MSWG Weekly Newsletter 27 April 2018 (BM)

Friday, 27 April, 2018

27.04.2018

27.04.2018

PERKEMBANGAN PASARAN DAN KAWAL SELIA

BURSA MALAYSIA LANCARKAN BURSASUSTAIN, HAB PENGETAHUAN SEHENTI BERKAITAN KEMAMPANAN DAN TADBIR URUS KORPORAT

Bursa Malaysia melancarkan BURSASUSTAIN, sebuah portal dalam talian komprehensif yang direka sebagai hab pengetahuan dan maklumat sehenti berkaitan kemampanan dan tadbir urus korporat (“CG”).

BURSASUSTAIN dibangunkan selepas melakukan penyelidikan, penandaarasan dan penglibatan yang meluas dengan pelbagai kumpulan pihak berkepentingan. Hab ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada pengguna seperti penerbit tersenarai, pelabur dan pihak berkepentingan utama supaya mereka mempunyai akses mudah kepada maklumat terbaharu tentang CG dan kemampanan. BURSASUSTAIN direka supaya mesra pengguna. Ia menawarkan konten seperti siar web, kajian kes, ulasan, video, laporan, e-pembelajaran dan perkembangan berita mingguan dari sumber tempatan dan antarabangsa, bagi memenuhi kepelbagaian keperluan pihak berkepentingan.

BURSASUSTAIN dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu:

Segmen Tadbir Urus Korporat menyediakan sumber bagi membantu penerbit tersenarai memahami manfaat dan nilai daripada mengguna pakai amalan CG yang baik. Mereka juga dapat memahami tentang pengurusan dan penambahbaikan CG dalam syarikat masing-masing berpandukan maklumat yang relevan dalam segmen ini termasuk Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia, Panduan CG dan panduan lain serta pelbagai maklumat lain.

Segmen Kemampanan mengandungi alat dan sumber untuk memaklumkan dan memberi inspirasi kepada penerbit tersenarai dalam pelbagai peringkat perjalanan ke arah kemampanan. Segmen ini mengandungi maklumat asas kemampanan yang merangkumi kandungan terperinci mengenai isu kemampanan khusus yang sohor kini di peringkat tempatan dan global yang dapat membantu mereka menambah baik amalan semasa serta meningkatkan nilai dalam jangka panjang.

Segmen Pelaburan Bertanggungjawab menyediakan pelabur dengan pemahaman yang lebih baik dalam mengguna pakai maklumat terkini tentang alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) ketika membuat pertimbangan berkaitan kewangan dan pasaran. Justeru, mereka boleh membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak.

Untuk maklumat lanjut mengenai BURSASUSTAIN, sila layari https://bursasustain.bursamalaysia.com

[Sumber: Siaran media yang dikeluarkan di laman web Bursa Malaysia pada 24 April 2018]

KOMEN MSWG:

Kami mengalu-alukan BURSASUSTAIN yang baru dilancarkan ini yang meningkatkan kualiti penzahiran berkaitan tadbir urus korporat dan kemampanan syarikat awam berhad (PLC) sebagai makluman kepada pemegang saham dan bakal pelabur. Ini membolehkan syarikat tersenarai awam tempatan (termasuk ahli lembaga pengarah, pengurusan serta setiausaha syarikat) melengkapkan diri dengan pemahaman yang komprehensif tentang tadbir urus korporat dan kemampanan serta berinteraksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, pemegang saham dan bakal pelabur.


TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 30 APRIL HINGGA 4 MEI 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

30.04.18 (Isnin)
10.30 pagi

Petronas Gas Bhd     
(AGM)

Mandarin Oriental Kuala Lumpur, KLCC

30.04.18 (Isnin)
02.30 petang

Bintulu Port Holdings Bhd
(AGM)

Hotel Putrajaya Marriott, IOI Resort City, Sepang Utara

02.05.18 (Rabu)
10.30 pagi

Petronas Chemicals Group Bhd
(AGM)

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Jalan Ampang

 

Perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu untuk Diajukan

Petronas Gas Bhd (AGM)

Seperti yang dilaporkan dalam muka surat 96 Laporan Tahunan, PGB mencatatkan 33 gangguan di bawah Petunjuk Prestasi Utama (“KPI”) bagi ‘Kecemerlangan Operasi’ dan 31 Ketidakpatuhan di bawah KPI bagi ‘Proses Kerja dan Sistem yang Berkesan & Mampan.’

Syarikat telah menetapkan KPI Gangguan SIFAR dan Tidak Kepatuhan SIFAR untuk 2018.

Apakah langkah yang diambil untuk memastikan Kumpulan mencapai KPI ini?

Bintulu Port Holdings Bhd (AGM)

Pada halaman 23 Laporan Tahunan, kami mendapati operasi Fasa 1 sudah dimulakan sejak Jun 2017 di Pelabuhan Perindustrian Samalaju. Ia menyumbang pertumbuhan yang memberangsangkan dalam pendapatan operasi Kumpulan. Walau bagaimanapun, pada halaman 140 Laporan Tahunan, Samalaju Industrial Port Sdn Bhd terus mencatatkan kerugian sebelum cukai kira-kira RM38 juta bagi tahun kewangan berakhir 2017.

Bilakah Samalaju Industrial Port Sdn Bhd dijangka menjana keuntungan?

Petronas Chemicals Group Bhd (AGM)

Seperti yang dinyatakan pada halaman 34 Laporan Tahunan, PC Fertilizer Sabah memulakan operasi komersialnya pada Mei 2017 dan telah mencapai kadar penggunaan melebihi 90%.

(i)      Berapakah sumbangan PC Fertilizer Sabah kepada pendapatan Kumpulan untuk TK2017?

(ii)      Apakah sasaran kadar penggunaan loji untuk TK2018?


Penganalisa MSWG

Lya Rahman, Pengurus Besar [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Wong Kin Wing, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected] 
Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

Mustaqim Yusof, Penganalisa, Khidmat Korporat [email protected]

Muhammad Faris bin Mohamed Yusof, Penganalisa, Pemantauan Korporat [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN    

•               Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di         dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

Language: