MSWG Weekly Newsletter 30 August 2024 (Bahasa Melayu)

Friday, 30 August, 2024

Penswastaan MPHB Capital – Terima atau tidak?

Sejak Cadangan SCR diumumkan oleh MPHB pada 28 Mei 2024, MSWG menerima pelbagai maklum balas daripada pemegang saham minoritinya yang menyuarakan kebimbangan mereka berhubung harga tawaran RM1.70, yang ditetapkan pada diskaun yang tinggi berbanding Nilai Aset Bersih (Net Asset Value, NAV) Syarikat. Pemegang saham dinasihatkan supaya membincangkan cadangan itu dan melaksanakan hak mereka untuk mengundi pada EGM yang akan diadakan pada 6 September 2024.

Language: