MSWG Weekly Newsletter 15 February 2019 (BM)

Friday, 15 February, 2019

15 Februari 2019

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

PERMAJU INDUSTRIES BERHAD (“PERMAJU”)

PELETAKAN JAWATAN JURUAUDIT

Pada 11 Februari 2019, Lembaga Pengarah Permaju mengumumkan pada hari tersebut Syarikat menerima notis secara bertulis bertarikh 8 Februari 2019 (“Notis”) daripada Tetuan Ernst & Young (“Juruaudit”) yang menyatakan hasrat mereka untuk meletak jawatan sebagai Juruaudit Syarikat.

Alasan di sebalik peletakan jawatan ini adalah kerana Syarikat ingin melantik juruaudit lain.

Selain perkara di atas, Lembaga Pengarah memaklumkan bahawa Syarikat tiada apa-apa perkara lain yang perlu dibawa kepada perhatian pemegang saham Permaju.

[Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6060781]

Komen MSWG:

Alasan peletakan jawatan kerana Syarikat ingin melantik juruaudit lain menimbulkan pelbagai persoalan. Kami tidak pasti sama ada juruaudit semasa ‘dipaksa meletak jawatan’ bagi memberi laluan kepada juruaudit baharu yang ingin dilantik oleh Syarikat. Mengapa mereka melantik juruaudit lain bagi menggantikan juruaudit sedia ada?

Demi ketelusan dan bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang tidak diingini, Lembaga perlu menyatakan sebab mereka ingin melantik juruaudit lain.

 

SCANWOLF CORPORATION BERHAD (“SCNWOLF” atau “Syarikat”)

BURSA MALAYSIA SECURITIES MEMBUAT TEGURAN TERBUKA TERHADAP SCANWOLF CORPORATION BERHAD DAN PENGARAHNYA SERTA MENDENDA EMPAT PENGARAH EKSEKUTIF SYARIKAT

SCNWOLF ditegur secara terbuka kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (LR) berikut:-

  1. Perenggan 10.07(1) LR dibaca bersama perenggan 10.02(l)(i), 10.02(g)(iii) dan 8.29(1) daripada LR kerana gagal mengeluarkan pekeliling kepada pemegang saham Syarikat dan mendapatkan kelulusan pemegang saham dalam mesyuarat agung sebelum memeterai Perjanjian Usahasama bertarikh 30 Julai 2012 (“JVA”) di antara Scanwolf Properties Sdn. Bhd. (“SPSB”) dan Scanwolf Development Sdn. Bhd. (“SDSB”).
  2. Perenggan 9.16(1)(a) LR berhubung pengumuman Syarikat bertarikh 30 Julai 2012 berkaitan JVA (“Pengumuman”) yang tidak tepat, terutama yang berhubung representasi berikut:
  • JVA tidak tertakluk pada kelulusan pemegang saham SCNWOLF; dan
  • nisbah peratusan tertinggi yang berkaitan transaksi menurut perenggan 10.02(g) LR ialah 1%.
  1. Perenggan 10.06(1) LR kerana gagal memastikan Pengumuman tersebut mengandungi maklumat yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam Lampiran 10A LR:-
  1. perenggan 3(a) dan (b) Bahagian A daripada Lampiran 10A - asas yang digunakan untuk mendapatkan pertimbangan dan justifikasi pertimbangan itu; dan
  2. perenggan 8 Bahagian B Lampiran 10A - jika perbadanan usahasama tidak ditubuhkan, syarat-syarat perkongsian kos dan keuntungan serta anggaran jumlah kos projek.

Tujuh Pengarah SCWOLF pada masa yang penting telah melanggar perenggan 16.13(b) LR kerana membenarkan SCNWOLF melanggar peruntukan dalam perenggan 10.07(1) LR seperti yang dinyatakan dalam perenggan (a) di atas dan telah ditegur atau didenda sebanyak RM25,000 hingga RM50,000.

Penemuan pelanggaran dan pengenaan denda ke atas SCNWOLF dan pengarahnya dibuat berdasarkan perenggan 16.19 daripada LR selepas pelaksanaan proses hak dan selepas mempertimbangkan semua fakta dan keadaan perkara itu termasuk kepentingan/ impak pelanggaran itu terhadap SCNWOLF dan pemegang saham/pelabur serta peranan, tanggungjawab, pengetahuan/ penglibatan para pengarah dalam JVA serta tingkah laku pengarah.

Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran ini, lebih-lebih lagi disebabkan Bab 10 daripada LR ini bertujuan melindungi kepentingan pemegang saham dalam urus niaga penting penerbit tersenarai.

Bursa Malaysia Securities juga mengingatkan SCNWOLF dan lembaga pengarahnya tentang tanggungjawab mereka untuk mengekalkan standard dalam tanggungjawab korporat dan akauntabiliti terhadap pemegang saham dan orang awam yang melabur.

 

LATAR BELAKANG

(I) TEGURAN TERBUKA TERHADAP SCNWOLF

SCNWOLF pada 30 Julai 2012 mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, SPSB telah menandatangani JVA dengan SDSB, sebuah anak syarikat 51% milik SPSB (pada masa penting), untuk melaksanakan projek pembangunan bercampur di 511 plot pembangunan tanah pajakan kosong kesemuanya dalam mukim dan daerah Kampar, Negeri Perak (“JV Plot”) yang dikenali sebagai “Kampar Putra II”.

JVA ini adalah urusniaga di bawah perenggan 10.02(l)(i) LR menurut JVA, SCNWOLF atau anak syarikat milik penuhnya, SPSB telah melupuskan hak pembangunan dan/ atau sebahagian besar kesemua hak, faedah atau kawalan ke atas Plot JV (“Pelupusan”) kepada SDSB. JVA tidak tertakluk pada/ bersyarat apabila sudah mendapat kelulusan para pemegang saham. Oleh itu,  Pelupusan sudah selesai apabila pihak-pihak yang memasuki JVA sudah pun efektif dan mengikat pihak-pihak tersebut. 

Memandangkan nisbah peratusan yang berkaitan transaksi berdasarkan perenggan 10.02(g)(iii) LR melebihi 25%, SCNWOLF perlu mengeluarkan pekeliling kepada para pemegang saham Syarikat dan mendapatkan kelulusan mereka dalam mesyuarat agung sebelum memeterai JVA menurut perenggan 10.07(1) LR dibaca bersama-sama perenggan 8.29(1) LR. Walau bagaimanapun, SCNWOLF gagal melaksanakannya. Representasi utama Syarikat menyatakan nisbah peratusan tertinggi yang dikaitkan kepada urus niaga menurut perenggan 10.02(g) LR ialah 1%, maka Syarikat tidak mendapatkan kelulusan JVA terlebih terdahulu daripada pemegang saham.

Dalam pengiraan untuk mendapatkan nisbah peratusan sebanyak 1%, Syarikat telah mengambil kira jumlah RM500,000 sebagai nilai pertimbangan. Walau bagaimanapun, nilai ini salah dan tidak munasabah kerana jumlah RM500,000 hanyalah pembayaran deposit oleh SDSB dan tidak mencerminkan keseluruhan nilai aset atau nilai agregat pertimbangan bagi JVA/ Pelupusan. Menurut JVA, pertimbangan perlu dirumuskan ke atas ‘hasil jualan unit JV’ dan kelayakan SPSB adalah 20% daripada ‘nilai pembangunan kasar’ (iaitu kira-kira RM180 juta seperti yang dinyatakan dalam pengumuman terdahulu dan pekeliling Syarikat berhubung pemerolehan SPSB ke atas Plot JV).

SCNWOLF hanya mendapat pengesahan pemegang saham bagi JVA pada 30 Mac 2017, walaupun selepas penglibatan dan peringatan Bursa Securities kepada Syarikat sejak 14 April 2016 bahawa nisbah peratusan JVA adalah lebih daripada 25% (yang mencetuskan keperluan untuk mendapatkan kelulusan/ pengesahan pemegang saham) (“Penglibatan Bursa”).

  1. TEGURAN TERBUKA TERHADAP TUJUH PENGARAH DAN JUMLAH DENDA RM175,000 DIKENAKAN KE ATAS EMPAT PENGARAH EKSEKUTIF

Semua pengarah perlu maklum dan jelas tentang JVA termasuk terma dan syarat yang terkandung di dalamnya serta kepentingan JVA/ Pelupusan.

Walau bagaimanapun, tiada tindakan dan tiada bukti yang menunjukkan para pengarah sudah melakukan/ mengambil tindakan yang munasabah untuk menjalankan tugas mereka khususnya untuk mengadakan perbincangan yang wajar, pertanyaan dan penilaian yang munasabah terhadap JVA/ Pelupusan termasuk keperluan mendapatkan kelulusan daripada pemegang saham bagi memastikan pematuhan Syarikat terhadap LR sewaktu mesyuarat Lembaga Pengarah (“BOD”) pada 26 November 2011, 25 Februari 2012 dan 26 Mei 2012. Selain tatatanda dalam kertas Lembaga yang menyatakan Syarikat sedang dalam proses menyediakan JVA antara SPSB dan SDSB untuk pelaksanaan selepas selesai penjualan, tiada bukti draf perjanjian atau dokumen lain yang berkaitan cadangan JVA diedarkan semasa mesyuarat BOD. Seterusnya, walaupun sudah maklum kepentingan JVA ini, semua pengarah telah meluluskannya melalui Resolusi Pekeliling Pengarah bertarikh 30 Julai 2012.

Kebergantungan pengarah syarikat terhadap setiausaha atau ketua pegawai kewangan berhubung pematuhan LR adalah tidak berasas dan tidak melepaskan para pengarah lebih-lebih lagi tiada bukti mereka sudah melakukan siasatan dan penilaian yang munasabah.

Penalti lebih tinggi yang dikenakan ke atas pengarah eksekutif adalah berdasarkan peranan, tanggungjawab, pengetahuan dan penglibatan mereka dalam JVA dan anak-anak syarikat iaitu SPSB dan/ atau SDSB. Selain itu, Dato’ Loo Bin Keong, Dato’ Tan Sin Keat dan Encik Teoh Teik Kean gagal membuktikan mereka sudah mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan pengesahan pemegang saham ke atas JVA diperoleh dengan cepat apabila terdapat/ walaupun selepas Penglibatan Bursa.

Komen MSWG:

Kami berpendapat bahawa pelanggaran yang dicetuskan oleh kesilapan pengiraan nisbah peratusan berdasarkan perenggan 10.02 (g) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (LR) mencerminkan kelemahan di pihak Lembaga Pengarah dan pastinya tidak boleh diterima. Ini adalah kerana setiap pengarah berhak mendapatkan akses kepada sumber yang diperlukan untuk melaksanakan tugasannya, termasuk nasihat profesional bebas, di bawah peruntukan dalam Akta Syarikat 2016 (Seksyen 215) dan LR (Perenggan 15.04). Bagi perkara yang melibatkan kemahiran, kepakaran atau pengetahuan khusus, Lembaga diberikan hak di bawah undang-undang untuk mendapatkan nasihat daripada para profesional dengan kepakaran atau pengetahuan yang diperlukan. Lagipun, Lembaga Pengarah juga boleh merujuk pada setiausaha syarikat yang sepatutnya pakar tentang Keperluan Penyenaraian, melainkan mereka juga tersilap.

Walau bagaimanapun, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman itu, Bursa Malaysia Securities (“Bursa”) tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukkan Pengarah telah mengambil langkah yang munasabah untuk menunaikan kewajipan mereka seperti mengadakan perbincangan yang sepatutnya, pertanyaan dan penilaian yang munasabah terhadap JV/ Pelupusan termasuk keperluan mendapatkan kelulusan daripada pemegang saham bagi memastikan pematuhan Syarikat terhadap LR.

Syarikat hanya mendapatkan pengesahan JVA daripada pemegang saham pada 30 Mac 2017, setahun selepas mendapat peringatan daripada Bursa. Situasi ini tidak memberi gambaran yang baik terhadap Lembaga dan menunjukkan bahawa Lembaga tidak mengambil serius masalah ini.

Bab 10 daripada LR bertujuan melindungi kepentingan para pemegang saham dalam urus niaga penting syarikat tersenarai, maka Lembaga Pengarah perlu mengambil perhatian serius dan memastikan ia dipatuhi tepat pada masanya.


TINJAUAN MINGGUAN AGM/EGM MSWG UNTUK TEMPOH 18 HINGGA 22 FEBRUARI 2019

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

19.02.19 (Selasa)
11.00 pagi

Kuala Lumpur Kepong Bhd
(AGM)

WEIL Hotel, 292 Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Perak

19.02.19 (Selasa)
10.30 pagi

Batu Kawan Bhd
(AGM)

WEIL Hotel, 292 Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Perak

20.02.19 (Rabu)

10.00 pagi

CCM Duopharma Biotech Bhd (EGM)

Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, Seksyen 13, Shah Alam.

 

Salah satu perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

Kuala Lumpur Kepong Bhd (AGM)

Seperti yang dinyatakan di halaman 146 Laporan Tahunan, Kumpulan tidak pernah mengamalkan dasar penilaian semula terhadap hartanah, loji dan peralatannya. Walau bagaimanapun, ada tanah pegangan bebas, tanah pegangan pajak dan bangunan tertentu telah dinilai semula oleh Lembaga Pengarah antara 1966 dan 1991. 

Memandangkan tiada penilaian semula ke atas tanah dan bangunan untuk jangka masa yang panjang, nilai semasa bagi hartanah ini mungkin berbeza berbanding amaun dibawa. Adakah Lembaga Pengarah bercadang untuk mendapatkan khidmat penilai bebas bagi menilai semula tanah dan bangunan ini?

Batu Kawan Bhd

(AGM)

Menurut Nota 12 kepada Penyata Kewangan di halaman 102 Laporan Tahunan, pertambahan dalam kerugian rosot nilai berjumlah RM21.625 juta (TK2017: RM30.94 juta) bagi loji oleokimia khusus telah dicaj kepada perbelanjaan operasi lain dalam TK2018.

Jawapan kepada surat kami bertarikh 7 Februari 2018 menyatakan isu berkaitan teknologi merupakan salah satu faktor yang mencetuskan peruntukan kerugian rosot nilai dalam TK2017. Sebahagian besar isu ini sudah pun ditangani dan terdapat peningkatan dalam jualan produk. 

  1. Melihat peningkatan dalam jualan produk, apakah faktor yang mencetuskan pertambahan rosot nilai dalam TK2018?
  2. Adakah Lembaga menjangkakan apa-apa pertambahan rosot nilai bagi loji oleokimia pada TK2019?

PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Lya Rahman, Pengurus Besar, [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected] 

Lim Cian Yai, Penganalisa Kanan, Pemantauan Korporat, [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•         Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini, kecuali bagi Scanwolf Corporation Bhd.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

 

Language: