MSWG Weekly Newsletter 04 May 2018 (BM)

Friday, 4 May, 2018

04.05.2018

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

 

Melantik pengarah baharu dalam syarikat

Apabila memperkatakan tentang pengarah bebas, seringkali dua kategori tidak formal ini muncul dalam fikiran iaitu pengarah bebas (seperti nama jawatannya) dan pengarah bebas yang benar-benar ‘bebas’.

Kesinisan ini berpunca daripada hakikat para pemegang saham majoriti berhak memilih pengarah bebas (kecuali dalam syarikat yang mengguna pakai pengundian dua peringkat seperti yang dianjurkan oleh Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) bagi pengarah bebas yang telah berkhidmat lebih 12 tahun dan ingin meneruskan tempoh perkhidmatan sebagai pengarah bebas).

Jawatan pengarah bebas biasanya diisi daripada tiga sumber, iaitu (i) ahli lembaga yang sedia ada; (ii) daripada kalangan pengurusan; dan (iii) dalam kalangan pemegang saham utama syarikat. Jelas sekali, perkara ini menimbulkan persoalan tentang ‘berapa bebaskah’ para pengarah bebas ini, seterusnya mencetuskan sedikit kesinisan.

MCCG kini menganjurkan supaya jaringan pemilihan ditebarkan lebih meluas apabila mencalonkan pengarah bebas. Mereka juga menggesa supaya lembaga memberikan alasan jika memilih untuk tidak meluaskan jaringan pemilihan ini.

Mengenal pasti pengarah bebas

Tiga sumber tradisional yang dinyatakan di atas sememangnya boleh digunakan dalam usaha mengenal pasti calon yang berpotensi namun ia tidak semestinya menjadi satu-satunya sumber apabila mencari calon pengarah bebas.

Sebagai Amalan, MCCG kini menyatakan lembaga perlu menggunakan sumber bebas untuk mengenal pasti calon yang layak. Selain itu, MCCG menganjurkan supaya lembaga mengambil pelbagai pendekatan dan sumber dalam pencarian mereka untuk mencari calon yang paling sesuai.

Dalam hal ini, MCCG memberikan tiga sumber, tetapi tidak terhad kepada:

  • Daftar pengarah;
  • Iklan terbuka; dan
  • Penggunaan firma pencarian bebas.

(Ini bukanlah senarai lengkap kerana sesetengah lembaga pengarah pernah merujuk LinkedIn untuk mencari calon).

                          

MCCG dalam usaha selanjutnya untuk menjaga integriti lembaga pengarah menambah, syarikat tersenarai perlu mengemukakan dalam laporan tahunan cara mereka memilih seseorang calon untuk jawatan pengarah bukan eksekutif, termasuk sama ada calon itu disyorkan oleh ahli lembaga, pengurusan atau pemegang saham utama.

Jika pemilihan calon adalah berdasarkan saranan ahli lembaga sedia ada, pengurusan atau pemegang saham utama semata-mata, Jawatankuasa Pencalonan perlu menjelaskan sebab mereka tidak menggunakan sumber lain.

Oleh itu, Jawatankuasa Pencalonan diharapkan supaya dapat meluaskan lagi jaringan pemilihan selain sumber tradisional yang terdiri daripada ahli lembaga sedia ada, pengurusan dan pemegang saham utama. Sekiranya Jawatankuasa Pencalonan memilih untuk tidak berbuat demikian, mereka perlu menyatakan alasannya dalam laporan tahunan.

Pertama, ada beberapa daftar pengarah di sekitar ibu kota. Dua entiti yang muncul dalam fikiran ialah Kelab 30% yang menampilkan kumpulan pengarah wanita yang berkaliber dan Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM).

Mungkin sudah tiba masanya syarikat mengiklankan jawatan pengarah seperti mereka mengiklankan jawatan pengurusan dan kakitangan lain. Lagipun, jawatan pengarah merupakan pekerjaan profesional.

Akhir sekali, jika perlu berhati-hati, MCCG menganjurkan supaya merujuk khidmat firma carian bebas atau lebih dikenali sebagai ‘head hunters’ untuk mencari pengarah bebas baharu.

Apa pun, pengarah bebas yang benar-benar ‘bebas’ akan menenangkan hati para pemegang saham minoriti.

 

Salam,

Devanesan

4 Mei 2018


PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

SENARAI SYARIKAT BERIBU PEJABAT DI CHINA YANG MENGALAMI KESUKARAN KEWANGAN ATAU KEWANGAN YANG TIDAK TERATUR

No

Nama

PN17

 Dagangan Saham Digantung

Tidak dapat mengemukakan Penyata Kewangan yang Diaudit

Pendapat Bersyarat /Penafian oleh Juruaudit

Laporan Kewangan yang Tidak Teratur

1

China Automoblie Parts Holdings Limited

 

2

China Ouhua Winery Holdings Limited

 

 

 

3

China Stationery Limited

 

 

4

HB Global Limited

 

 

 

5

Maxwell International Holdings Berhad

(1)

 

6

Multi Sports Holdings Ltd

7

Xingquan International Sports Holdings Limited

 

 

Nota:

(1)   Jika Maxwell International Holdings Berhad tidak dapat mengemukakan laporan tahunan mereka termasuk penyata kewangan tahunan yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 pada atau sebelum 8 Mei 2018, dagangan sekuriti syarikat akan digantung berkuatkuasa dari 9.00 pagi, Khamis, 10 Mei 2018 sehingga diberitahu kelak.

[Sumber: Pengumuman di Bursa Malaysia]

KOMEN MSWG:

Jadual di atas menunjukkan 7 syarikat yang beribu pejabat di China. Syarikat-syarikat ini dibelenggu oleh kesukaran kewangan atau kewangan yang tidak teratur. Pengumuman terkini yang dikeluarkan oleh sesetengah syarikat yang disenaraikan di atas adalah berkaitan akaun mereka diberikan pendapat bersyarat atau pendapat penafian oleh juruaudit. Publisiti negatif sebegini tidak baik kepada prospek 16 syarikat yang beribu pejabat di China yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Pemegang saham bimbang tentang isu perakaunan yang tidak teratur dan tadbir urus korporat yang sering berlaku dalam syarikat-syarikat yang beribu pejabat di China. Paling membingungkan adalah segelintir syarikat ini mempunyai sejumlah wang tunai dan aset yang besar, seperti Multi Sports, Maxwell, China Automobile dan China Stationery, dan wang tunai dan aset mereka ‘hilang’ dalam masa yang singkat. Isu seperti ini menimbulkan persoalan yang membimbangkan dalam minda pemegang saham minoriti iaitu syarikat mana lagi yang akan dibelenggu masalah sebegini?

Komuniti pelabur Malaysia berharap dapat melihat tindakan tegas yang tepat pada masanya ke atas syarikat-syarikat ini untuk memberikan mesej bahawa pasaran modal kita tidak akan bertolak ansur dengan sikap tidak mengendahkan tadbir urus korporat dan perlindungan pelabur.

Mungkin sudah tiba masanya pengawal selia kita menubuhkan pasukan petugas untuk menangani masalah ini yang menimpa sesetengah syarikat yang beribu pejabat di China. Perniagaan mereka tidak boleh dibiarkan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Nampaknya seperti ada pola dan modus operandi yang menyebabkan kejadian ini.


TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 7 HINGGA 11 MEI 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

08.05.18 (Selasa)
10.30 pagi

Globetronics Technology Bhd
(AGM/EGM)

Hotel Equatorial Penang, Bayan Lepas, Penang

08.05.18 (Selasa)
11.00 pagi

Malaysia Airport Holdings Bhd 
(AGM)

Sama-Sama Hotel, KLIA, Sepang

10.05.18 (Khamis)
10.00 pagi

UEM Edgenta Bhd (Faber Group Bhd) 
(AGM)

Menara Korporat, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, NKVE, PJ

10.05.18 (Khamis)
03.00 petang

Gas Malaysia Bhd
(AGM)

Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie, Shah Alam

11.05.18 (Jumaat)
09.00 pagi

Malaysian Bulk Carriers Bhd 
(AGM/EGM)

TPC Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Golf & Country Club Berhad), Off Jalan Bukit Kiara

11.05.18 (Jumaat)
09.30 pagi

Heineken Malaysia Bhd
(AGM)

Connexion @ Nexus, No. 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South City

 

Perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

Globetronics Technology Bhd
(AGM/EGM)

  1. Bagaimanakah Lembaga Pengarah menangani risiko pemisahan pasaran terhadap produk yang ditawarkan, memandangkan perkembangan yang pesat dan kelajuan perubahan yang berlaku dalam industri? (Halaman 16 Laporan Tahunan).
  2. Seperti yang dinyatakan dalam halaman 13 Laporan Tahunan, Kumpulan telah melaburkan sejumlah RM107 juta dalam Perbelanjaan Modal (“CAPEX”) tahun ini bagi menyokong permintaan yang tinggi terhadap komponen sensor baharu serta mempertingkatkan produk sedia ada selain beberapa perkembangan dalam peranti pemasaan kristal kuarza dan LED.

Adakah apa-apa rancangan untuk meningkatkan bajet CAPEX bagi TK2018?

Malaysia Airport Holdings Bhd 
(AGM)

Merujuk Nota 22 di halaman 257 Laporan Tahunan, kami mendapati Penghutang Perdagangan dan Penghutang Lain berjumlah RM134,747,000 sudah terjejas. Sila berikan maklumat berikut:-

(a)  Identiti penghutang ini dan jumlah yang terjejas.

(b)  Apakah yang dilakukan untuk mendapatkan semula jumlah ini?

(c)  Kebarangkalian mendapatkan semula jumlah yang terjejas.

Apakah polisi Syarikat tentang kejejasan nilai Penghutang Perdagangan dan Penghutang Lain?

UEM Edgenta Bhd (Faber Group Bhd) 
(AGM)

Bahagian Penyelesaian melaporkan pendapatan yang lebih tinggi iaitu RM9.9 juta dalam TK2017 berbanding RM5.0 juta pada TK2016 seperti yang dilaporkan dalam halaman 296 dan 297 Laporan Tahunan. Walau bagaimanapun, Bahagian ini mencatatkan kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi iaitu RM5.3 juta dalam TK2017 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM5,000 pada TK2016.

  1. Apakah yang menyebabkan kerugian yang lebih tinggi ini?
  2. Apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan prestasi kewangan Bahagian ini?
  3. Bilakah Lembaga menjangkakan Bahagian akan memperoleh keuntungan?

Gas Malaysia Bhd
(AGM)

Analisis dan Perbincangan Pengurusan di halaman 44 Laporan Tahunan menyatakan risiko operasi sebahagian besarnya datang dalam bentuk gangguan perkhidmatan yang menghalang Kumpulan daripada menghantar gas kepada pelanggan kerana keterlihatan bekalan tidak lagi menjadi isu dengan pengimportan LNG.

Adakah Syarikat menghadapi apa-apa gangguan perkhidmatan utama pada TK2017 dan jika ada, bagaimanakah isu ini diselesaikan? Apakah langkah yang diambil untuk mengurangkan risiko ini?

Heineken Malaysia Bhd
(AGM)

Kami merujuk halaman 126 dalam Laporan Tahunan. Kumpulan dikatakan tertakluk pada perbelanjaan cukai pendapatan berjumlah RM93.1 juta dalam TK2017. Jumlah ini diterjemahkan kepada kadar cukai berkesan 25.6%. Kadar ini lebih tinggi daripada kadar cukai berkesan bagi TK2016 iaitu 22.2% serta kadar cukai berkanun korporat iaitu 24%. Sila jelaskan sebab kenaikan cukai bagi TK2017.


Penganalisa MSWG

Lya Rahman, Pengurus Besar [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Wong Kin Wing, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected] 
Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

Mustaqim Yusof, Penganalisa, Khidmat Korporat [email protected]

Muhammad Faris bin Mohamed Yusof, Penganalisa, Pemantauan Korporat [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN              

•               Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di         dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini kecuali bagi China Automobile Parts Holdings       Limited, China Ouhua Winery Holdings Limited, China Stationery Limited, HB Global Limited dan Maxwell                International Holdings Berhad.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholder Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

 

Language: