MSWG Weekly Newsletter 12 July 2024 (Bahasa Melayu)

Friday, 12 July, 2024

Tex Cycle: AGM yang Senyap, ‘Laungan’ tentang Pelan Pengembangan & Kerumitan Rangkaian dalam Kalangan Lembaga Pengarah

AGM Tex Cycle yang diadakan baru-baru ini agak sunyi sepi, dipengerusikan oleh Setiausaha Syarikat, manakala tiada pengarah Syarikat termasuk pengerusi eksekutif yang bersuara semasa mesyuarat itu berlangsung.

Pengumuman Syarikat baru-baru ini mencadangkan bahawa PLC yang sebelum ini tidak menonjol, sudah memasuki fasa pengembangan, didorong oleh kemunculan pemegang saham baharu, aktiviti pengumpulan dana, rancangan perniagaan strategik serta cadangan pemindahan penyenaraian.

Bagaimanapun, hubungan yang rumit serta pertindihan kepentingan dalam kalangan ahli lembaga pengarah menimbulkan kebimbangan terhadap proses membuat keputusan, terutamanya yang berkaitan pelaburan.

Language: