MSWG Weekly Newsletter 06 April 2018 (BM)

Friday, 6 April, 2018

06.04.2018

SUARA

PENGAWAS PEMEGANG SAHAM MINORITI 

Musim AGM mula meraih momentum dan kami sudah pun menghadiri beberapa AGM. Berikut adalah beberapa pemerhatian:

1.   Amalan yang dipertingkatkan (“Step Up Practice”) 9 tahun had pegangan jawatan untuk pengarah bebas

Amalan yang dipertingkatkan 4.3 MCCG menyatakan lembaga mempunyai dasar yang menghadkan tempoh pegangan jawatan pengarah bebasnya hingga sembilan tahun.

Amalan yang dipertingkatkan bertujuan menggalakkan syarikat untuk melangkah lebih jauh dalam memperteguhkan amalan dan proses tadbir urus mereka. Syarikat yang bercita-cita untuk mencapai kecemerlangan dalam tadbir urus korporat, khususnya Syarikat Besar, perlu mempertimbangkan penerimaan Amalan yang Dipertingkatkan.

Sesetengah syarikat melakukan kesilapan dengan menyatakan yang mereka sudah menerima pakai Amalan yang Dipertingkatkan ini namun kemudiannya menyatakan selepas 9 tahun mereka akan membentangkan pelantikan semula pengarah bebas untuk kelulusan para pemegang saham dalam AGM.

Larangan dalam Amalan yang Dipertingkatkan ini adalah mutlak iaitu pengarah bebas tidak boleh terus memegang jawatan pengarah bebas selepas 9 tahun.

2.   Amalan 12.3 menyatakan Syarikat Besar yang mempunyai bilangan pemegang saham yang besar atau yang mengadakan mesyuarat di lokasi terpencil perlu memanfaatkan teknologi bagi memudahkan:-

-     Pengundian termasuk mengundi ketika tidak hadir: dan

-     Penyertaan pemegang saham secara jarak jauh dalam Mesyuarat Agung

Sesetengah syarikat menyatakan mereka sudah mengamalkan amalan ini sedangkan kaedah yang mereka guna pakai dalam Mesyuarat Agung sebenarnya pengundian elektronik.

Setakat ini, tiada syarikat yang kami temui telah mengguna pakai Amalan 12.3.

3.   Amalan 7.2 menyatakan lembaga pengarah mendedahkan komponen ganjaran termasuk gaji, bonus, manfaat barangan dan emolumen lain dalam kumpulan berjumlah RM50,000 mengikut nama bagi lima pengurusan kanan paling atas.

Umumnya, Syarikat agak keberatan mengguna pakai Amalan ini. Beberapa alasan diberikan seperti risiko kakitangan diambil oleh syarikat lain, sifat sensitif maklumat tersebut serta risiko keselamatan. Sesetengah syarikat menunjukkan jumlah kakitangan pengurusan kanan dan imbuhan kumulatif mereka.

Ini tidak mematuhi Amalan yang ditetapkan. Sering kali percubaan mereka untuk ‘menjelaskan alternatif’ tidak kesampaian kerana alternatifnya cuma sebuah penceritaan yang ternyata bukan suatu ‘alternatif’ kepada Amalan ini.

PASUKAN MSWG

6 April 2018


TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 9 HINGGA 13 APRIL 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

09.04.18 (Isnin)
11.30 pagi

Protasco Bhd 
(EGM)

De Centrum Tower @ De Centrum City, Jalan Ikram-Uniten, Kajang

11.04.18 (Rabu)
09.00 pagi

Pharmaniaga Bhd
(AGM)

Royale Chulan Damansara, 2 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, PJ

11.04.18 (Wed)
02.30 petang

Boustead Heavy Industries Corp. Bhd
(AGM)

Royale Chulan Damansara, 2 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, PJ

12.04.18 (Khamis)
09.00 pagi

Boustead Plantation Bhd
(AGM/EGM)

Royale Chulan Damansara, 2 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, PJ

12.04.18 (Khamis)
10.00 pagi

Malayan Banking Bhd
(AGM/EGM)

The Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Jalan Dutamas, KL

12.04.18 (Khamis)
10.30 pagi

KLCC Property Holdings Bhd
(AGM)

Mandarin Oriental Hotel KLCC

12.04.18 (Khamis)
11.00 pagi

Carlsberg Brewery Malaysia Bhd
(AGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, No. 1A, Jalan Bukit Kiara 1, KL

12.04.18 (Khamis)
02.30 petang

Boustead Holdings Bhd
(AGM)

Royale Chulan Damansara, 2 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, PJ

 

Perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

Pharmaniaga Bhd
(AGM)

1.       Bolehkah Lembaga Pengarah maklumkan perkembangan terkini tentang cadangan melanjutkan tempoh Perjanjian Konsesi (“CA”) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (“KKM”) yang akan tamat pada 30 November 2019?

2.       Perkara Audit Utama pada halaman 113 Laporan Tahunan menyatakan nilai dibawa kos pelaburan dalam subsidiari suntikan kecil adalah RM200 juta dan penilaian kemerosotan dilakukan kerana loji itu tidak menggunakan kapasiti maksimum sepenuhnya kerana sebahagian besar produk masih dalam peringkat pembangunan.

Bagaimanakah prestasi syarikat subsidiari ini dalam tahun kewangan di bawah kajian?

Carlsberg Brewery Malaysia Bhd
(AGM)

  1. Berkuatkuasa 1 Disember 2017, had umur peminum minuman beralkohol di Malaysia dinaikkan dari 18 ke 21 tahun. Apakah impak daripada perubahan ini terhadap pendapatan Syarikat? Adakah terdapat inisiatif atau strategi lain untuk mengurangkan kesannya?
  2. Apakah yang mencetus penyelarasan tawaran perdagangan berjumlah RM17.2 juta dalam operasi Singapura? Mungkinkah penyelarasan ini akan dilaksanakan lagi pada TK 2018 dan seterusnya?

Boustead Heavy Industries Corp. Bhd
(AGM)

Pengarah Urusan dalam Kenyataannya melaporkan sumbangan Syarikat Usaha Sama (JV) sebahagian besarnya adalah daripada projek kapal selam dan LCS yang dijalankan oleh Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (“BDNC”) dan Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD Group). Beliau seterusnya menyatakan keuntungan tahun semasa Kumpulan terjejas akibat ganti rugi jumlah tertentu daripada Sokongan Dalaman Perkhidmatannya di bawah kontrak Kapal Selam Scorpene RMN.

(a)     Apakah faktor yang menyumbang kepada keputusan negatif usaha sama yang berjumlah RM13.458 juta bagi TK berakhir 31 Disember 2017?

(b)     Usaha sama manakah yang menyumbang kepada keputusan negatif bagi TK2017?

(c)      Apakah strategi dan langkah yang diambil oleh Lembaga Pengarah untuk memastikan usaha sama memperoleh keuntungan dan pendapatan pada masa hadapan?

Malayan Banking Bhd
(AGM/EGM)

Merujuk “Pembentangan Pelabur - Keputusan Kewangan TK2017” bertarikh 28 Februari 2018, kami ingin mengajukan soalan berikut:-

Kami mendapati kategori “senarai pemerhatian” (40%) (seperti yang dinyatakan pada halaman 14 laporan) mengenai Pendedahan Komoditi kepada sektor berkaitan Minyak & Gas.

a)       Apakah pendedahan pinjaman semasa kepada perniagaan huluan dan huluan sokongan bagi peminjam dalam “senarai pemerhatian” dan “senarai biasa”?  

b)       Apakah kesan MFRS 9 ke atas peruntukan pinjaman dalam segmen ini pada masa depan?

KLCC Property Holdings Bhd
(AGM)

1.       Berapakah jangkaan kos untuk mencapai Pensijilan Indeks Bangunan Hijau (“GBI”) penuh bagi Menara Berkembar PETRONAS dan Menara 3 PETRONAS menjelang 2018 dan apakah faedah nyata daripada pencapaian indeks GBI?

2.       Berapakah perbelanjaan modal untuk pengubahsuaian Fasa 3 yang sudah siap dan berapakah perbelanjaan modal untuk fasa pembangunan selanjutnya Kompleks Dayabumi yang akan dimulakan pada 2018 seperti yang disebutkan pada halaman 47 Ulasan Tahunan Ketua Pegawai Eksekutif dalam Laporan Tahunan?

Berapa luaskah pertambahan kawasan bersih yang boleh disewakan (“NLA”) bagi Kompleks Dayabumi selepas selesai pengubahsuaian?


Penganalisa MSWG

Lya Rahman, Pengurus Besar lyarahman@mswg.org.my
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat rebecca.yap@mswg.org.my
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat banaik.quah@mswg.org.my
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat norhisam@mswg.org.my
Wong Kin Wing, Pengurus, Pemantauan Korporat kinwing@mswg.org.my
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat linnert.hoo@mswg.org.my 
Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat elaine.choo@mswg.org.my

Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat cheemeng@mswg.org.my 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat halim.alias@mswg.org.my

Mustaqim Yusof, Penganalisa, Khidmat Korporat mustaqim.yusof@mswg.org.my

Muhammad Faris bin Mohamed Yusof, Penganalisa, Pemantauan Korporat farisyusof@mswg.org.my


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•               Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke corporateservices@mswg.org.my.


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

Language: