23.03.2018
PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA
EKOVEST BERHAD (“EKOVEST”) / ISKANDAR WATERFRONT CITY BERHAD (“IWCB”)
Penasihat Bebas (“IA”), BDO Capital Consultants Sdn. Bhd. (“BDO”) menyatakan pandangan bahawa tawaran umum berjumlah RM1.50 untuk setiap saham tawaran, yang akan diselesaikan oleh pertimbangan tunai RM1.50 untuk setiap 1 saham tawaran yang diserahkan (“Pilihan Tunai”), tidak adil tetapi munasabah. Walau bagaimanapun, jika tawaran am diselesaikan oleh pertukaran satu saham biasa baharu dalam Ekovest bagi setiap satu saham tawaran yang diserahkan (“Pilihan Pertukaran Saham”), maka tawaran itu adil dan munasabah.
Dalam Surat Penasihat Bebas, IA menasihati dan mengesyorkan pemegang saham IWCB untuk menerima tawaran ini. Lembaga Pengarah IWCB, kecuali para Pengarah yang berminat, bersetuju dengan pandangan IA dan mencadangkan para pemegang saham untuk menerima tawaran ini.
[Sumber: Pengumuman IWCB di laman web Bursa Malaysia pada 22 Mac 2018]
KOMEN MSWG:
IA berpendapat Pilihan Tunai tidak adil tetapi munasabah manakala Pilihan Pertukaran Saham adalah adil dan munasabah dan mencadangkan supaya Pemegang Saham Menerima tawaran itu.
IA menyatakan pemegang boleh memilih Pilihan Pertukaran Tunai atau Pilihan Pertukaran Saham dan selanjutnya menyatakan Pilihan Pertukaran Saham adalah lebih disukai.
MSWG ingin melontarkan pertanyaan dan komen berikut berkaitan cadangan dan penilaian IA:
- Di bawah PIlihan Tunai, tawaran RM1.50 bagi setiap saham tawaran adalah pada diskaun yang besar iaitu 51% berbanding nilai saksama saham IWCB.
Walaupun penilaian terhadap kemunasabahan tawaran ini mempertimbangkan perkara-perkara lain selain penilaian Saham Tawaran, adakah diskaun yang besar berbanding nilai saksama cukup menarik untuk menafikan kewajaran tawaran ini walaupun selepas mengambil kira pertimbangan kualitatif lain? Pendek kata, bolehkah tawaran ini dilihat sebagai munasabah?
- Di bawah Pilihan Pertukaran Saham, kesaksamaan tawaran itu dinilai menggunakan nisbah pertukaran yang diperoleh berdasarkan nilai saksama Ekovest dan IWCB.
Berdasarkan penilaian seperti dalam pengiraan, kesimpulannya tawaran ini adalah wajar kerana saham Ekovest yang diterima mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding saham IWCB yang akan diserahkan. Walau bagaimanapun, ia tidak mengambil kira harga pasaran masing-masing (di bawah pilihan tunai, kesaksamaan juga ditentukan berdasarkan perbandingan antara harga tawaran dan harga pasaran).
Sekiranya harga pasaran dipertimbangkan berdasarkan realiti, nilai Ekovest pasti menurun kerana saham itu didagangkan di bawah RM1.00 sesaham, terutama dalam beberapa bulan terakhir sebelum ini manakala saham IWCB didagangkan pada lebih RM1.00 sesaham. Perkara ini akan menyokong item (iii) di bawah iaitu sebab lebih baik memilih pilihan tunai dan bukannya memilih saham Ekovest.
- MSWG tidak bersetuju dengan pandangan IA iaitu antara Pilihan Tunai dan Pilihan Pertukaran Saham, pilihan kedua adalah lebih baik. Pendapat mereka ini berdasarkan nisbah pertukaran yang disebutkan di atas yang terhad, berdasarkan nilai yang digunakan (seperti dijelaskan di atas). Jelas sekali, ramai yang melihat Pilihan Tunai sebagai lebih baik kerana ia lebih masuk akal untuk menerima tawaran tunai RM1.50 walaupun saham Ekovest boleh dibeli di bawah RM1.00 sesaham dalam pasaran. Selain itu, jika lebih banyak saham Ekovest dikeluarkan (yang akan menyebabkan pencairan), harga saham akan terus menyusut.
- Dalam nota berasingan, kami hanya cuba memahami niat atau alasan bagi syarat penerimaan lebih 50% serta niat untuk menyahsenaraikan IWCB.
Jika Ekovest bertekad untuk menswastakan IWCB dan yakin tawarannya menarik dengan premium yang sihat berbanding nilai intrinsik IWCB (kami perhatikan tawaran tunai adalah pada diskaun 51% berbanding nilai saksama IWCB), mungkin mereka sepatutnya menetapkan syarat penerimaan pengambilalihan tidak kurang daripada 90% dan bukannya 50%.
- Para pemegang saham IWCB yang memilih Pilihan Pertukaran Saham, mungkin tidak dapat mencairkan pelaburan mereka dengan segera melalui pelupusan saham Ekovest, kerana harga pasaran semasa di bawah RM1.00 adalah pada diskaun yang besar berbanding harga terbitan RM1.50 untuk saham Ekovest baharu. Tindakan mereka ini juga tidak masuk akal kerana saham IWCB kini didagangkan antara RM1.30 hingga RM1.40 yang mungkin merupakan harga kemasukan bagi mereka yang membeli saham IWCB pada waktu ini.
Mereka yang memilih Pilihan Pertukaran Saham kebanyakannya pemegang saham Ekovest jangka panjang yang melihat potensinya, khususnya bank tanah besar yang menarik.
TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 26 HINGGA 30 MAC 2018
Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.
Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my
Tarikh & Masa |
Syarikat |
Lokasi |
27.03.18 (Selasa) |
LPI Capital Bhd |
Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, 11 Jalan Sultan Ismail, KL |
28.03.18 (Rabu) |
Bursa Malaysia Bhd |
Pusat Konvensyen Sime Darby, No. 1A, Jalan Bukit Kiara 1, KL |
28.03.18 (Rabu) |
Eco World Development Group Bhd |
Eco Ardence Sales Gallery, PT 8, Persiaran Setia Alam, Eco Ardence, Shah Alam |
29.03.18 (Khamis) |
Ekovest Bhd |
Grand Seasons Hotel, 72 Jalan Pahang, KL |
Perkara penting untuk diajukan: |
|
---|---|
Syarikat |
Perkara/ Isu Untuk Diajukan |
LPI Capital Bhd |
Apakah langkah terbaru yang diambil sejak pembentukan jabatan ini yang bertujuan mengubah kehadiran Lonpac dalam landskap digital serta manfaat dan penjimatan sehingga kini?
Bolehkah Lembaga kongsikan rancangan dan pandangannya untuk Singapura dan Kemboja khususnya pasaran Kemboja melalui kepentingannya dalam Campu Lonpac Insurance Plc? |
Bursa Malaysia Bhd |
Adakah dengan tidak memperkenalkan saham dwi-kelas mempengaruhi daya penarik Bursa dari segi kepelbagaian penawaran produk dan daya saing?
|
Eco World Development Group Bhd |
|
Ekovest Bhd |
Seperti disebutkan pada halaman 22 Pekeliling, nisbah penggearan Kumpulan Ekovest mungkin meningkat dari 2.78 kali pada Jun 2017 kepada 3.06 kali dalam Senario Penerimaan Maksimum, mengandaikan semua Pemegang yang Menerima memilih Pilihan Tunai.
|
Penganalisa MSWG
Lya Rahman, Pengurus Besar [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Wong Kin Wing, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Mustaqim Yusof, Penganalisa, Khidmat Korporat [email protected]
Muhammad Faris bin Mohamed Yusof, Penganalisa, Pemantauan Korporat [email protected]
PENZAHIRAN KEPENTINGAN
• Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini kecuali bagi Iskandar Waterfront City Berhad.
Maklumbalas
Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].
PENOLAKAN TUNTUTAN
Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG).
Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.
MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.
MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.