MSWG Weekly Newsletter 05 Nov 2018 (BM)

Monday, 5 November, 2018

05.11.2018

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

BAJET 2019

 

Sebuah Lagi Bursa Dalam Pembikinan

Pembentangan Bajet oleh Menteri Kewangan pada Jumaat lalu antara lain menyebut tentang platform bursa pembiayaan perumahan antara rakan setara (“P2P”) bagi memudahkan pemilikan rumah di Malaysia. Platform ini dijangka menjadi sebuah “Pendanaan Awam Hartanah” yang dikendalikan oleh sektor swasta. SC akan mengawal selia platform ini di bawah rangka kerja pembiayaan antara rakan setara (P2P).

Anak syarikat The Edge Media Group iaitu EdgeProp Sdn Bhd, telah mengambil inisiatif untuk melancarkan portal hartanah, Fund-MyHome.com.

Pada masa ini, kami menjangkakan hanya pelabur institusi yang akan mengambil bahagian dalam platform berkenaan.  Lambat laun, penyertaan pasti dibuka kepada orang ramai sebagai pelabur individu, tertakluk pada kelulusan SC.

Urus Niaga Saham Tidak Dikenakan Cukai Perolehan Modal

Pemegang saham boleh menarik nafas lega kerana urusniaga saham tidak dikenakan cukai perolehan modal. Kami pernah mengulas bahawa langkah sedemikian akan melemahkan lagi bursa saham yang lembap.

Ulasan Keseluruhan

Secara keseluruhan, kami melihat Bajet kali ini bersifat pragmatik dan berusaha sedaya upaya untuk tidak membebankan semua pihak. Terdapat keseimbangan dalam pembahagian kekayaan antara golongan berada dengan yang kurang berkemampuan dan ini amat dialu-alukan. Program pengampunan cukai bagi mereka yang pernah mengelak daripada membayar cukai memberikan peluang kepada mereka untuk berlaku jujur dan kembali mematuhi undang-undang.

 


PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

IOI CORPORATION BHD (“IOIC”)

Wakil MSWG menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan ke-49 IOIC pada 26 Oktober 2018 yang menyaksikan perdebatan hangat tentang imbuhan Pengerusi Eksekutif (“EC”) dan Ketua Pegawai Eksekutif (“CEO”) Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018 (“TK2018”).

Imbuhan EC dan CEO berjumlah RM107.7 juta dalam TK2018. Imbuhan yang tinggi ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pembayaran bonus prestasi. Seperti yang dijelaskan dalam AGM, bonus prestasi EC dan CEO masing-masing dikira berdasarkan kadar 2% dan 1% daripada keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI). 

Pada TK2018, terdapat keuntungan luar biasa daripada pelupusan 70% kepentingan ekuiti Kumpulan dalam anak syarikat berjumlah RM1.15 bilion yang termasuk dalam PATAMI Syarikat. Lembaga berpendapat EC dan CEO telah bekerja keras dalam meningkatkan nilai aset dan berjaya mendapatkan keuntungan yang tinggi. Maka, mereka perlu diberi ganjaran yang setimpal. Walau bagaimanapun, sesetengah pemegang saham tidak bersetuju dengan pendapat Lembaga.

KOMEN MSWG:

Adakah keuntungan luar biasa daripada pelupusan aset diambil kira dalam menentukan bonus prestasi para Pengarah? Atau adakah bonus prestasi dikira berdasarkan keuntungan daripada kegiatan perniagaan biasa syarikat semata-mata?

Kami berpendapat keuntungan luar biasa daripada aset yang dicairkan tidak perlu diambil kira dalam menentukan bonus prestasi para Pengarah.

Berikut adalah tiga sebab untuk menguatkan alasan kami:-

1.       Keuntungan daripada urusniaga luar biasa lazimnya berlaku sekali dan bersifat jangka pendek. Jika imbuhan para Pengarah ditentukan dengan mengambil kira keuntungan luar biasa, ia boleh menyebabkan mereka menumpukan kepada pelupusan aset untuk merealisasikan keuntungan luar biasa jangka pendek dan bukannya memberikan tumpuan kepada usaha jangka panjang untuk meningkatkan nilai pemegang saham.

2.       Kredit perlu diberikan kepada Ahli Lembaga Pengarah semasa dan bekas Pengarah bagi aset yang menghasilkan keuntungan luar biasa pada masa sekarang. Dalam erti kata lain, peranan Lembaga Pengarah yang terdahulu dalam meningkatkan nilai aset, dari hari pelaburan dibuat, perlu dimaklumkan dengan sewajarnya. Bagaimanapun, sesetengah daripada para Pengarah ini mungkin sudah meninggalkan syarikat pada masa aset dicairkan. Dalam hal ini, adakah Pengarah sedia ada sahaja yang layak mendapat keuntungan daripada pencairan aset ini? Bagaimana dengan bekas Pengarah terdahulu yang menyumbang kepada pertumbuhan nilai aset?

3.       Para Pengarah yang bercadang untuk meninggalkan syarikat atau yang menyedari tentang pelaksanaan korporat untuk menswastakan syarikat mungkin tertarik untuk mencairkan aset milik syarikat, seterusnya memberikan diri sendiri ganjaran imbuhan yang sangat tinggi daripada keuntungan yang diperolehi daripada pelaksanaan pencairan sebelum meninggalkan syarikat atau sebelum pelaksanaan korporat dijalankan. Ini akan menjejaskan kepentingan pemegang saham minoriti dalam jangka panjang.

Cara yang lebih munasabah adalah mengukur bonus prestasi Pengarah Eksekutif dengan merujuk pada keuntungan daripada operasi biasa syarikat. Walau bagaimanapun, dalam menentukan pembayaran bonus para Pengarah, Jawatankuasa Pencalonan dan Lembaga Pengarah (yang terdiri daripada para pengarah yang tidak berkepentingan) perlu menggunakan budi bicara yang sewajarnya bagi memastikan pembayaran dibuat secara adil dan wajar. Keputusan mereka sepatutnya menggalakkan Lembaga supaya memberikan tumpuan kepada penciptaan nilai jangka panjang bagi para pemegang saham syarikat.


TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 5 HINGGA 10 NOVEMBER 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh dan Masa

Syarikat

Lokasi

07.11.18 (Rabu)

10.00 pagi

Gadang Holdings Bhd

(AGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, 1A Jalan Bukit Kiara 1, KL

07.11.18 (Rabu)

11.00 pagi

Tien Wah Press Holdings Bhd 

(EGM)

Hotel Armada, Lot 6 Lorong Utara C, Section 52, PJ

10.11.18 (Sabtu)

09.00 pagi

Icapital Biz Bhd

(AGM)

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC

 

Beberapa perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

Gadang Holdings Bhd

(AGM)

Pembinaan (halaman 23 Laporan Tahunan 2018)

  • Buku pesanan pembinaan kini berjumlah RM1.5 bilion dan ia memberikan gambaran pendapatan Kumpulan untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. Kumpulan masih mempunyai kapasiti teknikal dan kecenderungan risiko untuk terus mengambil bahagian dalam lebih banyak projek infrastruktur Kerajaan yang bernilai tinggi.

Berapakah nilai kontrak yang ingin dibida oleh Bahagian untuk tempoh beberapa tahun akan datang? Apakah jenis-jenis projek yang menjadi perhatian Kumpulan?

  • Terdapat projek-projek infrastruktur kukuh sedang dalam perancangan, seperti pakej Lebuhraya Pan Borneo yang belum dianugerahkan.

Adakah Gadang akan mengambil bahagian dalam pakej Lebuhraya Pan Borneo?

Icapital Biz Bhd

(AGM)

Sejak 2010, Dana mengekalkan tahap tunai yang tinggi dengan trend yang semakin meningkat walaupun terdapat sedikit penurunan dalam tempoh dua tahun yang lepas. Pada Halaman 3 (nota kaki), dinyatakan bahawa “Dakwaan bahawa Dana anda sering berada pada paras tunai yang tinggi sama seperti berita palsu”.

  • Sila jelaskan kepada pemilik saham sebab-sebab dakwaan itu disamakan seperti berita palsu.
  • Apakah rancangan dan hala tuju Syarikat dalam mengekalkan tahap tunai itu dan mengapa?

PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Lya Rahman, Pengurus Besar, [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•        Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

 

Language: