MSWG Weekly Newsletter 19 July 2019 (BM)

Friday, 19 July, 2019

 

19.07.2019

TANDAKAN KALENDAR ANDA

ANUGERAH TADBIR URUS KORPORAT MSWG-ASEAN 2018

AKAN DIADAKAN DI HOTEL MAJESTIC, KUALA LUMPUR

PADA HARI RABU, 31 JULAI 2019

Kami berbesar hati ingin berkongsikan penemuan dan keputusan tahap Tadbir Urus Korporat syarikat tersenarai awam di Malaysia dan diikuti majlis penyampaian anugerah bagi mengiktiraf syarikat-syarikat yang menunjukkan tahap amalan tadbir urus korporat yang tinggi.

Yang Berbahagia Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pengarah Pusat Tadbir Urus Integriti dan AntiRasuah telah bersetuju untuk merasmikan majlis dan menyampaikan ucaptama.

Tinggal hanya seminggu lagi, kami ingin memaklumkan bahawa semua tempat duduk sudah pun penuh. Kami ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelbagai organisasi dan syarikat di atas sokongan mereka yang luar biasa terhadap acara ini.


TINJAUAN MINGGUAN AGM/EGM MSWG UNTUK TEMPOH 22 HINGGA 26 JULAI 2019

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG) pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

22.07.19 (Isnin)
09.30 pagi

CAB Cakaran Corporation Berhad

(EGM)

CAB Cakaran Corporation Berhad, Seberang Jaya, Perai, Penang

22.07.19 (Isnin)
10.00 pagi

CYL Corporation Berhad

(AGM)

Hotel Eastin, 13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

23.07.19 (Selasa)
09.30 pagi

AYS Ventures Berhad

(AGM)

Pusat Konvensyen Setia City, No. 1, Jalan Setia Dagang AG U13/AG, Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, Selangor

25.07.19 (Khamis)
10.00 pagi

EUPE Corporation Berhad

(AGM)

Nadia, Cinta Sayang Golf and Country Resort, Persiaran Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah Darul Aman

25.07.19 (Khamis) 10.30 pagi

Mintye Berhad

(AGM)

Mintye Corporate Headquarters, Taman Perindustrian Air Keroh, Melaka

25.07.19 (Khamis) 11.00 pagi

Kim Loong Resources Berhad

(AGM)

Amari Johor Bahru, No. 82C, Jalan Trus, Johor Bahru, Johor Darul Takzim

25.07.19 (Khamis) 11.00 pagi

Alliance Bank Malaysia Berhad

(AGM)

InterContinental Kuala Lumpur, 165 Jalan Ampang, Kuala Lumpur

25.07.19 (Khamis) 11.00 pagi

Pantech Group Holdings Berhad

(AGM)

Doubletree By Hilton Johor Bahru, 12, Jalan Ngee Heng, Johor Bahru, Johor

25.07.19 (Khamis) 11.30 pagi

Talam Transform Berhad

(AGM)

Pusat Beli Belah Pandan Kapital, Persiaran MPAJ, Pandan Indah,

Kuala Lumpur

25.07.19 (Khamis) 02.00 petang

Crescendo Corporation Berhad

(AGM)

Amari Johor Bahru, No. 82C, Jalan Trus, Johor Bahru, Johor Darul Takzim

 

Salah satu perkara/ isu untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

CYL Corporation Berhad

(AGM)

Di bawah Nota 14 (halaman 69) Laporan Tahunan (AR) 2019, terdapat tumpuan risiko kredit yang ketara daripada jumlah yang terhutang oleh 4 pelanggan utama yang menyumbang 80% daripada jumlah penghutang perdagangan. Kami juga mendapati di halaman 81 AR2019, sejumlah RM42.82 juta (2018: RM48.57 juta) daripada pendapatan Kumpulan sebanyak RM53.45 juta (2018: RM58.63 juta) diperoleh daripada 4 pelanggan utama Kumpulan ini.

  1. Adakah risiko tumpuan dalam portfolio pelanggan membimbangkan Syarikat?
  2. Bagaimanakah Syarikat mengurus risiko tumpuan yang penting ini?
  3. Adakah mana-mana jumlah terhutang oleh 4 pelanggan utama ini dirosotnilai?

AYS Ventures Berhad

(AGM)
 

“AYS mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM21.127 juta dalam TK2019 iaitu RM11.527 juta lebih rendah daripada TK2018 iaitu sebanyak RM32.654 juta walaupun Syarikat merekodkan pendapatan yang lebih tinggi. Ini disebabkan oleh tekanan ke atas margin dengan kos barangan yang lebih tinggi disebabkan oleh kenaikan harga pembelian produk keluli dan kos kewangan yang lebih tinggi disebabkan kemudahan perdagangan tambahan yang digunakan untuk keperluan modal kerja bagi pembelian saham dagangan” (Halaman 14 Laporan Tahunan 2019).

Bagaimanakah Lembaga Pengarah menangani kos barangan yang dijual dan kos kewangan yang semakin tinggi dalam persekitaran operasi yang mencabar?

EUPE Corporation Berhad

(AGM)
 

Dalam laporan Segmen Operasi di halaman 121 dan 122 Laporan Tahunan, segmen Lain-lain mencatatkan kerugian segmen sebanyak RM0.73 juta pada TK2019 berbanding keuntungan segmen sebanyak RM0.78 juta dalam TK2018.

(a)   Bahagian manakah daripada Segmen Lain-lain (termasuk sewa hartanah, pengurusan kompleks, penanaman buah-buahan dan operasi tadika) yang menyumbang kepada kerugian pada TK2019 dan apakah angka perbandingan untuk TK2018?

(b)   Apakah langkah yang diambil untuk memulihkan bahagian yang mengalami kerugian?

Mintye Berhad

(AGM)
 

Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Surat Pengerusi (Halaman 13), segmen pembuatan melaporkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM0.7 juta disebabkan oleh hapus kira stok produk tertentu.

Halaman 86 (Nota 17) Laporan Tahunan menyatakan, inventori dihapus kira meningkat dengan ketara daripada RM43,826 kepada RM1.78 juta.

  1. Apakah inventori yang dihapus kira ini dan mengapakah terdapat peningkatan yang ketara?

 

  1. Apakah dasar Kumpulan dalam mengekalkan tahap inventori dan apakah langkah yang diambil untuk memastikan hapus kira yang besar seperti ini tidak berulang lagi?

Kim Loong Resources Berhad

(AGM)
 

Fungsi audit dalaman Syarikat kini dilaksanakan oleh Syarikat berkuat kuasa dari 1.1.2019 dan bukannya oleh Kumpulan. Dinyatakan juga KPMG Management & Risk Consulting Sdn. Bhd (“KPMGMRCSB”) telah dilantik untuk melaksanakan audit dalaman berasaskan risiko yang mana keputusannya dilaporkan secara terus kepada Jawatankuasa Audit.

  1. Mengapakah KPMGMRCSB dilantik untuk melaksanakan audit dalaman berasaskan risiko sedangkan Juruaudit Dalaman juga menjalankan kerja audit dalaman mereka menggunakan kaedah audit berasaskan risiko seperti yang dinyatakan di halaman 43 laporan MCCG?

 

  1. Berapakah yuran yang dibayar kepada KPMGMRCSB? Adakah yuran audit dalaman berjumlah RM224,000 yang dinyatakan termasuk yuran KPMGMRCSB?

Alliance Bank Malaysia Berhad

(AGM)
 

Perkhidmatan Nasihat Korporat dan Broker Saham (“SBAS”) mencatatkan kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM32.5 juta berbanding tahun kewangan berakhir 2018 disebabkan pendapatan pembrokeran yang lebih rendah dan rosotnilai muhibah yang timbul daripada unjuran aliran tunai yang lebih rendah daripada penilaian semula jangkaan prestasi perniagaan masa hadapan berikutan keadaan ekonomi dan perdagangan semasa. (halaman 109, Laporan Tahunan)

Bagaimanakah Syarikat mahu menangani pendapatan perniagaan yang lebih rendah dalam segmen SBAS?

Pantech Group Holdings Berhad

(AGM)
 

Bahagian Pembuatan

a)    Apakah kadar penggunaan kapasiti terkini untuk kilang-kilang Pantech?

b)     Syarikat menyatakan “Mesin tambahan baharu yang dipasang pada Disember 2018 meningkatkan lagi kecekapan pengeluaran sambil meningkatkan kepelbagaian jenis dan saiz. Kesan kapasiti penggunaan ini dijangka dapat diaplikasikan pada tahun kewangan akan datang” (Halaman 11 Laporan Tahunan 2019).        

i.    Adakah Syarikat merancang untuk menggunakan mesin baharu pada TK2020?

ii.    Apakah impak kapasiti penggunaan dalam TK2020? Apakah sasaran peningkatan kapasiti dan kadar penggunaan yang ingin dicapai dalam tempoh beberapa tahun akan datang?

c)     “Walaupun penasihat undang-undang PSI di Amerika Syarikat sedang mengambil semua langkah untuk menyelaraskan penentuan awal, kami mengambil langkah berhemat dengan mengurangkan output pengeluaran kilang daripada 90% kepada 30%” (Halaman 12 Laporan Tahunan 2019).

i.    Apakah status semasa tindakan undang-undang yang diambil di Amerika Syarikat?

ii.    Adakah output pengeluaran kilang kekal pada tahap 30% pada tahun kewangan yang akan datang?

Talam Transform Berhad

(AGM)
 

Kumpulan melupuskan Cekap Mesra Development Sdn. Bhd. (“CMDSB”) dan Maxisegar Construction Sdn Bhd (“MCSB”) dengan balasan tunai masing-masing berjumlah RM5 dan RM1. (Halaman 137 Laporan Tahunan)

(a)   Mengapakah syarikat-syarikat ini dilupuskan pada harga nominal yang rendah?

(b)   Siapa pembeli kedua-dua syarikat ini?

Crescendo Corporation Berhad

(AGM)
 

Pendapatan Kumpulan merangkumi komponen kontrak pembinaan berjumlah RM0.51 juta dalam TK2019 berbanding RM4.4 juta dalam TK2018. (Halaman 126 Laporan Tahunan).

(a)   Mengapakah pendapatan kontrak pembinaan menyusut kepada RM3.9 juta atau 88.4% pada TK2019 berbanding TK2018?

(b)   Berapakah purata margin keuntungan kasar bagi kontrak pembinaan pada TK2019 dan TK2018?

(c)   Apakah langkah yang diambil oleh Syarikat untuk mengatasi penurunan dalam kontrak pembinaan?

(d)   Apakah prospek pendapatan kontrak pembinaan Kumpulan pada TK2020?


SENARAI PEMERHATIAN MSWG

ASIA MEDIA GROUP BERHAD

KELEWATAN MENGEMUKAKAN LAPORAN TAHUNAN SYARIKAT BAGI TAHUN 2018 YANG MERANGKUMI PENYATA KEWANGAN YANG DIAUDIT DAN LAPORAN PENGARAH

Lembaga Pengarah Asia Media Group Berhad (“Amedia” atau “Syarikat”) mengumumkan bahawa Laporan Tahunan yang merangkumi penyata kewangan tahunan yang diaudit bersama laporan juruaudit dan pengarah Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 (“Penyata Kewangan/ Laporan Tahunan 2018 Belum Siap”) masih belum bersedia untuk diterbitkan dan dikemukakan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) dan pemegang saham pada 19 Julai 2019 (“jangkaan tarikh dikeluarkan”).

Laporan Tahunan 2018 kini dalam peringkat persiapan akhir. Syarikat menjangka untuk mengeluarkan atau mengemukakan Laporan Tahunan 2018 Yang Belum Siap kepada Bursa Malaysia Securities Berhad dan pemegang saham pada 2 Ogos 2019.

Pengumuman ini bertarikh 19 Julai 2019.

Sumber:

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6228009

 

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD

LITIGASI MATERIAL

PERKEMBANGAN TERKINI (1) SAMAN SIVIL DALAM MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR DI ANTARA MALAYSIA AIRPORTS (SEPANG) SDN BHD DAN AIRASIA BERHAD (2) SAMAN SIVIL DALAM MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR DI ANTARA MALAYSIA AIRPORTS (SEPANG) SDN BHD DAN AIRASIA X BERHAD

Lembaga Pengarah Malaysia Airports Holdings Berhad (“Syarikat”) mengumumkan bahawa pada 18 Julai 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memberikan ringkasan penghakiman yang memihak kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (“MA Sepang”), anak syarikat milik penuh Syarikat, dalam ketiga-tiga saman sivil yang difailkan oleh MA Sepang terhadap AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad (secara kolektif, “AirAsia”).

Ringkasan penghakiman ini adalah untuk jumlah besar iaitu RM40,728,327.50 dalam Caj Perkhidmatan Penumpang yang belum dibayar (“PSC”) dan RM792,381.74 dalam Caj Pembayaran Lewat (“LPC”) yang belum dibayar. Ringkasan penghakiman selanjutnya termasuk pengisytiharan kepada AirAsia untuk membayar MA Sepang kadar PSC yang diwartakan dalam undang-undang.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menolak permohonan yang difailkan oleh AirAsia untuk membatalkan tiga saman sivil yang difailkan oleh MA Sepang. 

Pengumuman ini bertarikh 18 Julai 2019.

Sumber:

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6227497

 

HIBISCUS PETROLEUM BERHAD (“HIBISCUS PETROLEUM”)

HIBISCUS PETROLEUM MEMBELI LEBIH BANYAK HAK MINYAK DAN GAS DI LAUT UTARA

Unit milik penuh tidak langsung Hibiscus Petroleum Bhd, Anasuria Hibiscus UK Ltd (“AHUK”) telah menandatangani lembaran tempoh tidak mengikat dan bersyarat untuk memperoleh Lesen P2366, daripada United Oil & Gas plc (“UOG”) dan Swift Exploration Ltd (“SEL”) untuk US$5 juta.

Blok ini terletak di luar pesisir pantai perairan British, 250km timur laut dari Aberdeen.

Sumber:

https://www.nst.com.my/business/2019/07/505155/hibiscus-petroleum-buys-more-oil-and-gas-rights-north-sea

 

MULTI SPORTS HOLDINGS LTD (“MSPORTS” ATAU “SYARIKAT”)

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI ANTARA MULTI SPORTS HOLDINGS LTD DAN SOUTHERN SCORE SDN BHD

Kami merujuk pengumuman Syarikat bertarikh 26 Jun 2019.

Lembaga Pengarah Multi Sports Holdings Limited memaklumkan bahawa MOU yang ditandatangani dengan Southern Score Sdn. Bhd. telah luput pada 5 Julai, 2019 dan Syarikat tidak membuat apa-apa permohonan untuk melanjutkannya. Syarikat akan meneruskan usahanya untuk meregularisasikan keadaan operasi dan kewangannya (“pelan regularisasi”) dan akan membuat pengumuman jika ada apa-apa perkembangan.

Pengumuman ini bertarikh 15 Julai 2019.

Sumber:

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6223929

 

BERJAYA LAND BERHAD
CADANGAN MENGAMBIL ALIH 75% KEPENTINGAN DALAM ICELANDAIR HOTELS EHF, HLJOMALINDARREITUR EHF, BEBERAPA HOTEL LAIN DAN ASET HARTANAH

Lembaga Pengarah Berjaya Land Berhad (“B-Land”) mengumumkan anak syarikat milik penuh yang diperbadankan di Ireland, Berjaya Property Ireland Limited (“BPIL” atau “Pembeli”) pada 13 Julai 2019 di Reykjavik, menandatangani Perjanjian Pembelian Saham (“SPA”) dengan Icelandair Group hf. (“Icelandair Group” atau “Penjual”) untuk mengambil alih 75% kepentingan dalam Icelandair Hotels ehf (“Hotel Icelandair”), yang akan memperoleh 100% Hljomalindarreitur ehf (“Hljomalindarreitur”) dan aset hotel dan hartanah tertentu di Iceland selaras dengan Cadangan Penstrukturan Semula PraPenutupan (seperti yang ditakrifkan di bawah), (secara kolektif disebut sebagai “Kumpulan Hotel Icelandair Baharu”), dengan balasan tunai berjumlah kira-kira USD53.63 juta (kira-kira RM222.03 juta*) (“Pertimbangan Belian”) (“Cadangan Pengambilalihan”).

Pengumuman ini bertarikh 15 Julai 2019.

Sumber:

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6223609

 

CHIN HIN GROUP BERHAD (“CHIN HIN”)

CADANGAN PENYENARAIAN ATLANTIC BLUE SDN BHD, SYARIKAT BERSEKUTU 45% MILIK CHIN HIN DALAM PASARAN ACE BURSA MALAYSIA SECURITIES BERHAD  

Lembaga Pengarah Chin Hin mengumumkan Atlantic Blue Sdn Bhd (“ABSB”), sebuah syarikat bersekutu 45% milik Chin Hin, mencadangkan untuk disenaraikan dalam Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”), melalui sebuah syarikat tujuan khas, Solarvest Holdings Berhad (“SHB”).

Sebagai sebahagian daripada Penyenaraian yang dicadangkan, SHB bercadang untuk mengambil alih keseluruhan modal saham ABSB untuk pertimbangan belian berjumlah RM26,261,600 (“Cadangan Pengambilalihan”).

Pengumuman ini bertarikh 15 Julai 2019.

Sumber:

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6223773


SENARAI WASPADA MSWG

SYARIKAT PN17

  1. APFT BERHAD
  2. BARAKAH OFFSHORE PETROLEUM BERHAD
  3. BERJAYA MEDIA BERHAD
  4. BERTAM ALLIANCE BERHAD
  5. BRAHIM’S HOLDINGS BERHAD
  6. CHINA AUTOMOBILE PARTS HOLDINGS LIMITED
  7. COMINTEL CORPORATION BHD
  8. DAYA MATERIALS BERHAD
  9. EKA NOODLES BERHAD
  10. HB GLOBAL LIMITED
  11. KINSTEEL BHD
  12. KUANTAN FLOUR MILLS BERHAD
  13. LONDON BISCUITS BERHAD
  14. MAA GROUP BERHAD
  15. MALAYSIA PACIFIC CORPORATION BERHAD
  16. MAXWELL INTERNATIONAL HOLDINGS BERHAD
  17. MULTI SPORTS HOLDINGS LTD
  18. PERISAI PETROLEUM TEKNOLOGI BERHAD
  19. SEACERA GROUP BERHAD
  20. SUMATEC RESOURCES BERHAD
  21. TH HEAVY ENGINEERING BERHAD
  22. UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD

 SYARIKAT GN3

  1. G NEPTUNE BERHAD
  2. IDIMENSION CONSOLIDATED BERHAD
  3. WINTONI GROUP BERHAD

Sila rujuk pautan di bawah untuk melihat status terkini syarikat-syarikat di atas:
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/list-of-companies/pn17-and-gn3-companies/


BERITA PENGAWAL SELIA

SGX REGCO MEMERLUKAN TAWARAN KELUAR YANG ADIL DAN MUNASABAH, PEMEGANG SAHAM MENGUNDI UNTUK MENGECUALIKAN PEMBERI TAWARAN DAN PIHAK BERSAMA

Sumber:

https://www2.sgx.com/media-centre/20190711-sgx-regco-requires-exit-offers-be-fair-and-reasonable-shareholder-vote

RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT (PINDAAN) 2019 (‘RANG UNDANG-UNDANG’) TELAH DILULUSKAN DI DEWAN RAKYAT PADA 10 JULAI 2019.

RANG UNDANG-UNDANG INI BELUM DIBENTANGKAN DI DEWAN NEGARA.

Sumber:

http://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=127


KENYATAAN DASAR KEWANGAN

Sumber:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press&ac=4878&lang=en


PERKEMBANGAN DAN BERITA DALAM NEGARA

MATRADE TEAMS UP WITH ITFC TO BOOST OIC COOPERATION

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/19/matrade-teams-up-with-itfc-to-boost-oic-cooperation/

FITCH AFFIRMS MALAYSIA RATING AT A MINUS WITH STABLE OUTLOOK

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/18/fitch-affirms-malaysia-rating-at-a-minus-with-stable-outlook/

MALAYSIA CAN EXCEED RM1 TRILLION TOTAL EXPORTS TARGET

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/17/malaysia-can-exceed-rm1-trillion-total-exports-target/

MALAYSIA KEEPS AUGUST CRUDE PALM OIL EXPORT DUTY AT 0%

https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-keeps-august-crude-palm-oil-export-duty-0

MINISTER: MAJU HOLDINGS OFFERS TO TAKE OVER PLUS

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/16/minister-maju-holdings-offers-to-take-over-plus/

KHAZANAH MADE HEALTHY PROFIT FROM SALE OF STAKE IN MALAYSIAN SHOAIBA

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/15/khazanah-made-healthy-profit-from-sale-of-stake-in-malaysian shoaiba/#WowVFWBylCbT2iJc.99


PERKEMBANGAN DAN BERITA LUAR NEGARA

U.S.-CHINA OFFICIALS DISCUSS TRADE; MNUCHIN EYES POSSIBLE IN-PERSON TALKS

https://www.reuters.com/article/us-usa-trade-china/u-s-china-officials-discuss-trade-mnuchin-eyes-possible-in-person-talks-idUSKCN1UD1LU

INDONESIA CENTRAL BANK MAKES FIRST RATE CUT IN ALMOST 2 YEARS

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/18/indonesia-central-bank-makes-first-rate-cut-in-almost-2-years/

CHINA'S DEBT TOPS 300% OF GDP, NOW 15% OF GLOBAL TOTAL

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/18/chinas-debt-tops-300pct-of-gdp-now-15pct-of-global-total/

SINGAPORE 2019 ECONOMIC GROWTH OUTLOOK LOWERED TO 2% BY IMF
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/16/singapore-2019-economic-growth-outlook-lowered-to-2pct-by-imf/

TRUMP SEES SLOWING CHINESE GROWTH PRESSURING BEIJING ON TRADE

https://www.reuters.com/article/us-usa-trade-china/trump-sees-slowing-chinese-growth-pressuring-beijing-on-trade-idUSKCN1UA135

MOST BIG COMPANIES FAIL TO REPORT ROLE IN DEFORESTATION, CHARITY SAYS

https://www.reuters.com/article/us-climate-change-companies-deforestatio/most-big-companies-fail-to-report-role-in-deforestation-charity-says-idUSKCN1UA2IW


PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Siva Yamini, Ketua, Khidmat Korporat, [email protected]

Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]

Hoo Ley Beng, Pemangku Ketua, Penyelidikan & Pembangunan, [email protected]

Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Elaine Choo Yi Ling, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Lim Cian Yai, Penganalisis Kanan, Pemantauan Korporat, [email protected]

Nor Khalidah Mohd Khalil, Penganalisis, Pemantauan Korporat,

[email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•      Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini kecuali Hibiscus Petroleum Berhad dan Asia Media Group Berhad.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

Language: