MSWG Weekly Newsletter 19 Oct 2018 (BM)

Friday, 19 October, 2018

19.10.2018

TANDAKAN KALENDER ANDA

 

MAJLIS ANUGERAH TADBIR URUS KORPORAT ASEAN KE-2 AKAN DIADAKAN DI

PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR PADA HARI RABU, 21 NOVEMBER 2018

Kami dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran Majlis Anugerah Tadbir Urus Korporat ASEAN ke-2 yang akan diadakan dengan sokongan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kami ingin kongsikan penemuan dan keputusan 50 syarikat tersenarai awam (“PLC”) ASEAN teratas dan PLC cemerlang dari setiap negara ASEAN yang mengambil bahagian, dari segi amalan tadbir urus korporat berdasarkan penilaian menggunakan Kad Skor Tadbir Urus Korporat ASEAN pada 2018.

Malaysia adalah tuan rumah untuk majlis ini yang diadakan setiap dua tahun sekali. Usah lepaskan peluang untuk bersama-sama kami serta para pemenang dari rantau ASEAN dalam meraikan kecemerlangan tadbir urus korporat.

Penyertaan dan sokongan anda pada majlis ini amat dialu-alukan.

Sila hubungi Cik Emily Lim di talian 603-2070 9090 jika anda ada sebarang pertanyaan atau berminat untuk menyertai majlis ini.


 

TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 22 HINGGA 26 OKTOBER 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

22.10.18 (Isnin)
10.00 pagi

Berjaya Corporation Bhd 
(AGM)

Bukit Jalil Golf & Country Resort, Jalan Jalil Perkasa 3, Bukit Jalil, KL

25.10.18 (Khamis)
11.00 pagi

Hong Leong Industries Bhd
(AGM)

Menara Hong Leong, No. 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, KL

25.10.18 (Khamis)
02.30 petang

Pensonic Holdings Bhd 
(AGM)

1165, Taman Perindustrian Bukit Minyak, Simpang Ampat, Penang

26.10.18 (Jumaat)
10.00 pagi

IOI Corporation Bhd
(AGM)

Le Meridien Putrajaya, Lenuh IRC, IOI Resort City, Putrajaya

26.10.18 (Jumaat)
03.00 petang

Malayan Flour Mills Bhd
(EGM)

Wisma MCA, 163 Jalan Ampang, KL

 

Beberapa perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

Berjaya Corporation Bhd 
(AGM)

  1. Kumpulan mengalami kerugian sebelum cukai berjumlah RM115.90 juta pada tahun kewangan semasa berbanding keuntungan sebelum cukai berjumlah RM662.63 juta yang dilaporkan pada tahun sebelumnya, sebahagian besarnya disebabkan oleh keuntungan yang lebih rendah daripada pelbagai segmen perniagaan serta beberapa item luar biasa.

(i)    Sila nyatakan segmen perniagaan yang menyumbangkan keuntungan yang lebih rendah (dengan angka yang boleh dibandingkan) serta item luar biasa.

(ii)   Apakah kebarangkalian setiap segmen ini mencatatkan prestasi yang lebih baik dalam TK2019?

  1. Pengerusi menyatakan keyakinan beliau bahawa sebahagian besar kerugian daripada peruntukan rosot nilai boleh diselaraskan pada masa akan datang.

Aset atau item manakah yang mungkin akan diselaraskan kerugian daripada peruntukan rosot nilai pada masa hadapan? Bilakah ia akan diselaraskan?

Pensonic Holdings Bhd 
(AGM)

  1. Jelaskan sebab peningkatan besar dalam inventori yang diturunkan nilai berjumlah RM1.3 juta (2017: RM0.5 juta), seperti yang ditunjukkan di bawah Nota 9 di halaman 76 Laporan Tahunan.
  2. Pada halaman 94 Laporan Tahunan, kami perhatikan kerugian daripada rosot nilai telah meningkat kepada RM1,058,608 (2017: RM30,166).
  • Apakah item yang berkaitan dengan kerugian daripada rosot nilai yang dihapuskira?
  • Apakah yang menyebabkan peningkatan ketara dalam jumlah kerugian daripada rosot nilai yang dihapuskira?

Hong Leong Industries Bhd
(AGM)

Kami merujuk Pekeliling mengenai “Cadangan Pembaharuan dan Penyediaan Mandat Baharu untuk Pemegang Saham bagi Transaksi Pihak Berkaitan yang Berulang berkaitan Pendapatan atau Perdagangan” (“RRPT”) bertarikh 26 September, 2018. Sila jelaskan perkara A (e), “Penerimaan Perkhidmatan” daripada Kumpulan Hong Leong, di halaman 6 pekeliling. Apakah urus niaga dan perkhidmatan yang akan diberikan kepada Syarikat?

IOI Corporation Bhd
(AGM)

Nota 25 kepada Penyata Kewangan di halaman 156 Laporan Tahunan menunjukkan peningkatan yang ketara dalam jumlah terhutang daripada syarikat bersekutu sebanyak RM147.4 juta pada akhir TK2018 berbanding RM1.4 juta pada akhir TK2017. Amaun ini tidak bercagar, tanpa faedah dan perlu dibayar secara tunai apabila diminta.

  • Syarikat bersekutu manakah yang terlibat dalam peningkatan ini dan apakah justifikasi untuk jumlah terhutang tanpa faedah kepada syarikat bersekutu yang terlibat?
  • Oleh kerana amaun ini perlu dibayar balik apabila diminta dan diklasifikasikan sebagai ‘Aset Semasa’, adakah bayaran balik dijangka akan dibuat dalam tempoh 12 bulan akan datang?

BERITA DAN PERKEMBANGAN DALAM NEGARA

Govt reopens discussions over foreign insurers full ownership: FT

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/10/17/govt-reopens-discussions-over-foreign-insurers-full-ownership-ft/

Investors Brace for Malaysia Taxes on Capital Gains, Consumption

https://www.theedgemarkets.com/article/investors-brace-malaysia-taxes-capital-gains-consumption

Wan Kamaruzaman to leave KWAP: Media report

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/10/16/wan-kamaruzaman-to-leave-kwap/

US-China trade war a bigger threat to Malaysia than rising US interest rates, says economist

https://www.theedgemarkets.com/article/uschina-trade-war-bigger-threat-malaysia-rising-us-interest-rates-says-economist


BERITA DAN PERKEMBANGAN LUAR NEGARA

At Facebook, public funds join push to remove Zuckerberg as chairman

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/10/18/at-facebook-public-funds-join-push-to-remove-zuckerberg-as-chairman/

Asia's technology bear isn't ready to hibernate

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/10/17/asias-technology-bear-isnt-ready-to-hibernate/

Trump administration claims US$23b in regulation savings

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/10/17/trump-administration-claims-us$23b-in-regulation-savings/

Uber and Lyft race towards IPOs next year as banks line up
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/10/17/uber-and-lyft-race-towards-ipos-next-year-as-banks-line-up/

IMF chief Lagarde to skip Saudi investment conference

https://www.theedgemarkets.com/article/imf-chief-lagarde-skip-saudi-investment-conference


PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Lya Rahman, Pengurus Besar, [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•           Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini, kecuali bagi APFT Berhad.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

Language: