MSWG Weekly Newsletter 11 January 2019 (BM)

Friday, 11 January, 2019

11.01.2019

 

TINJAUAN MINGGUAN AGM/EGM MSWG UNTUK TEMPOH 14 HINGGA 18 JANUARI 2019

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

16.01.19 (Rabu)
2.30 petang

PRG Holdings Bhd
(EGM)

Hotel Armada, Petaling Jaya, Selangor

 

Salah satu perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

PRG Holdings Bhd
(EGM)

  1. Sila jelaskan rasional di sebalik pelupusan sehingga 60.48 juta saham Furniweb Holdings Limited (FHL) yang disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong.
  2. Apakah penilaian sebanding bagi perniagaan yang sama seperti FHL dalam pasaran?
  3. Halaman 6 dalam pekeliling kepada pemegang saham (Pekeliling) menyatakan, bagi mendapatkan mandat para pemegang saham untuk melupuskan sehingga 12% kepentingan ekuiti dalam FHL (Saham Pelupusan), Syarikat merancang untuk menggunakan antara RM2 juta dan RM66.04 juta daripada hasil pelupusan, di bawah senario harga pelupusan sebelum ini dan harga maksimum, untuk potensi pelaburan dan pengambilalihan pada masa hadapan.

Sektor manakah yang dipertimbangkan Syarikat untuk membuat pelaburan pada masa hadapan?

  1. Seperti yang dinyatakan di halaman 8 Pekeliling, Saham Pelupusan dijangka memberi kesan ke atas pendapatan dan pendapatan sesaham Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

Segmen pembuatan merupakan satu-satunya segmen yang mendatangkan keuntungan kepada Syarikat dalam keputusan suku ketiga berakhir 30 September 2018, sementara segmen perniagaan lain seperti hartanah dan penjagaan kesihatan mencatatkan kerugian. Apakah ramalan dan prospek keseluruhan Syarikat bagi TK2019?

  1. Berapakah jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) dan kadar pengambilan tiga projek hartanah di Lembah Klang dan Perak?

PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Lya Rahman, Pengurus Besar, [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected] 

Lim Cian Yai, Penganalisa Kanan, Pemantauan Korporat, [email protected]

 


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•        Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini, kecuali bagi PLB Engineering Bhd dan D’nonce Technology Bhd.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

 

Language: