganjaran Mewah

Imbuhan pengarah antara isu yang menjadi pertikaian dalam kalangan pelabur. Di Malaysia, kita biasa melihat para pengarah diberikan ganjaran yang lumayan walaupun syarikat mencatatkan prestasi yang lemah. Jawatankuasa RC dan LTIP bertanggungjawab memastikan amalan imbuhan yang adil dan telus. Bagaimanapun, keberkesanan dan kebebasan mereka kadangkala menjadi persoalan.

MSWG Weekly Newsletter 6 September 2024 (Bahasa Melayu)

Penarikan diri GCE secara sukarela – Perjanjian muktamad untuk pemegang saham minoriti?

Para pemegang saham Grand Central Enterprises Bhd (GCE) akan berkumpul pada 13 September 2024 untuk menentukan nasib Cadangan Penarikan Penyenaraian GCE dari Bursa Malaysia. Jika berjaya, urus niaga ini akan menjadi salah satu lagi tawaran penswastaan yang "tidak adil tetapi munasabah", selaras dengan sentimen serupa dalam lathan penswastaan sebelum ini.