26.01.2018
SUARA MSWG
Bursa Saham Hong Kong dan Singapura membuat persiapan bagi membenarkan Penyenaraian Saham Dwikelas kerana ia memberikan lebih fleksibiliti kepada syarikat untuk meningkatkan modal dan memenuhi pilihan pelabur yang berbeza. Penyenaraian ini juga menjadikan bursa lebih menarik dan kompetitif kepada syarikat dengan pengasas-pengurus yang berjaya. Adakah Malaysia wajar menikmati manfaat dengan membenarkan penyenaraian sedemikian?
Saham dwikelas bertentangan dengan prinsip sama rata satu saham satu undi. Maksudnya, pasukan pengurusan diberi kawalan penuh untuk menjalankan Syarikat, termasuk pelantikan Lembaga Pengarah. Namun, Lembaga Pengarah yang dilantik oleh pihak pengurusan akan bertanggungjawab kepada pihak pengurusan dan bukannya menjaga kepentingan SEMUA pemegang saham. Ini dikatakan salah satu sebab untuk tidak membenarkan penyenaraian ini.
Melihat dari sudut pendekatan pragmatik, dalam tadbir urus korporat, ada kalanya satu saiz tidak sesuai untuk semua. Struktur dwikelas jelas bermanfaat selain ada kelemahannya.
Beberapa semakan perlu dibuat bagi mengurangkan risiko sebelum struktur dwikelas ini dapat dimanfaatkan oleh pemegang saham selain ‘mencantikkannya’ bagi menarik minat pelabur. Antaranya termasuk menghadkan saham pengurusan hanya kepada pengurus-pengasas, menetapkan kerangka masa atau peristiwa yang telah ditetapkan untuk kembali kepada rejim satu-saham-satu undi, komposisi Jawatankuasa Pencalonan yang ketat dan lain-lain.
Mendidik pelabur adalah prasyarat penting sebelum membenarkan penyenaraian dwikelas.
Malaysia sudah pun memulakan rejim berasaskan pendedahan. Pengawal selia juga secara beransur-ansur menukar pendekatan paternalistik mereka kepada para pelabur yang membuat keputusan berdasarkan fakta dan maklumat.
Bersama-sama kita mendidik pelabur berpotensi tentang cabaran penyenaraian saham dwikelas. Justeru, pelabur boleh melabur mengikut selera risiko mereka selepas diberikan panduan dan maklumat berkaitan.
BERITA BAIK TENTANG DIVERSITI
Ada berita baik untuk anda.
Berita terkini melaporkan (merujuk pada Ringkasan Wanita dalam Lembaga Pengarah di Bursa Malaysia, Disember 2017) terdapat tujuh syarikat dalam 100 Syarikat Teratas Bursa yang tidak mempunyai wanita dalam lembaga pengarah. Ini merupakan suatu kemajuan kerana pada akhir 2016, terdapat 20 syarikat yang tidak mempunyai wanita dalam lembaga pengarah mereka.
Baki tujuh syarikat lagi yang tidak mempunyai pengarah wanita adalah Affin Holdings, Alliance Bank, Batu Kawan, Fraser & Neave Holdings, Genting Plantations, Genting Malaysia dan UOA Development Bhd.
Fraser & Neave memilih dua wanita sebagai lembaga pengarah dalam AGM mereka yang bertarikh 24 Februari 2018. Kini tinggal enam syarikat lagi.
Kami yakin enam syarikat ini akan melantik dan memilih pengarah wanita ke dalam lembaga pengarah mereka tidak lama lagi.
Kepelbagaian gender membolehkan perbincangan lembaga pengarah mengambil kira pandangan dan perspektif wanita. Pertimbangan yang lebih baik menghasilkan keputusan yang lebih baik, seterusnya meningkatkan nilai pemegang saham dalam jangka panjang serta menjaga kepentingan pihak berkepentingan.
Kepelbagaian gender adalah suatu subset dalam tadbir urus yang baik yang merangkumi kepelbagaian umum dalam lembaga pengarah. Terpulang pada jawatankuasa pencalonan dan lembaga pengarah untuk menentukan sifat kepelbagaian yang diperlukan dalam lembaga pengarah mereka.
MCCG 2017 menggariskan Amalan untuk melantik lembaga dan pengurusan kanan berdasarkan kriteria objektif, merit dan mengambil kira kepelbagaian dalam kemahiran, pengalaman, umur, latar belakang budaya dan gender.
PASUKAN MSWG
26 Januari 2018
TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 29 JANUARI HINGGA 2 FEBRUARI 2018
Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.
Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my
Tarikh & Masa |
Syarikat |
Lokasi |
30.01.18 (Selasa) 10.30 pagi |
Chin Teck Plantations Bhd (AGM) |
Suite 2B-3A-3, Block 2B, Level 3A, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, KL |
Perkara penting untuk diajukan: |
|
---|---|
Syarikat |
Perkara/ Isu Untuk Diajukan |
Chin Teck Plantations Bhd (AGM) |
(2) Kami mendapati pergolakan di kampung sekitar ladang di Indonesia masih belum dapat diselesaikan. Jumlah kawasan yang diakses pada TK2017 kekal sama seperti tahun kewangan yang lepas iaitu 39%. Syarikat telah membuat tambahan peruntukan kerugian daripada penurunan nilai sebanyak RM3.9 juta pada TK2017 berkaitan pelaburan dalam usahasama ini.
|
Penganalisa MSWG
Lya Rahman, Pengurus Besar lyarahman@mswg.org.my
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat rebecca.yap@mswg.org.my
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat banaik.quah@mswg.org.my
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat norhisam@mswg.org.my
Wong Kin Wing, Pengurus, Pemantauan Korporat kinwing@mswg.org.my
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat linnert.hoo@mswg.org.my
Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat elaine.choo@mswg.org.my
Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat cheemeng@mswg.org.my
Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat halim.alias@mswg.org.my
Mustaqim Yusof, Penganalisa, Khidmat Korporat mustaqim.yusof@mswg.org.my
Muhammad Faris bin Mohamed Yusof, Penganalisa, Pemantauan Korporat farisyusof@mswg.org.my
PENZAHIRAN KEPENTINGAN
• Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini kecuali bagi China Automobile Parts Holdings Limited.
Maklumbalas
Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke corporateservices@mswg.org.my.
PENOLAKAN TUNTUTAN
Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG).
Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.
MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.
MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.