MSWG Weekly Newsletter 11 May 2018 (BM)

Friday, 11 May, 2018

11.05.2018

TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 14 HINGGA 18 MEI 2018

 

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

14.05.18 (Isnin)
09.00 pagi

Serba Dinamik Holdings Bhd
(AGM)

IDCC Shah Alam, Level 7, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15 Shah Alam

14.05.18 (Isnin)
10.00 pagi

DIGI. Com. Bhd
(AGM)

Connexion @ Nexus, No. 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South City

14.05.18 (Isnin)
10.00 pagi

MMC Corporation Bhd
(AGM)

Hotel Istana, 73, Jalan Raja Chulan, KL

14.05.18 (Isnin)
10.00 pagi

TH Plantations Bhd
(AGM)

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, Jalan Putra

14.05.18 (Isnin)
10.00 pagi

AirAsia Group Bhd
(EGM)

CAE Kuala Lumpur, Lot PT25B, Jalan KLIA S5, Southern Support Zone, KLIA

14.05.18 (Isnin)
11.00 pagi

Master-Pack Group Bhd  
(AGM)

1574, Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal, S.P.S. Penang

15.05.18 (Selasa)
10.00 pagi

UMW Oil & Gas Corporation Bhd
(AGM)

Menara Kembar Bank Rakyat, N0. 33, Jalan Rakyat, KL

15.05.18 (Selasa)
10.00 pagi

Affin Bank Bhd
(AGM/EGM)

The Royale Chulan, Jalan Conlay, KL

15.05.18 (Selasa)
10.00 pagi

BIMB Holdings Bhd 
(AGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, No. 1A, Jalan Bukit Kiara 1

15.05.18 (Selasa)
10.00 pagi

PPB Group Bhd
(AGM)

Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, 11 Jalan Sultan Ismail, KL

15.05.18 (Selasa)
10.00 pagi

Tenaga Nasional Bhd
(AGM)

Putra World Trade Centre, 41 Jalan Tun Ismail, KL

15.05.18 (Selasa)
10.00 pagi

Star Media Group Bhd
(AGM)

Menara Star, 15 Jalan 16/11, PJ

15.05.18 (Selasa)
11.00 pagi

Taliworks Corporation Bhd
(AGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, No. 1A, Jalan Bukit Kiara 1

16.05.18 (Rabu)
09.30 pagi

Amway (Malaysia) Holding Bhd
(AGM)

Amway (Malaysia) Sdn. Bhd, 28, Jalan 223, PJ

16.05.18 (Rabu)
10.00 pagi

KKB Engineering Bhd
(AGM)

Hotel Abell, No. 22, 4th Floor, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching, Sarawak

16.05.18 (Rabu)
10.00 pagi

Deleum Bhd
(AGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, No. 1A, Jalan Bukit Kiara 1

16.05.18 (Rabu)
10.30 pagi

ES Ceramics Technology Bhd
(EGM)

Hotel Armada Petaling Jaya, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Petaling Jaya

17.05.18 (Khamis)
10.00 pagi

Shang-ri La Hotel (Malaysia) Bhd
(AGM)

 Shangri-La Hotel Kuala Lumpur

17.05.18 (Khamis)
11.00 pagi

SP SETIA Bhd
(AGM)

Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam

18.05.18 (Jumaat)
10.00 pagi

Ho Hup Construction Company Bhd
(AGM)

Bukit Jalil Golf and Country Resort, KL

18.05.18 (Jumaat)
10.00 pagi

Tiger Synergy Bhd
(EGM)

Klana Resort Seremban, Jalan Penghulu Cantik, Seremban, Negeri Sembilan

 

Perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

Serba Dinamik Holdings Bhd
(AGM)

1.   Apakah yang menyebabkan peningkatan Penghutang Lain daripada RM13.9 juta pada TK2016 kepada RM25.1 juta dalam TK2017?

2.   Seperti yang dinyatakan dalam Nota 11.1 (ii) di halaman 169 Laporan Tahunan, Kumpulan membayar deposit berjumlah RM7,000,000 untuk memperoleh sebuah pelaburan. Pemerolehan ini dijangka selesai pada suku kedua TK2018.

Sila berikan maklumat lanjut tentang pelaburan ini.

TH Plantations Bhd
(AGM)

  1. Nota 7 kepada Penyata Kewangan di halaman 153 Laporan Tahunan 2017 menyatakan, Syarikat memberi pendahuluan berjumlah RM78.253 juta kepada sebuah anak syarikat dalam TK2017.
  • Anak syarikat manakah yang menerima pendahuluan ini?

(b)  Bagaimanakah anak syarikat ini menggunakan pendahuluan yang diterima?

(c)  Sila kongsikan tentang prestasi kewangan dan prospek anak syarikat ini.

  1. Nota 24 kepada Penyata Kewangan menunjukkan kerugian kejejasan nilai berjumlah RM11.120 juta pada Penghutang Lain.
  • Bolehkah Lembaga berikan butiran tentang Penghutang Lain yang berkaitan kerugian kejejasan nilai ini?
  • Apakah langkah yang diambil untuk mendapatkan semula penghutang berkenaan? Berapakah amaun yang sudah diperoleh semula setakat ini dan dijangka akan diperoleh semula?

(c)  Adakah terdapat pertambahan kejejasan yang dijangka dalam TK2018?

Master-Pack Group Bhd  
(AGM)

Seperti yang dinyatakan dalam halaman 45 Laporan Tahunan, penghutang perdagangan Kumpulan meningkat sebanyak 52.3%, daripada RM21.9 juta pada TK2016 kepada RM33.4 juta dalam TK2017.

  • Apakah yang menyebabkan pertumbuhan dalam penghutang perdagangan sehingga mengatasi kadar pertumbuhan pendapatan sebanyak 40.6% untuk tahun kewangan berakhir 2017?
  • Adakah penurunan nilai penghutang perdagangan ini membimbangkan?

Affin Bank Bhd
(AGM/EGM)

Kami merujuk Nota 38 kepada penyata kewangan mengenai elaun bagi “kerugian kemerosotan nilai pinjaman, pendahuluan dan pembiayaan serta penghutang perdagangan” berjumlah RM71.6 juta pada 2017 berbanding RM23.7 juta pada 2016 (halaman 176, Laporan Tahunan ). Sila jelaskan sebab peningkatan ini.

BIMB Holdings Bhd 
(AGM)

Kami merujuk Nota 9 di halaman 201 Laporan Tahunan mengenai “Kejejasan Pembiayaan mengikut Sektor.” Kami perhatikan pembiayaan yang terjejas bagi sektor pembinaan meningkat dengan ketara iaitu daripada RM13.7 juta pada TK2016 kepada RM86.3 juta dalam TK2017. Sila jelaskan peningkatan ini dan kebolehpulihan amaun yang terjejas dalam Pembiayaan, Pendahuluan dan Lain-lain.

PPB Group Bhd
(AGM)

Merujuk halaman 28 dalam Laporan Tahunan 2017, keuntungan segmen bijian dan pertanian adalah lebih rendah iaitu RM135.9 juta dalam TK2017 walaupun pendapatan segmen meningkat 5.2% daripada RM2.86 bilion dalam TK2016 kepada RM3.01 bilion pada TK2017.

(a)  Apakah langkah yang diambil oleh pihak pengurusan untuk menangani penurunan dalam keuntungan ini?

(b)  Pada halaman 20 Laporan Tahunan 2017, kami mendapati disebabkan kapasiti yang hampir penuh, terdapat keperluan memperluaskan pengembangan kapasiti pengilangan tepung gandum baharu di Wilayah Ba Ria-Vung Tau di Vietnam Selatan dan di Pasir Gudang, Johor. Bilakah pengembangan baharu ini dijangka memulakan operasi dan berapakah anggaran kosnya?

Deleum Bhd
(AGM)

1.   Seperti yang dinyatakan pada halaman 30 Laporan Tahunan, segmen Penyelesaian Kakisan Bersepadu mencatatkan hasil yang lebih tinggi iaitu RM49.7 juta, peningkatan 14% berbanding tahun kewangan sebelumnya. Walaupun pendapatan lebih tinggi, keputusan segmen menurun 0.7% disebabkan tekanan ke atas margin.

Apakah langkah yang diambil oleh Lembaga Pengarah untuk meningkatkan margin?

2.   Kumpulan mencatatkan kerugian pertukaran asing berjumlah RM4.65 juta dalam TK2017 dan kerugian sebanyak RM3.57 juta dalam TK2016. Memandangkan Kumpulan menggunakan instrumen kewangan seperti kontrak pertukaran asing hadapan untuk meminimumkan pendedahan risiko urusniaga sebagai tambahan kepada lindung nilai semulajadi seperti yang dinyatakan di halaman 117 Laporan Tahunan, bagaimanakah Lembaga berhasrat untuk mengurangkan dan mengawal kerugian ini?


 

Penganalisa MSWG

Lya Rahman, Pengurus Besar [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Wong Kin Wing, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected] 
Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

Mustaqim Yusof, Penganalisa, Khidmat Korporat [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•               Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di         dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

 

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

 

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

 

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

 

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

Language: