MSWG Weekly Newsletter 04 January 2019 (BM)

Friday, 4 January, 2019

04.01.2019

 

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Prestariang – Analisis Dari Perspektif Pemegang Saham Minoriti

Pada 18 Disember 2018, harga saham Prestariang Bhd berada pada kadar 28.5 sen, menjadikan permodalan pasarannya berjumlah RM140.36 juta. Pada awal tahun kewangan, kaunter ini menjunam sebanyak 81.13%.

Prestasi saham Prestariang (atau kejatuhan harganya) memberikan pengajaran penting kepada pemegang saham minoriti supaya berhati-hati dan sentiasa mempertimbangkan maklumat serta tiga faktor risiko sebelum membuat keputusan pelaburan.

Faktor-faktor ini adalah:

  1. Sama ada terdapat risiko tumpuan (seperti projek SKIN) dan sama ada syarikat itu sangat bergantung pada kontrak kerajaan (risiko politik).
  2. Risiko pemegang saham utama memegang pegangan saham yang besar yang dicagarkan untuk pembiayaan margin
  3. Risiko pegangan saham orang penting

 

  1. Sama ada terdapat risiko tumpuan (seperti projek SKIN) dan sama ada syarikat itu sangat bergantung pada kontrak kerajaan (risiko politik).

Harga saham yang menjunam adalah berikutan pengumuman oleh Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Kabinet telah memutuskan untuk membatalkan projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) yang bernilai RM3.5 bilion. Prestariang memegang 70 peratus pegangan dalam projek ini.

 

Apabila sebahagian besar pendapatan sesuatu syarikat bergantung pada satu atau beberapa pelanggan besar, inilah risiko tumpuan. Mengaplikasikan Undang-Undang Pareto, 20% daripada pelanggan anda menyumbang 80% daripada pendapatan. Apatah lagi jika pelanggan yang menyumbang 80% pendapatan adalah kurang daripada 20% atau lebih teruk, satu pelanggan menyumbang 80% daripada pendapatan.

 

(SC mengetahui tentang risiko ini dan menegaskan supaya risiko tumpuan didedahkan dalam prospektus IPO. Risiko ini juga dinyatakan dalam Nota kepada Penyata Kewangan dalam Laporan Tahunan).

 

Perubahan Kerajaan Malaysia yang berlaku julung-julung kalinya baru-baru ini telah menyaksikan kewujudan malah peningkatan risiko politik. Mudah sahaja kita mengira dan menamakan PLC yang menjadi mangsa akibat perubahan yang berlaku dalam kerajaan berikutan keputusan pilihan raya umum ke 14 pada 2018.

Dalam pengurusan risiko, kita bercakap tentang ‘kemungkinan’ dan ‘akibat’. Mulai saat ini, risiko politik yang wujud berikutan perubahan dalam kerajaan perlu diberikan faktor yang lebih tinggi, baik dari segi ‘kemungkinan’ mahupun ‘akibat’.

  1. Risiko pemegang saham utama memegang pegangan saham yang besar yang dicagarkan untuk pembiayaan margin

Pada 18 Disember 2018, laporan media menyatakan bahawa presiden dan ketua pegawai eksekutif Prestariang, Dr Abu Hasan Ismail bukan lagi pemegang saham utama Syarikat, selepas beliau ‘dipaksa’ menjual kesemua sahamnya selepas panggilan margin.

Penjualan 117.19 juta saham yang mewakili 24.30% kepentingan, dibuat  pada 14 Disember, menurut satu kenyataan oleh Syarikat. (Sebelum ini, pada 22 dan 23 Oktober, Abu Hasan telah melupuskan pegangan saham dalam Prestariang sebanyak 3.13%, juga bertujuan menyelaraskan kedudukan margin peribadi).

Terdapat pendedahan dalam Laporan Tahunan tentang pegangan saham Dr Abu Hasan melalui pemegangan saham utama, pegangan saham pengarah serta 30 pemegang saham terbanyak, kesemuanya dalam bentuk kepentingan tidak langsung yang dinyatakan seperti berikut:

 

PEMEGANG SAHAM TERBESAR

 

                                    Kepentingan langsung                                Kepentingan tidak langsung

                                    Bil. saham yang dipegang              %          Bil. saham yang dipegang              %

Dr. Abu Hasan Bin Ismail                           -                       -           132,301,400                              27.43

      

PEGANGAN SAHAM PENGARAH

 

Kepentingan langsung                               Kepentingan tidak langsung

                                    Bil. saham yang dipegang              %          Bil. saham yang dipegang              %

Dr. Abu Hasan Bin Ismail               -                                   -           132,301,400                    27.43

 

TIGA PULUH PEMEGANG AKAUN SEKURITI TERBESAR

No.        Pemegang Akaun Sekuriti             Jumlah Saham                 %

1           EKOHATI SDN BHD                        100,001,800                     20.73

4           ANJAKAN EVOLUSI SDN BHD           18,480,000                     3.83

7           SIGMA DEDIKASI SDN BHD              13,819,600                     2.87

Jumlah besar                                           132,301,400                     27.43

 

Secara keseluruhannya, Abu Hassan ‘terpaksa’ melepaskan kesemua 27.43% pegangannya dalam Prestariang dalam tempoh dua bulan. Penjualan secara ‘paksa’ ini juga memberi kesan terhadap harga saham, yang mendatangkan kemarahan kerana tidak menguntungkan pemegang saham minoriti.

Walaupun pemegangan saham Dr Abu Hasan dizahirkan dalam Laporan Tahunan, tiada indikasi atau ketetapan yang menyatakan bahawa pemegangan saham beliau telah dicagarkan untuk mana-mana pembiayaan margin. Walaupun pengumuman pelupusan saham Dr Abu Hasan menyatakan bahawa pelupusan itu bertujuan membetulkan kedudukan akaun margin peribadinya, maklumat itu sudah terlambat atau tidak bermakna bagi pemegang saham minoriti.

Persoalan yang perlu dijawab ialah sama ada saham yang dicagarkan (untuk pembiayaan margin dan/atau pinjaman) oleh pemegang saham utama perlu dinyatakan secara jelas dalam Laporan Tahunan supaya maklumat itu dapat digunakan oleh para pelabur sebelum membuat keputusan pelaburan.

Atau pendedahan seperti maklumat tentang saham yang dicagarkan (untuk pembiayaan margin dan/atau pinjaman) diperluas dengan memasukkan pemegang saham utama, pegangan saham pengarah dan 30 pemegang saham terbesar. Bagi pendedahan yang lebih pragmatik, kita boleh menetapkan tahap, misalnya melebihi 20%, supaya dapat mengelakkan pendedahan meleret-leret yang tidak relevan.

Kami di MSWG merasakan bahawa maklumat ini penting dalam membuat keputusan. Pemegang saham minoriti dapat mengetahui jumlah saham pemegang saham utama yang dicagarkan untuk pembiayaan margin kerana ia mungkin mempunyai kesan langsung terhadap harga saham pada masa hadapan (jika berlaku ‘jualan secara paksa’).

Saham yang dicagarkan sentiasa berisiko untuk dijual secara paksa apabila harga saham jatuh ke tahap tertentu (seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat perjanjian pembiayaan margin yang diperoleh). Jualan secara paksa mewujudkan tekanan ke atas harga saham.

 

Risiko pegangan saham orang penting

Apabila orang penting menjadi pemegang saham utama, dan semua saham beliau dijual secara ‘paksa’, atau beliau akhirnya memiliki jumlah saham yang jauh lebih rendah, terdapat risiko yang beliau tidak lagi komited memandangkan jumlah pelaburannya dalam syarikat sudah berkurangan. Apakah jaminan pemegang saham utama orang penting akan terus melaksanakan tanggungjawab walaupun beliau tidak lagi mempunyai saham dalam syarikat atau pegangan sahamnya sudah dikurangkan?

Dalam kes Prestariang, Abu Hasan menyatakan yang beliau akan kekal sebagai presiden dan CEO, selain mendapat sokongan daripada pemilik institusi dan lembaga pengarah baharu untuk terus mengetuai pasukan pengurusan. Dalam kenyataan berasingan, lembaga pengarah Prestariang juga menyatakan sokongan mereka kepada Abu Hasan untuk terus mengetuai kumpulan itu.

Ramai pemegang saham minoriti melabur dalam PLC yang mana pemegang saham utama orang penting mempunyai kepentingan dalam PLC tersebut kerana mereka melihat penjajaran antara kepentingan pemegang saham utama orang penting itu dengan kepentingan pemegang saham minoriti. Sekiranya ada risiko pemegang saham utama orang penting tidak lagi menjadi pemegang saham utama (atau saham milik pemegang saham utama orang penting sudah dikurangkan dengan ketara), pemegang saham minoriti pasti mahu tahu tentang kemungkinan wujudnya risiko itu.

Kita perlu mengambil perhatian bahawa kejadian dan risiko seumpama ini boleh berlaku dalam mana-mana PLC lain dan perlu diberi perhatian serius. Oleh itu, sudah sampai masanya bagi pengawal selia mempertimbangkan sama ada terdapat merit dalam menyatakan pendedahan berkenaan saham yang dicagarkan, yang tertakluk pada pembiayaan margin, pemegang saham utama dan pemegang saham utama orang penting sebagai item yang perlu dizahirkan. Maklumat ini akan membantu pemegang saham minoriti membuat keputusan pelaburan yang lebih baik.

 


 

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

FSBM HOLDINGS BERHAD

Status penerbitan Laporan Tahunan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018 menurut Perenggan 9.28(4)(b) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (“MMLR”) Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”)

Lembaga Pengarah FSBM Holdings Bhd (“FSBM” atau “Syarikat”) mengumumkan bahawa Syarikat tidak dapat mengeluarkan Laporan Tahunannya yang terdiri daripada penyata kewangan tahunan Syarikat yang diaudit bersama laporan juruaudit dan pengarah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018 (“Penyata Kewangan/ Laporan Tahunan 2018 Yang Belum Diselesaikan”) sebelum 31 Disember 2018 untuk diserahkan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) dan pemegang saham kerana Syarikat masih berusaha untuk menyelesaikan isu-isu tertunggak yang berkaitan pemulihan penghutang perdagangan tertentu dan penghutang lain.

Syarikat memerlukan lebih banyak masa untuk menyiapkan Penyata Kewangan Yang Belum Diselesaikan dan akan berusaha mengeluarkan dan mengemukakan Laporan Tahunan 2018 kepada Bursa Securities dan pemegang saham pada atau sebelum 29 Mac 2019 (“tarikh jangkaan penerbitan”). 

Pihak pengurusan sedang mengambil langkah untuk menyelesaikan isu-isu yang tertangguh bagi mempercepatkan pengeluaran Laporan Tahunan 2018 serta berbincang dengan Juruaudit Luar untuk menyiapkan Laporan Tahunan 2018 sebelum tarikh jangkaan penerbitan. 

Selaras dengan Perenggan 9.28(5) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (“MMLR”), jika FSBM gagal menerbitkan Laporan Tahunan 2018 dalam tempoh lima (5) hari pasaran selepas tamat jangka masa seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 9.23 MMLR, iaitu 31 Oktober 2018 yang merupakan tempoh tidak melebihi empat (4) bulan dari penutupan tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018 (hari terakhir daripada 5 hari pasaran, selepas ini disebut sebagai “Tarikh Akhir Penggantungan”) Bursa Securities akan menggantung dagangan sekuriti FSBM selain mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya.

Penggantungan itu akan dilaksanakan pada hari pasaran berikutnya selepas tamat Tarikh Akhir Penggantungan dan akan ditarik balik pada hari pasaran selepas penerbitan Laporan Tahunan 2018 kecuali ditentukan sebaliknya oleh Bursa Securities. Oleh itu, sekuriti FSBM telah digantung dari dagangan berkuat kuasa mulai 9 November 2018.

Menurut Perenggan 9.28(6) MMLR, sekiranya FSBM gagal menerbitkan Laporan Tahunan 2018 dalam tempoh enam (6) bulan dari tamat jangka masa yang ditetapkan, iaitu 31 Oktober 2018, sebagai tambahan kepada sebarang tindakan penguatkuasaan yang mungkin diambil oleh Bursa Securities, prosedur penyahsenaraian akan dimulakan terhadap FSBM.

Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6020909

Komen MSWG:

Ini adalah kali keempat FSBM mengumumkan kelewatan dalam mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018 disebabkan oleh isu-isu tertunggak yang berkaitan pemulihan penghutang perdagangan tertentu dan penghutang lain.

Syarikat pertama kali mengumumkan kelewatan itu pada 31 Oktober 2018. Pengumuman ini mengakibatkan saham FSBM digantung berkuatkuasa dari 9 November 2019, menurut Perenggan 9.28(5) Keperluan Penyenaraian.

MSWG berharap perkara ini akan diselesaikan segera oleh lembaga pengarah dan pengurusan supaya isu ini tidak lagi menjadi teka teki kepada pemegang saham.


 

TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 7 HINGGA 11 JANUARI 2019

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

07.01.19 (Isnin)
10.00 pagi

Concrete Engineering Products Bhd
(AGM)

Institut Integriti Malaysia, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Kuala Lumpur

08.01.19 (Selasa)
10.30 pagi

Top Glove Corporation Bhd
(AGM)

Top Glove Tower of 16, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor.

10.01.19 (Khamis)

10.00 pagi

Suria Capital Holdings Bhd (EGM)

Wisma Sabah Ports, Sapangar Bay Container Port, Sapangar Bay, Kota Kinabalu, Sabah

 

Salah satu perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu untuk Diajukan

Concrete Engineering Products Bhd
(AGM)

Perkara Audit Utama - Kemerosotan Penghutang Perdagangan (Halaman 41 Laporan Tahunan 2018)

Berdasarkan penilaian ke atas rosotnilai, Lembaga mengiktiraf elaun kerugian rosotnilai terkumpul sebanyak RM10,691,910 berhubung penghutang dagangan Kumpulan dan Syarikat pada tarikh pelaporan.

Apakah prospek pemulihan jumlah ini? Apakah syarikat mengambil apa-apa tindakan untuk mengutip penghutang perdagangan yang terjejas?

Top Glove Corporation Bhd

(AGM)

Merujuk halaman 52 Penyata Kelestarian dalam Laporan Tahunan 2018, Kumpulan mencatatkan kadar insiden dan tenat yang lebih tinggi dalam TK2018, iaitu 3.82 kes bagi setiap 1,000 pekerja (2017: 2.31 kes) dan 21.29 setiap juta jam bekerja (2017: 14.05).

  1. Apakah yang menyebabkan peningkatan kadar insiden dan tenat?
  2. Apakah langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan tempat kerja untuk semua pekerja?

 

Language: