MSWG Weekly Newsletter 12 July 2019 (BM)

Friday, 12 July, 2019

12.07.2019

 

TANDAKAN KALENDAR ANDA

ANUGERAH TADBIR URUS KORPORAT MSWG-ASEAN 2018

AKAN DIADAKAN DI HOTEL MAJESTIC, KUALA LUMPUR

PADA HARI RABU, 31 JULAI 2019

Tinggal kira-kira dua (2) minggu sahaja lagi dan kami amat teruja melihat sokongan padu yang diberikan kepada acara ini. Kami berbesar hati ingin berkongsikan  penemuan dan keputusan tahap Tadbir Urus Korporat syarikat tersenarai awam di Malaysia dan diikuti majlis penyampaian anugerah bagi mengiktiraf syarikat-syarikat yang menunjukkan tahap amalan tadbir urus korporat yang tinggi.

Yang Berbahagia Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed, Ketua Pengarah Pusat Tadbir Urus Integriti dan AntiRasuah telah bersetuju untuk merasmikan majlis dan menyampaikan ucaptama.

Sertai kami untuk bersama-sama meraikan juara kecemerlangan tadbir urus korporat.  


TINJAUAN MINGGUAN AGM/EGM MSWG UNTUK TEMPOH 15 HINGGA 19 JULAI 2019

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG) pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

17.07.19 (Rabu)
09.00 pagi

Comfort Gloves Bhd
(AGM)

Hotel Grand Baron, No.8, PT7861, Jalan Bukit Larut, Taiping, Perak

17.07.19 (Rabu)
09.30 pagi

Xinghe Holdings Bhd
(EGM)

The Royal Commonwealth Society, No. 4, Jalan Birah, Damansara Heights,KL

18.07.19 (Khamis)
10.00 pagi

Sapura Energy Bhd
(AGM)

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC

18.07.19 (Khamis)
10.30 pagi

Adventa Bhd (new)
(EGM)

21, Jalan Tandang 51/205A, Seksyen 51, PJ

 

Salah satu perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

Comfort Gloves Bhd (AGM)

Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia menganggarkan permintaan sarung tangan dari seluruh dunia mencecah 300 bilion keping dengan 188 bilion dieksport dari Malaysia pada 2019.

Adakah situasi ini menjurus kepada bekalan berlebihan, dengan peningkatan kapasiti pengeluaran yang sama daripada pengeluar tempatan lain serta dalam ASEAN dan China?

Apakah kesannya terhadap Syarikat? Apakah kelebihan daya saing Syarikat dalam persekitaran kompetitif yang semakin sukar?

Xinghe Holdings Bhd (EGM)

Pasaran akuakultur udang marin di Malaysia mungkin mengalami pertumbuhan kitaran dan terus terdedah kepada ancaman penyakit dalam tempoh jangka sederhana sehingga jangka panjang (halaman 45 Pekeliling).

Disebabkan industri ini bersifat kitaran, mengapakah Syarikat tidak menandatangani perjanjian seperti jaminan keuntungan dengan Pegagau Aquaculture Sdn Bhd untuk melindungi kepentingan Syarikat sewaktu keadaan tidak menentu? 

Sapura Energy Bhd
(AGM)

Merujuk halaman 240 dalam Laporan Tahunan 2019 (Nota 45), semua segmen operasi di bawah operasi berterusan mencatatkan penyusutan dalam pendapatan pada TK2019. Keputusan segmen di bawah operasi yang berterusan kesemuanya mencatatkan kerugian.

Apakah prospek setiap segmen operasi untuk TK2020 dan adakah Sapura Energy Bhd menjangkakan peningkatan dalam pendapatan dan keputusan segmen?

Adventa Bhd (baru)
(EGM)

Adakah Syarikat berhasrat untuk meneruskan terbitan hak ICPS dengan Waran yang diumumkan pada 24 Ogos 2018 (Seksyen 11(i) halaman 19) selepas selesai cadangan pelupusan Electron Beam Sdn Bhd?

Jika ya, mengapakah Syarikat mencadangkan pembahagian dividen khas berjumlah RM10.7m selepas pelupusan sedangkan terdapat rancangan untuk mengumpulkan dana tambahan daripada pemegang saham?

 


SENARAI PEMERHATIAN MSWG

LONDON BISCUITS BERHAD (“LONDON BISCUITS”)

PENGUMUMAN PERTAMA SELEPAS STATUS NOTA AMALAN 17 (PN17) KEPERLUAN PENYENARAIAN PASARAN UTAMA BURSA MALAYSIA SECURITIES BERHAD

Selaras dengan Perenggan 8.04 dan Perenggan 2.1(f) Nota Amalan 17 (“PN17”) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Sekuriti”) (“Keperluan Penyenaraian”), Lembaga Pengarah LBB mengumumkan bahawa Syarikat itu menjadi penerbit tersenarai yang terjejas di bawah PN17 kerana Syarikat telah mencetuskan kriteria yang ditetapkan di bawah Perenggan 2.1(f) PN17 apabila Syarikat gagal membuat pembayaran pokok kepada Bank of Nova Scotia Berhad seperti yang diumumkan oleh Syarikat pada 3 Julai 2019 menurut Perenggan 9.19A Keperluan Penyenaraian dan Syarikat tidak dapat memberikan pengisytiharan kesolvenan kepada Bursa Securities.

Oleh itu, LBB kini berstatus sebagai Syarikat PN17.

Teks lengkap untuk pengumuman ini disertakan bersama-sama.

Pengumuman ini bertarikh 8 Julai 2019. 

Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcemen...

 

AEON CREDIT SERVICE (M) BERHAD (“SYARIKAT”)

SYARIKAT MENERIMA NOTIS TUNTUTAN CUKAI

Syarikat mengumumkan pada 9 Julai 2019, Syarikat menerima Writ Saman bersama-sama Penyata Tuntutan yang difailkan oleh Kerajaan Malaysia berkaitan cukai yang didakwa sepatutnya dibayar untuk tahun taksiran 2010 hingga 2016.

Sumber:

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6218233

 

KUMPULAN PERANGSANG SELANGOR BERHAD

PEKELILING KEPADA PEMEGANG SAHAM BERKAITAN CADANGAN PENGAMBILALIHAN 100% KEPENTINGAN EKUITI DALAM TOYOPLAS MANUFACTURING (MALAYSIA) SDN. BHD. OLEH PERANGSANG DINAMIK SDN. BHD., ANAK SYARIKAT MILIK PENUH KUMPULAN PERANGSANG SELANGOR BERHAD, UNTUK BALASAN TUNAI RM311,250,000

Sumber:

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6217373

 

IJM CORPORATION BERHAD

NOTIS PENAMATAN PAKEJ BAWAH TANAH UNTUK TRANSIT ALIRAN RINGAN LALUAN 3 (LRT3) DARI BANDAR UTAMA KE JOHAN SETIA

Pada 8 Julai 2019, IJM Construction Sdn Bhd (“IJMC”), sebuah anak syarikat milik penuh telah menerima Notis Penamatan (“Notis”) daripada MRCB George Kent Sdn Bhd (“MRCBGK”) yang menamatkan perkhidmatan IJMC sebagai Kontraktor Pakej untuk kerja-kerja pakej bawah tanah untuk Laluan 3 Transit Aliran Ringan (LRT 3) dari Bandar Utama hingga Johan Setia (“Projek”).

Sumber:

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcemen...

 

TASEK CORPORATION BERHAD (“SYARIKAT”)

TAWARAN PENGAMBILALIHAN SECARA SUKARELA TASEK CORPORATION BERHAD (“TASEK”) OLEH PEMBERI TAWARAN BERSAMA MELALUI CIMB INVESTMENT BANK BERHAD UNTUK MEMPEROLEH KESEMUA BAKI SAHAM BIASA [TIDAK TERMASUK SAHAM PERBENDAHARAAN] (“SAHAM BIASA TAWARAN”) DAN KESEMUA BAKI SAHAM KEUTAMAAN (“SAHAM KEUTAMAAN TAWARAN”) DALAM TASEK YANG BELUM DIPEGANG OLEH PEMBERI TAWARAN BERSAMA UNTUK PERTIMBANGAN TUNAI RM5.50 BAGI SETIAP SAHAM BIASA TAWARAN DAN RM5.50 BAGI SETIAP SAHAM KEUTAMAAN TAWARAN (“HARGA TAWARAN”) (“TAWARAN”) - NOTIS LANJUTAN MASA TAWARAN

Pemberi Tawaran Bersama mengumumkan waktu dan tarikh tutup untuk penerimaan Tawaran telah dilanjutkan dari 5.00 petang (Waktu Malaysia) hari Selasa, 9 Julai 2019 kepada 5.00 petang (Waktu Malaysia) hari Isnin, 22 Julai 2019 (“Tarikh Tutup”). Selain Tarikh Tutup, kesemua butiran lain serta terma dan syarat Tawaran tidak berubah.

Sumber:

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcemen...

 

BARAKAH OFFSHORE PETROLEUM BERHAD

PEMBERITAHUAN PENGGANTUNGAN DARIPADA PETROLIAM NASIONAL BERHAD

Barakah Offshore Petroleum Berhad (“Barakah” atau “Syarikat”) mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, PBJV Group Sdn Bhd (“PBJV”) menerima notis bertarikh 8 Julai 2019 tentang penggantungan lesen PBJV daripada Petroliam Nasional Berhad (“Petronas”).

Surat daripada Petronas menyatakan terdapat laporan negatif daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (“PCSB”) tentang kegagalan PBJV berhubung kontrak yang berkaitan penyediaan perkhidmatan dalam air untuk PCSB. Berikutan itu, Petronas telah memutuskan untuk menggantung lesen PBJV untuk tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa dari tarikh surat tersebut.

Implikasi daripada surat itu ialah Petronas termasuk anak-anak syarikatnya dan mana-mana Kontraktor Petroleum yang Diaturkan (“PACs”) tidak akan menganugerahkan apa-apa kontrak baharu kepada PBJV sepanjang tempoh penggantungan. PBJV juga tidak dibenarkan membida untuk projek baharu yang diambil oleh Petronas termasuk anak-anak syarikatnya dan mana-mana PAC sepanjang tempoh penggantungan.

Walau bagaimanapun, PBJV masih dibenarkan untuk meneruskan dan menyelesaikan kontrak sedia ada dan yang masih berjalan dengan Petronas termasuk anak-anak syarikatnya dan PAC mengikut terma dan syarat kontrak berkenaan.

Syarikat akan mendapatkan penjelasan daripada Petronas dan membuat rayuan terhadap penggantungan itu.

Pengumuman ini bertarikh 9 Julai 2019.

 

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT OLEH MAHKAMAH (CCM) UNTUK PEMIUTANG SKIM

Lembaga Pengarah Barakah memaklumkan bahawa Mahkamah telah mengaturkan satu mesyuarat untuk pemiutang skim Barakah dan anak syarikat milik penuhnya iaitu PBJV Group Sdn Bhd, yang akan diadakan pada hari Rabu, 31 Julai 2019 pada masa yang ditetapkan dalam notis yang dilampirkan, bertempat di Dewan Banquet Sireh Junjung, F55, Level 1, PJU 5 Encorp Strand Mall, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6217317

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6218325

 

MCT BERHAD (“MCT” ATAU “SYARIKAT”)

LANJUTAN MASA UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN TABURAN PEMEGANG SAHAM AWAM SELARAS DENGAN PERENGGAN 8.02(1) KEPERLUAN PENYENARAIAN PASARAN UTAMA BURSA MALAYSIA SECURITIES BERHAD (“LANJUTAN MASA”)

Merujuk Rekod Pendeposit pada 20 Jun 2019, Taburan Pemegangan Awam Syarikat adalah 24.59%. Oleh itu, Syarikat tidak mematuhi Syarat Taburan Awam yang ditetapkan.

Lembaga Pengarah MCT mengumumkan bahawa Syarikat hari ini telah mengemukakan permohonan kepada Bursa Securities untuk lanjutan tempoh selama enam (6) bulan dari 4 Ogos 2019 untuk mematuhi Syarat Taburan Awam yang ditetapkan. 

Syarikat akan terus memantau tahap pemegangan saham awam dan membuat pengumuman yang sewajarnya berkaitan permohonan kepada Bursa Securities.

Pengumuman ini bertarikh 8 Julai 2019.

Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcemen...


SENARAI WASPADA MSWG

SYARIKAT PN17

  1. APFT BERHAD
  2. BARAKAH OFFSHORE PETROLEUM BERHAD
  3. BERJAYA MEDIA BERHAD
  4. BERTAM ALLIANCE BERHAD
  5. BRAHIM’S HOLDINGS BERHAD
  6. CHINA AUTOMOBILE PARTS HOLDINGS LIMITED
  7. COMINTEL CORPORATION BHD
  8. DAYA MATERIALS BERHAD
  9. EKA NOODLES BERHAD
  10. HB GLOBAL LIMITED
  11. KINSTEEL BHD
  12. KUANTAN FLOUR MILLS BERHAD
  13. LONDON BISCUITS BERHAD
  14. MAA GROUP BERHAD
  15. MALAYSIA PACIFIC CORPORATION BERHAD
  16. MAXWELL INTERNATIONAL HOLDINGS BERHAD
  17. MULTI SPORTS HOLDINGS LTD
  18. PERISAI PETROLEUM TEKNOLOGI BERHAD
  19. SEACERA GROUP BERHAD
  20. SUMATEC RESOURCES BERHAD
  21. TH HEAVY ENGINEERING BERHAD
  22. UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD

 SYARIKAT GN3

  1. G NEPTUNE BERHAD
  2. IDIMENSION CONSOLIDATED BERHAR
  3. WINTONI GROUP BERHAD

Sila rujuk pautan di bawah untuk melihat status terkini syarikat-syarikat di atas:
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/list-of-companies/p...


BERITA PENGAWAL SELIA

Monetary Policy Statement

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press&ac=4878&lang=en


PERKEMBANGAN DAN BERITA DALAM NEGARA

Petronas suspends Barakah unit's licence for three years


PERKEMBANGAN DAN BERITA LUAR NEGARA

Turkey heading for economic collapse, asset manager Ashmore says

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/10/turkey-heading-for-economic-collapse-asset-manager-ashmore-says/

Thailand's minimum wage is set for second increase in two years

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/09/thailands-minimum-wage-is-set-for-second-increase-in-two-years/

Global shares muted as prospect of sharp U.S. rate cut fades


PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Siva Yamini, Ketua, Khidmat Korporat, [email protected]

Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]

Hoo Ley Beng, Pemangku Ketua, Penyelidikan & Pembangunan, [email protected]

Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Elaine Choo Yi Ling, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Lim Cian Yai, Penganalisis Kanan, Pemantauan Korporat, [email protected]

Nor Khalidah Mohd Khalil, Penganalisis, Pemantauan Korporat,

[email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•      Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

TAMAT./

 

Language: