MSWG Weekly Newsletter 30 Nov 2018 (BM)

Friday, 30 November, 2018

30.11.2018

TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 3 HINGGA 7 DISEMBER 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

05.12.18 (Rabu)
11.00 pagi

Scientex Bhd
(AGM)

Scientex Packaging Film Sdn Bhd, Taman Perindustrian Pulau Indah, Port Klang

06.12.18 (Khamis)
10.00 pagi

MK Land Holdings Bhd
(AGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, of 1A, Jalan Bukit Kiara 1, Bukit Kiara, KL

06.12.18 (Khamis)
10.00 pagi

Gamuda Bhd 
(AGM)

Kota Permai Golf & Country Club, Kota Kemuning, Section 31, Shah Alam

06.12.18 (Khamis)
11.00 pagi

GD Express Carrier Bhd
(AGM)

Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam

07.12.18 (Jumaat)
09.00 pagi

Ipmuda Bhd
(AGM/EGM)

Maju Tower, 1001 Jalan Sultan Ismail, KL

 

Satu daripada perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

Scientex Bhd
(AGM)

Kumpulan mencatatkan peningkatan ketara dalam Pendapatan Lain iaitu daripada RM6.8 juta pada TK2017 kepada RM13.4 juta pada TK2018, dengan peningkatan sebanyak RM6.6 juta atau 97.1%.

  • Sila berikan butiran Pendapatan Lain bagi TK2017 dan TK2018.
  • Apakah yang menyebabkan peningkatan dalam Pendapatan Lain?

Gamuda Bhd
(AGM)

Pembinaan

  • Apakah nilai semasa buku pesanan Kumpulan? Adakah pentadbiran Kerajaan baharu memberi kesan terhadap buku pesanan Kumpulan yang sedia ada?
  • Apakah kontrak-kontrak yang sedang dibida dan berapakah nilainya?
  • Apakah perkembangan projek-projek semasa di bawah Bahagian Pembinaan?
  • Adakah terdapat lebihan kos bagi mana-mana projek yang sedang dilaksanakan?

GD Express Carrier Bhd
(AGM)

Seperti yang dilaporkan dalam Analisis dan Perbincangan Pengurusan (MD&A) di halaman 17 dan 18 Laporan Tahunan, margin operasi segmen Penghantaran Ekspres menyusut sebanyak 1.8 mata dalam TK2018 berbanding TK2017 disebabkan oleh persaingan harga yang sengit dan peningkatan dalam perbelanjaan operasi.

  • Apakah langkah yang diambil untuk mengatasi persaingan harga yang sengit?
  • Bolehkah Syarikat meningkatkan marginnya pada TK2019?

Ipmuda Berhad
(AGM/EGM)

Saranan Utama

Kami merujuk Laporan Juruaudit Bebas di halaman 8 Laporan Tahunan 2018, Nota 14 (c) dan Nota 14 (d) kepada penyata kewangan, yang menyatakan penzahiran berkaitan pemulihan jumlah yang terhutang daripada syarikat dan pelanggan pihak ketiga utama yang mana Pengarah tertentu mempunyai kepentingan kewangan yang besar. Para Pengarah berpendapat hutang-hutang ini akan dapat dikutip semula, maka tiada peruntukan rosotnilai tambahan diperlukan pada 30 Jun 2018.

Apakah tindakan yang diambil untuk mengutip semula amaun ini dan bilakah jumlah ini dijangka pulih?


PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Lya Rahman, Pengurus Besar, [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

  • Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini, kecuali bagi Muar Ban Lee Group Berhad, Advance Synergy Berhad dan FSBM Holdings Berhad.

Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

Language: